Kompak kusyen krim BB dan krim CC kini menjadi pilihan utama wanita. Kedua-duanya memberi liputan yang menyeluruh serta mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Namun, ramai yang keliru untuk memilih antara bedak asas, krim BB dan krim CC, malah kini sudah ada krim DD! Keraguan muncul apabila tidak tahu mana satu yang terbaik untuk kulit.
Ads
Apabila melihat di bawah label pula, penerangan lebih banyak ditulis dalam bahasa Korea, jadi bagaimana untuk memilih? Baca huraian lengkap tentang persoalan ini.
(a) Bedak asas
Bedak asas merupakan asas kepada solekan. Ia didatangkan dalam bentuk cecair dan padat. Bedak asas memiliki tekstur yang lebih padat dan berfungsi menutupi kekurangan wajah seperti pigmentasi, jerawat dan wajah berbelang dengan baik.
Pemilihan tekstur dan warna bedak asas sangat penting kerana jika tersalah pilih kecantikan semula jadi wajah akan bertukar. Bedak asas juga mempunyai peranan untuk mengekalkan solekan sepanjang hari. Selain itu, ia berupaya melembapkan kulit.
Oleh sebab liputan bedak asas ini tinggi, selayaknya bedak asas digunakan untuk keperluan seperti acara malam atau formal.
(b) Krim BB
Blemish Balm atau krim BB ini sangat sesuai digunakan sehari-hari kerana mempunyai tekstur yang lebih ringan tetapi berfungsi umpama bedak asas. Wajah kelihatan semula jadi dan mampu menutup kekurangan kulit.
Ads
Ia berupaya berfungsi seperti primer, tabir suria, krim BB dan bedak asas. Bersifat ringan dan didatangkan dengan pek isian semula, kompak kusyen krim BB ini memberi solusi solekan berkadar segera, segar, praktikal dan cepat, malah bikin kulit tampak cantik sempurna, cerah bercahaya serta lembap sepanjang masa.
Krim BB memiliki tekstur lebih ringan daripada bedak asas namun lebih kental jika dibandingkan dengan pelembap berwarna. Formulanya mampu merawat kulit sambil memberi perlindungan daripada matahari tetapi bahan utamanya adalah antioksidan yang membantu melindungi kulit terhadap radikal bebas dan kerosakan kulit akibat pencemaran.
Krim BB juga memiliki ciri anti-peluh yang sangat baik.
Ads
(c) Krim CC
Color Correcting atau Complexion Corrector, lebih dikenali sebagai krim CC mempunyai formula yang lebih ringan dibandingkan dengan krim BB dan bedak asas. Kebanyakan krim CC memiliki tekstur krim lembut yang sangat ringan dan halus. Krim CC ini mempunyai fungsi untuk menyamarkan tona kulit wajah, melindungi kemerahan kulit dan menutup pigmentasi.
Kekurangan kulit disamarkan melalui kandungan yang terdapat dalam krim CC iaitu lycopene. Ia berfungsi untuk membantu mengurangi kemerahan kulit dan menghadirkan nutrisi vitamin C agar kulit wajah lebih sihat dan berseri.
Krim CC lebih sesuai digunakan oleh wanita matang kerana ia berupaya menutup permasalahan kulit wajah seperti tona kulit tidak sekata, garis-garis halus, kedut dan iritasi. Sifat krim CC yang kalis air dengan struktur rangkaian kukuh iaitu dibentuk oleh molekul yang tinggi membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa memerlukan sentuhan walaupun dalam cuaca yang panas.
Lapisan krim CC berfungsi untuk menyamarkan tekstur kulit dan dapat menampilkan kulit yang lebih sekata malah memberikan manfaat anti-penuaan serta menjaga kelembapan kulit. Layangkan bedak tabur di atas lapisan CC krim pada wajah untuk efek yang lebih sempurna dan mampu bertahan sepanjang hari.
Keistimewaan krim CC ini tidak menimbulkan kesan terlalu tebal, amat sekata pada kulit dan mudah menyerap ke liang sebum. Pada masa yang sama ia meresap pantulan daripada cahaya matahari untuk tona kulit semula jadi tanpa kesan minyak. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik, gorgeous dan style! Anzalna Nasir sememangnya seorang wanita yang bukan saja memiliki raut wajah sempurna bahkan mempunyai cita rasa fesyen yang sedap mata memandang. Apa saja yang tersarung di tubuhnya nampak cantik terletak!
Walaupun ketika menikmati percutian.. Anzalna bijak menentukan gaya agar tidak kelihatan keterlaluan. Pendek kata, from head to toe menarik.
Mempunyai 2.5 juta followers di Instagram, perkongsian foto percutian Anzalna ke Switzerland baru-baru ini meraih perhatian peminat. Rata-rata mereka termasuk rakan selebriti memuji gaya fesyen Anzalna semasa bercuti bersama suami tercinta, Hanif Zaki.
Dengan rambut hitam mengurai dan susuk tubuh langsing, Anzalna tidak ubah seperti supermodel. Lagaknya macam model antarabangsa yang sedang photoshoot kempen jenama mewah!
Iyalah, rugi rasanya kalau tak potretkan keindahan negara dilawati untuk kenangan. Lagipun, Switzerland memang terkenal dengan tarikan pemandangan semula jadi dan pelancongan mahal.
Jadi bila dapat peluang macam ini.. kena manfaatkan betul-betul.
Sebelum tiba di Switzerland awal Oktober lalu, Anzalna juga berada di Paris untuk photoshoot mekap Loreal dan sempena menghadiri Paris Fashion Week. Seronok Anzalna.. sambil bekerja dapat bercuti.
Selain berbakat dalam fesyen, finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini juga sebenarnya pandai melukis. Memang terpegun tengok karya seni Anzalna. Lebih bermakna, setiap hasil jualan lukisan diagihkan untuk tujuan kebajikan.
Sudahlah cantik, bergaya.. berhati mulia pula tu Anzalna ni. Untung suami!
Kredit Foto: Instagram Anzalna Nasir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sudah namanya Rozita Che Wan, memang penampilan dan cita rasa fesyennya sentiasa jadi perhatian! Berangkat ke Austria baru-baru ini, pastinya peminat Che Ta menantikan posting terkini percutian adik-beradik tersebut.
Belum pun tiba di Vienna, kelibat Cha Ta bersama Datin Jaja dan Ayu Raudhah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, Che Ta dilihat membawa sebanyak empat beg bagasi tidak termasuk beg tangan.
Lengkap mengenakan but, trench coat dan berkaca mata hitam, penampilan tiga beradik ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila masing-masing menjinjing beg tangan jenama mewah Hermes!
Seperti yang diketahui umum, harga bagi sebuah tas tangan Birkin tersebut dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit. Umpama menjinjing banglo di tangan!
Kongsi Che Ta, “Selepas 15 tahun baru dapat travel balik dengan Ayu Raudah, Jaja Che Wan. #girlstrip. Thank you lah encik-encik suami yang understanding, Zaquan, Faizal Zainol melepaskan isteri masing-masing.
Thank you jugalah suami kita encik Zain Saidin yang terpaksa berjauhan dengan isteri tercinta.”
Tiba di bumi Austria dalam cuaca sejuk, Che Ta menerusi Instagram miliknya turut berkongsi keadaan suhu di sana yang mencecah -2 darjah Celsius.
Walau berdepan cuaca sejuk, ia tetap tidak menjadi halangan buat Che Ta dan adik-beradik untuk bergaya mewah. Rata-rata rakan artis dan peminat membanjiri ruangan komen Instagram Che Ta yang kagum dengan kesungguhan selebriti cantik ini dalam bergaya.
Dalam posting terbaharu pula kelihatan tiga beradik ini sedondon memakai topi, berkaca mata hitam dan berbaju sejuk sambil menyarung kasut tumit tinggi! Memang stylo.
Bersandarkan status Che Ta sebagai selebriti, usahawan dan duta produk, tidak hairanlah dia mampu bergaya mewah dan amat mementingkan penampilan diri dari hujung rambut ke hujung kaki.
Lumrah seorang wanita memang suka nampak cantik!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, macam melihat satu keajaiban apabila menatap gambar wajah wanita cantik yang dilahirkan di Taiwan ini. Siapa sangka pemilik nama Lure Hsu ni sebenarnya sudah pun memasuki usia 40an atau lebih tepat lagi 43 tahun! Lure Hsu yang bekerja sebagai pereka fesyen ini turut mendapat perhatian netizen gara-gara wajahnya yang muda 20 tahun daripada usia sebenar.
Dalam satu tembual bersama sebuah majalah di Taiwan, Lure turut berkongsi rahsia utama mengekalkan kecantikannya dan tampak awet muda ialah air. Beliau percaya dengan meminum air kosong secukupnya setiap hari dapat membantu diri kekal segar dan bertenaga tanpa perlu risau tentang proses penuaan. Cara ini telah dicuba oleh beliau selama berpuluh-puluh tahun dan ternyata ia berkesan!
Selain itu, Lure sangat menitik beratkan pemakaian krim pelembap atau moisturizer setiap kali sebelum keluar rumah dan tidak akan membiarkan kulitnya terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. Seterusnya, beliau juga tidak pernah lupa untuk mengoleskan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah.
Setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan, pasti akan mencuba pelbagai cara untuk mengekalkan kulit yang bukan sahaja cantik tapi sihat. Bagi Lure, selain penjagaan kulit dari segi luaran, beliau turut mengambil supplement tambahan seperti Vitamin C dan kolagen. Akhir sekali, Lure akan memulakan harinya dengan meminum black coffee tanpa gula setiap hari.
Oleh kerana dikurniakan dengan kecantikan asli yang luar biasa, sebahagian pengamal media Asia menggelarkan beliau sebagai ‘goddess with a frozen age‘. Sebelum melibatkan diri dalam industri fesyen dan modeling, Lure sebelum ini bekerja sebagai pereka hiasan dalaman dan sehingga kini beliau memiliki lebih 750,000 pengikut di laman Instagram.
sumber foto: Instagram Lure Hsu
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...