“Anda Tak Perlu Jadi Seperti Saya, Jadilah Diri Sendiri..” TAN SRI MICHELLE YEOH Titip Nasihat Buat Rakyat Malaysia

Bintang kebanggaan dan kesayangan negara, Tan Sri Michelle Yeoh menitipkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia atas kemenangannya merangkul anugerah Oscar untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi menerusi filem Everything Everywhere All At Once.

Michelle Yeoh atau nama penuhnya Michelle Yeoh Choo Keng berkata walaupun jarak menyukarkan namun dia dapat merasai sokongan dan kasih sayang yang diberikan terhadap perjalanan kariernya.

“Saya dengar jeritan kegembiraan dan keterujaaan anda semua saat saya merangkul trofi tersebut. Anda semua ada dalam perjalanan ini dan saya amat bersyukur merasa cukup bertuah sekali,” jelas Michelle Yeoh yang berasal dari Ipoh itu.

Malah Michelle sempat menitip nasihat kepada semua rakyat Malaysia untuk mengejar dan mencapai impian. “Anda tidak perlu menjadi seperti saya, anda perlu menjadi diri sendiri dan malah lebih baik dan berjaya dari saya. Yang penting, jangan sesekali berputus asa dan sentiasa usaha keras”

Michelle ditemui oleh para wartawan bersempena majlis kepulangannya ke Malaysia menerusi acara Pride Of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet yang akan diadakan pada pukul 5.30 ini di Centre Court Pavilion KL.

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus