Anggap Menantu Macam Anak Kandung, Ini Komen Tengku Zawyah Tentang Alyssa, Tya & Izara

Dunia rumah tangga sarat dengan ragam dan warna-warninya. Begitu juga hubungan menantu dan mertua, ada yang diberikan rezeki mertua penyayang dan ada pula sebaliknya. Bertuah sungguh jika dikurniakan mertua yang baik, ia sesungguhnya satu nikmat dan dambaan setiap menantu. It’s like you are the chosen one, bukan!

Kalau dulu, ramai yang kata bukan senang nak ambik hati mertua. Mertua kita pun tak mudah nak sesuaikan diri, apakan lagi nak memuji menantu sendiri. Tapi alhamdulilah jika dilihat pada kehidupan YM Tengku Datin Sri Zawyah (@teezac) di laman sosial, jelas terpancar sifat sporting dan keibuannya bersama tiga menantu perempuan, Alyssa Hishamuddin, Tya Arifin dan Izara Aishah.

Bersama menantu sulung. Alyssa Hishamuddin
Bersama Izara dan Tya
Menantu-menantu kesayangan Kak Engku

Keakraban itu seperti ibu dan anak. Selalu berbahagi rasa, cerita dan pengalaman, boleh berkongsi masalah dan mempunyai cita rasa yang hampir serupa. Bertuah rasanya! Hubungan mereka sentiasa positif, happy go lucky

dan always support each others dalam pelbagai keadaan.

Majalah Nona berkesempatan bersama Tengku Datin Sri Zawyah (Kak Engku) bercerita tentang tiga menantunya yang cantik jelita. “Alhamdulillah, bersyukur Kak Engku diberikan tiga menantu perempuan yang baik, penyayang, berbudi bahasa, mempunyai sifat isteri solehah, bijak menguruskan rumah tangga dan sempurna sebagai seorang isteri dan ibu.

Kak Engku tak pernah anggap mereka sebagai menantu tapi macam anak sendiri.

Setiap menantu punya kelebihan masing-masing. Tapi satu persamaan ketara, mereka bertiga memang business minded. Contohnya Alyssa dengan butik Yadotsa yang menyediakan pelbagai rekaan baju RTW dan menerima tempahan pelanggan. Tya sibuk dengan perniagaan Jamu Mutyara dan produk Jiwaku sementara Izara pula mengeluarkan Enya Organic Cotton Sanitary Pads.

Selain itu, Kak Engku juga lega melihat sifat keibuan dalam diri Alyssa, Tya dan sekarang Izara. Cara Alyssa dan Tya mendidik dan membesarkan anak-anak mereka sangat bagus dan berdisiplin. InsyaAllah, Izara juga terserlah sifat keibuannya and i know she will be a good mom to her little princess

,” komennya panjang lebar.

Kalau berkumpul dengan menantu, topik apa yang dibicarakan? “Biasanya kami anak-beranak, menantu dan cucu-cucu akan berkumpul di rumah atau keluar dinner bersama. Bila jumpa, selalunya kami akan berbual tentang telatah cucu yang sentiasa membuat kami semua tersenyum bahagia.

Kadang terselit juga perbualan tentang isu semasa, hal agama, perkongsian kecantikan dan resipi masakan. Saya senang hati sebab semua menantu rajin masuk dapur. Waktu macam inilah Kak Engku akan berkongsi dan tunjuk ajar resipi kegemaran suami mereka,” ujar Tengku Zawyah yang turut berkongsi video masakan Nasi Daging dan Air Asam bersama pembaca Majalah NONA.

Kongsi sedikit perasaan Tengku Zawyah menerima kelahiran baby pertama pasangan anakanda Adib dan Izara Aishah. “Syukur sangat tahun 2020 ni, Kak Engku dikurniakan seorang lagi cucunda perempuan, Irisa Alaia pada 15 April. Alhamdulillah kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadiran cute baby princess.

Awalnya kami semua bimbang dengan keadaan Izara yang bakal melahirkan baby dalam keadaan COVID-19 ni. Tetapi syukur Allah telah mempermudahkan segalanya. Jadi bertambahlah cucu Kak Engku tahun ini, 3 lelaki dan 3 perempuan,” cerita Tengku Zawyah yang kini banyak menghabiskan masa memantau Izara dalam pantang dan melayan si comel Irisa.

Si comel Irisa Alaia ketika baru dilahirkan
Irisa Alaia ketika berusia 7 hari

Harapan Tengku Zawyah kepada anak dan menantunya, “Saya doakan semoga rumah tangga mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dan berpanjangan hingga ke Jannah, aamin.”

Share
Published by
KR