Rezeki tak pernah salah alamat. Berkat sabar dan semangat juang untuk berjaya, Fida Ramli kini bergelar usahawan. Meskipun cita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri sudah menjadi kenyataan namun jauh di sudut hati wanita ini, dia tidak menyangka rezeki yang dikurniakan Allah SWT terhadap dirinya adalah di luar jangkaan.
Sejak kecil Fida Ramli berdepan sindiran rakan sebaya dan orang sekeliling kerana keadaan diri yang sumbing bibir. Walau ada ketika, keyakinan Fida diuji namun impian untuk memperkasa golongan sumbing sepertinya mengatasi segala-gala.
Jelas anak bongsu daripada tiga beradik perempuan ini, kehidupan keluarga yang agak sukar ketika itu menguatkan lagi semangat Fida untuk berjaya.
Terbuka berkongsi kisah peribadi dalam temu bual Nona On Air, pemilik nama Nurafirda Ramli ini berkata, “Fida dah berumah tangga dan ada dua orang anak lelaki. Perkembangan terkini, alhamdulillah kalau dengan bisnes masih lagi went well.
Kalau dulu Fida seorang-seorang, sekarang Fida dah bersama dengan almost 4,000 orang agent dan juga Fida dah melahirkan 10 orang jutawan daripada 2020 sampai sekarang. Coming soon, inshaAllah kita akan buat baby range untuk bayi dan juga kanak-kanak.
Fida adalah seorang perempuan yang sumbing bibir. Actually orang kenal Fida pun sebab sumbing bibir. Kalau dulu Fida anggap ini adalah kelemahan tapi alhamdulillah syukur disebabkan oleh sumbing bibir ni, Fida dah anggap ia sebenarnya kelebihan dan rezeki serta anugerah yang Tuhan bagi. Disebabkan sumbing bibir ini jugalah Allah bagi rezeki yang melimpah-limpah.”
Tambahnya lagi, “Fida memang dari kecil, bukan orang yang senang. Fida hanyalah budak flat dulu. Mak Fida seorang suri rumah tapi dia boleh jahit. Terjadinya Fida ni sebagai usahawan disebabkan oleh mak yang suka berniaga dan berbisnes. Cuma mak Fida ni dia berbisnes, tak berapa nak jadi.
Maksudnya tak ada strategi sebab selalu bertukar-tukar. Mak Fida pernah bawa teksi, jual nasi lemak tepi jalan, jadi mak andam, dia buat semua. Jadi dari situ Fida tengok betapa kuatnya mak Fida. Abah pula seorang office boy selama berpuluh-puluh tahun.
Dalam keluarga, Fida seorang je sumbing. Malah dalam saudara-mara pun tak ada yang sumbing. Jadi Fida rasa sangat kecil. Mindset selalu negatif dengan keadaan diri. Lagi-lagi dengan orang yang selalu ejek. Mereka cakap dari belakang lawa, depan sumbing. Benda tu memang betul-betul beri kesan dekat Fida.”
Menceritakan kembali perjalanan bisnes, Fida sebelum ini pernah bekerja dalam bidang perhotelan sebelum bergelar Co-Founder Heads Professional Paris.
“Fida mula buat bisnes bila Fida dan suami nak kahwin. Kami cari duit sama-sama dan share. Fida sebelum ini kerja di bidang perhotelan sebagai Sales Manager. Gaji waktu tu tak sikit tak banyak RM5,000 sebulan.
Takut nak berhenti dulu tapi sebab tak suka environment politik di tempat kerja, Fida decide
untuk resign dan buat bisnes. Tapi yang penting kalau kita nak resign dan buat bisnes ni kita kena ada cash reserve. Jangan membazir-bazir, simpanlah.Kalau decide nak berhenti kerja kena ada enam bulan cash reserve. Dengan keadaan ekonomi dan time Covid ni, kena ada cash reserve dalam setahun baru boleh berhenti kerja sebab kita tak tahu kalau kita dah berhenti kerja nanti, tak ada cash reserve duit yang yang nak cover bulan-bulan ni.
Apa pun, penting untuk ada cash reserve. Simpanlah duit jangan membazir. Fida buat macam tu sebab Fida betul-betul nak berhenti kerja.
Dalam masa dua bulan, Fida dah boleh simpan duit sebanyak RM30,000. Baru Fida berhenti kerja. Penat sangat, Fida duduk Balakong, Fida hantar anak dekat Gombak tapi Fida kerja dekat KL. Fida kena keluar rumah sebelum 6.30 pagi. Waktu lunch Fida akan COD dan postage. Balik ambil anak sambung COD dan pack barang.
Kalau dulu Fida siap jual sambal dan tak tidur. Sampai pengsan sebab nak simpan duit dan janji berhenti kerja dan tak stress. Alhamdulillah berbaloi. Fida tak rasa rugi pun berhenti kerja.”
Dalam kesibukan mengurus empayar niaga, Fida pernah mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit. “Kerana terlalu sibuk, Fida tak perasan pernah kena scam RM200,000. Bagi Fida, selagi kita nak berada di atas, ujian akan datang setimpal dengan kejayaan.
Yang baru nak mula bisnes akan alami ujian kecil tapi bila bisnes dah besar, dugaan dan ujian pun sangat besar. Lagi kita nak naik, lagi macam-macam ujian kita.
Bila dah berbisnes, memang sangat perlukan ilmu. Bila bisnes seorang-seorang, akan rasa stuck. Sebab tu kena ada ilmu dan ada guru yang ajar kita. InshaAllah dari situ kita akan nampak jalan.”
Cekal mendepani halangan dalam berniaga saban tahun, Fida kini mampu tersenyum bangga apabila impian untuk melihat wajahnya terpampang di papan iklan lebuh raya utama sudah menjadi kenyataan.
“Ingat, dalam hidup ni ada orang yang tak suka kita. Jadi, cara terbaik untuk tunjuk kita berjaya adalah dengan kejayaan kita. Fida ingat lagi waktu mula jual produk orang dan founder tanya apa impian Fida buat bisnes. Fida cakap teringin ada billboard tepi jalan ada muka Fida.
Dia tanya kenapa? Fida jawab sebab Fida ni sumbing. Fida nak orang pandang Fida terutama yang ejek Fida dulu. Dan juga Fida nak tarik semua orang sumbing yang kita bukan minta jadi sumbing dan sumbing bukan OKU. Jangan risau dan keluarlah. Fida mahu ia jadi awareness dan dalam masa sama nak orang sumbing keluar dan jangan rasa malu.”
Semoga perjalanan kehidupan dan kejayaan Fida sebagai usahawan menjadi suntikan inspirasi keapda lebih ramai wanita di luar sana untuk mencapai impian.
This website uses cookies.