Anggun Berbaju Kurung & Selendang, CP Sofie Louise Sambut Ulang Tahun Keputeraan Suami

Sejak berlangsungnya majlis Istiadat Perkahwinan di antara YTM Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan YAM Che Puan Sofie Louise Johansson pada bulan April 2019, perhatian rakyat mula tertumpu kepada wanita kelahiran Sweden ini.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Koleksi Majalah Nona

Che Puan Sofie Louise bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata malah bijak membawa diri bersama rakyat Kelantan khususnya. Wanita yang gemar memakai baju kurung moden dan berselandang ini tidak kekok bertemu masyarakat, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, ligat di dapur, pandai menjahit dan gemar berbasikal.

Foto: Instagram @ljo_
Foto: Instagram @ljo_
Foto: Instagram @ljo_
Foto: Instagram @ljo_
Foto: Instagram @ljo_

Semalam, Che Puan Sofie Louise telah meraikan ulang tahun keputeraan suaminya seperti yang telah dikongsinya di laman media sosialnya. “Januari 20. Happy Birthday to my lovely husband. May all your dreams come true. Wishing good health and many many happy years together

,” coretnya yang memilih tema kuning untuk meraikan tarikh keputeraan suami tersayang.
Foto: Instagram @ljo_
Foto: Instagram @ljo_

Tengku Mahkota Kelantan pula diputerakan pada 20 Januari 1974 di Istana Kota Lama, Kota Bharu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail Petra II sebelum meneruskan pengajian di Oakham School, London di peringkat sekolah menengah.

 

Foto: Instagram @ljo_
Foto: Instagram @ljo_
Foto: Instagram @ljo_

Che Puan Sofie yang berasal dari Sweeden ini khabarnya mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi. Cik Puan Sofie dilahirkan pada 6 Jun 1986 dan membesar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed