Berita

Anggun Berbusana Kurung Merah, Penampilan Raja Permaisuri Agong Di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Raih Tumpuan!

Penampilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Baginda kelihatan anggun berbusana baju kurung lengkap berhijab rona sedondon. Mengiringi Seri Paduka Baginda ialah YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan YAM Che’ Puan Mahkota turut berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) selaku penganjur majlis kepada 100 penerima golongan B40 dari daerah Johor Bahru.

Kredit Instagram @malaysia.royalfamily
Kredit Instagram @malaysia.royalfamily
Kredit Instagram @malaysia.royalfamily

Turut hadir, Datin Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani dan isteri.

Hadir sama, Mejar Cina Dato’ David Wong selaku Pengerusi Yayasan Sultanah Fatimah (YSF) yang turut bekerjasama dalam penganjuran majlis.

Kredit Instagram @malaysia.royalfamily
Kredit Instagram @malaysia.royalfamily
Kredit Instagram @malaysia.royalfamily
Kredit Instagram @malaysia.royalfamily

Majlis dihadiri 400 tetamu jemputan itu turut diserikan dengan persembahan kesenian pelbagai kaum.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut beramah mesra bersama tetamu jemputan sebelum berangkat balik.

IKLAN
Share