Sejak berhijab makin terserlah kejelitaan suri hati Dato’ Seri Hishammuddin Hussein ini. Bersandarkan rupa paras menawan dan tinggi lampai, pastinya penampilan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah yang sopan dalam persalinan tradisional setiap kali menghadiri majlis-majlis rasmi menarik perhatian khalayak.
Walau sudah bergelar datuk dan nenek namun kemesraan dan sisi romantik pasangan ini tetap menebal. Macam kekasih yang tengah hangat bercinta!
Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Sembrong ini jelas terserlah betapa beliau menghargai isteri tercinta. Buktinya, momen indah bersama Tengku Datin Seri Marsilla sentiasa menghiasi media sosial Dato’ Seri Hishammuddin.
Lebih bermakna, ulang tahun kelahiran pasangan ini jatuh pada bulan Ogos. Dato’ Seri Hishammuddin misalnya genap berusia 63 tahun pada 5 Ogos lalu. Manakala Tengku Datin Seri Marsilla pula menyambut hari lahir pada 4 Ogos lepas.
Memuat naik gambar berdua sempena ulang tahun kelahiran, dedah bekas Menteri Luar Negeri ini. “Bukan selalu ada chance nak keluar dating dengan isteri, cucu dah 4!
Tak putus-putus ucapan serta doa kami berdua terima sempena birthday kami. Terharu, bersyukur dan gembira atas ingatan semua. Mohon maaf jika tak sempat balas setiap satu – banyak sangat! Tapi semuanya dibaca. Cukup bermakna!”
Raut wajah manis penuh kelembutan ditambah pula gaya elegan suri hati Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, pasti ramai tidak menyangka wanita ini ibu kepada empat cahaya mata dan nenek empat cucu.
View this post on Instagram
Biarpun anak-anak makin meningkat usia dan berkeluarga, ikatan kekeluargaan mereka cukup kuat.
Menelusuri latar belakang Dato’ Seri Hishammuddin, beliau merupakan anak kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn yang dilahirkan pada 5 Ogos 1961.
Moga rumah tangga Dato’ Seri Hishammuddin dan isteri tercinta diberkati Allah SWT dan berkekalan hingga ke syurga.