Penampilan anggun Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin seringkali menjadi tumpuan. Walau berbaju kurung mahupun kasual tetap terserlah kecantikan aslinya.

Ads

Anggun Berkebaya Songket, Tengku Permaisuri Norashikin Titah Pulihkan Kembali Seni Sulaman KelingkanPenulis turut tertarik dengan penampilan Tengku Permaisuri Norashikin ketika baginda menghadiri majlis pelancaran tujuh buku terbitan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Berkebaya songket rona biru lembut fabrik songket menyerlahkan keayuan baginda.

Anggun Berkebaya Songket, Tengku Permaisuri Norashikin Titah Pulihkan Kembali Seni Sulaman KelingkanTengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norasikin bertitah agar usaha bagi memulih kembali warisan dan tekstil seni sulaman kelingkan diadakan dalam kalangan rakyat negeri ini.

Anggun Berkebaya Songket, Tengku Permaisuri Norashikin Titah Pulihkan Kembali Seni Sulaman KelingkanBagi tujuan tersebut, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah supaya Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dapat merancang agenda untuk merakyatkan budaya dan warisan tersebut yang dahulunya pernah popular di Selangor.

Anggun Berkebaya Songket, Tengku Permaisuri Norashikin Titah Pulihkan Kembali Seni Sulaman Kelingkan“Seni sulaman kelingkan yang dahulunya tidak asing lagi dalam kalangan kerabat diraja Selangor setelah diperkenalkan oleh Tengku Ampuan Jemaah dan legasi tersebut diteruskan pula oleh Tengku Amouan Rahimah, kini ia semakin jarang kelihatan,” titah baginda di majlis pelancaran tujuh buku terbitan PADAT.

Anggun Berkebaya Songket, Tengku Permaisuri Norashikin Titah Pulihkan Kembali Seni Sulaman KelingkanTujuh buku tersebut adalah Sulaman Kelingkan Melayu karya Mohd Subil Musa, tiga buku ditulis Intan Salina Idrus iaitu Kesenian Telepuk Warisan Melayu Selangor, Penyelidikan Terkini Nisan Acheh di Selangor serta Warisan Telepuk Alam Melayu, Kebaya Selangor oleh Rohayu Mohd Yunus, Permainan Wau Kapal oleh Mohd Subil Musa serta Tarian Piring Selangor oleh Allahyarham Mohd Lotfi Nazar.

Ads

Anggun Berkebaya Songket, Tengku Permaisuri Norashikin Titah Pulihkan Kembali Seni Sulaman KelingkanTitah baginda penulisan tersebut merupakan satu dokumentasi penting yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan oleh generasi akan datang terutamanya mengenai seni warisan tekstil yang semakin dilupakan seperti sulaman kelingkan dan kain telepuk yang kini semakin sukar untuk diperoleh kerana tiadanya pengusaha yang mahir untuk menghasilkannya.

Ads

Anggun Berkebaya Songket, Tengku Permaisuri Norashikin Titah Pulihkan Kembali Seni Sulaman Kelingkan“Besar harapan saya agar kerjasama dapat dilakukan bersama agensi yang berkaitan agar koleksi buku ini bukan hanya ditempatkan di perpustakaan dalam negara, malahan dapat dipromosikan kepada perpustakaan di luar negara,” titah baginda.

Anggun Berkebaya Songket, Tengku Permaisuri Norashikin Titah Pulihkan Kembali Seni Sulaman KelingkanSumber: Bernama

Kredit Foto: Instagram Selangor Royal Official

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI