Sering tampil anggun berkurung batik dan berselandang YAM Che Puan Sofie Louise Johansson tidak kekok bertemu masyarakat. Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata malah bijak membawa diri bersama rakyat Kelantan khususnya.
Isteri kerabat diraja Kelantan yang berasal dari Sweeden ini telah berkongsi foto di laman media sosial milik peribadinya menemani suami tercinta, YTM Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra melawat bayi kembar yang kehilangan ibu sewaktu bersalin buat kali kedua.
Tetap memilih baju kurung moden, Che Puan Sofie yang dilahirkan pada 6 Jun 1986 ini anggun berkurung batik rona oren dengan motif floral. Beza dua tahun kunjungan pasangan diraja ini memperlihatkan kanak-kanak kembar tersebut sudah besar.
“Today we went back to visit the twin girls in Tumpat, Kelantan. Back in 2020 they lost their mother due to complications while giving birth on March 31, 2020.
Tuanku and I were very delighted to see how well the twin girls looked. Their father should take pride in how well the twin girls are being raised,” tulis Che Puan Sofie tentang kunjungannya itu.
Penerima Nona Royal Award NONA SUPERWOMAN 2020 ini seorang yang aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuklah Buy & Eat For Charity, menziarahi kanak-kanak dan warga emas yang terlantar sakit di hospital, membantu golongan yang kurang berkemampuan, memberi sokongan buat para peniaga di Kelantan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang disertainya.
Memetik kata-kata graduan kelulusan dalam bidang Bahasa Inggeris dan Sosiologi ini kepada NONA, “Di Sweden, kami berpegang pada tradisi dikenali sebagai ‘Jäntelagen’ atau the law of Jante, yang bermaksud anda tidak boleh percaya anda lebih baik atau sebaliknya dari orang lain.
Kata-kata tersebut saya pegang sehingga kini sebagai azimat untuk diri saya tatkala melalui fasa terkini dalam kehidupan. Mungkin kata-kata tersebut juga banyak mengajar saya menerima proses perubahan dari golongan kebanyakan ke lingkungan istana.
Sesuai dengan pepatah Melayu, Raja dan rakyat berpisah tiada,” ujar Che Puan Sofie merendah diri ketika NONA mengajukan persoalan mengenai perubahan status buat dirinya dari orang kebanyakan ke istana.
Baca juga; 20 tahun Menanti, “Beraya Satu Family, Priceless!” Sebak Dengar Perkongsian Anak Sulung Didie Alias
View this post on Instagram