Siapa yang tidak mengenali model ternama Gig Hadid bukan? Sekali kejelitaannya yang memukau, stail fesyennya juga sering kali jadi ikutan malah perhatian peminat, lensa media dan tabloid antarabangsa. Baru-baru ini, sekali lagi Gigi Hadid mencuri tumpuan apabila tampil pada satu majlis gala di Mumbai India di mana Gigi menyarung persalinan sari.
View this post on Instagram
Hadir memenuhi jemputan tersebut, acara tersebut merupakan majlis pelancaran sebuah pusat budaya Nita Mukesh Ambani Cultural Centre di Mumbai yang maraikan hasil ketukangan India, dan inspirasi fesyen di peringkat antarabangsa, dengan pembukaan pameran “India in Fashion: The Impact of Indian Dress and Textiles on the Fashionable Imagination,” yang disusun oleh Ketua Pengarang The World Of Interiors, Hamish Bowles.
Yang menariknya, penampilan Gigi Hadid yang memukau nyata meraih perhatian dan lensa kamera. Menyarung persalinan ilham dan rekaan Abu Jani Sandeep Khosla, sari Chikankari berona keemas direka dan dijahit di wilayah Lucknow di India, dan mengambil masa setahun untuk menyiapkannya dengan kepakaran jahitan yang berbeza oleh tukang jahit wanita.
Di samping itu, Gigi Hadid turut berkesempatan merakam potret gambar bersama-sama bintang Bolywood ternama antaranya Dato’ Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai.
Acara penuh gilang gemilang tersebut turut dihadiri bintang-bintang ternama kedua-dua indusrti, di mana kelihatan Tom Holland, Salma Hayek, Zendaya dan ramai lagi turut hadir memeriahkan suasana.
Antara bintang-bintang Bollywood pula termasuklah Karisma Kapoor, Madhuri Dixit, Kareena Kapoor, Alia Bhatt, Saif Ali Khan, Salman Khan dan ramai lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***