Anggun, Bijak & Berwawasan NURSYAZWANI SAIFUL SHAM Kekal Optimis, ‘Disekolahkan’ Secara Langsung Bawa Hikmah!

Masihkah anda ingat sekitar bulan lepas, tular video tular temu bual di antara Datuk Hattan bersama penyampai berita saluran Astro Awani menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen. Ramai warga maya menganggap penyanyi legenda berkenaan sedikit keterlaluan dan tidak beradab.

la susulan pihak Astro Awani membuat panggilan telefon kepada Hattan bagi mengulas pemergian vokalis kumpulan XPDC iaitu Mael atau Syed Ismail Syed Ibrahim yang meninggal dunia pada malam Khamis lalu.

Menerusi temu bual secara langsung Buletin Awani pada pagi Jumaat, Hattan tiba-tiba ‘naik angin’ apabila penyampai berita, Nur Syazwani Saiful Sham bertanyakan soalan mengenai penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC yang cukup mendalam dan meninggalkan kesan kepada hati pendengar.

Namun tidak semena, nama penyampai berita tersebut turut tular dan ramai warga maya mengagumi bagaimana Nur Syazwani kekal tenang dan berhadapan dengan apa yang terjadi dengan profesional, sekaligus menjadikan dia popular dan sekelip mata.

Menerusi temubual wartawan Sinar Plus bersama Nur Syazwani, beliau bersyukur apabila orang sekelilingnya cukup memahami. “Keluarga, penerbit, penolong penerbit, kru produksi, kawan-kawan waima organisasi saya sendiri okey sahaja. Ada yang bertanyakan khabar. Terdapat juga minta saya jangan baca komen netizen,” jelasnya.

Nur Syazwani turut mengimbas apa sebenarnya yang berlaku “Kalau ikutkan selebriti itu berkelakuan profesional ketika menjawab soalan. Cuma mungkin ada salah faham di antara soalan dan jawapan.”

Menurut sumber berkenaan, Nur Syazwani baru lima tahun terpilih muncul di layar kaca selepas menjalani latihan praktikal empat bulan di Awani dan kini dia terus diserap masuk selepas tamat pengajian

“Kami sentiasa berhadapan dengan pelbagai individu, ilmuan, pakar dan lain-lain. Pelbagai reaksi kami terima. Berbekalkan pengalaman itulah, sedikit sebanyak membantu saya mengemudi keadaan ketika kejadian itu,” ujarnya.

Namun siapa menyangka, kerjaya sebagai wartawan dan penyampai berita bukanlah pilihan utama. Sebaliknya, beliau mahu bergelar pendidik.

“Sejak kecil saya minat nak jadi guru. Kebetulan saya pernah ambil TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua). Namun, tersekat di pertengahan jalan. Justeru, saya beralih dalam bidang kewartawanan yang tak lari jauh dengan apa yang saya gemari,” jelasnya.

Pun begitu, Nus Syazwani tetap memasang impian untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi demi merealisasikan cita-cita bergelar pengajar atau pensyarah suatu hari nanti.

Untuk artikel penuh temubual NUR SYAZWANI bersama SINAR PLUS, sila layari pautan ini.

Sumber: Terima kasih Sinar Plus (Wartawan: Zaiton Manaf) | Kredit foto: Instagram @nsyzwani

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus