Sedar tak sedar, nampaknya putera sulung Nikita Willy dan suami tersayang, Indra Priawan telah genap tujuh bulan baru-baru ini. Kebiasaannya, masyarakat keturunan Jawa akan menjalani adat Tedak Siten bagi meraikan bayi yang menjadi lambang kebanggaan dalam keluarga.
Nikita Willy juga tidak terkecuali dari mengadakan majlis Tedak Siten buat putera tersayang, Issa Xander Djokosoetono atau lebih dikenali sebagai Baby Izz baru-baru ini.
Nikita sekeluarga mengenakan sepersalinan pakaian Jawa lengkap di mana Nikita anggun mengenakan kebaya tradisi. Pasangan ini mengenakan batik dikenali sebagai Sido Drajad di mana sido membawa maksud sebuah harapan manakala drajad pula melambangkan darjat dan keberatan. Sekaligus ia membawa maksud mendalam buat anak kecil ini sebagai anak yang akan memiliki masa depan yang penuh kebaikan.
Menyingkap dekorasi keseluruhan majlis, ia mendapat sentuhan @didietmaulana yang mengetengahkan konsep biru langit dengan palette warna trend 2023 iaitu tranquil blue. Warna tersebut membawa maksud harmoni dan variasi penuh ketenangan. Tedak Siten merupakan budaya warisan leluhur masyarakat Jawa untuk bayi yang berusia sekitar tujuh atau lapan bulan sebagai upacara turun tanah. Kebiasaannya, adat ini dilakukan bertujuan agar anak membesar menjadi anak yang boleh berdikari.
Acara Tedak Siten baby Izz dimulakan dengan Nikita Purnama Willy mencucikan kaki si comel diikuti proses menapakkan kaki Baby Izz ke tujuh dulang berisi beras berwarna warni. Kemudian Baby Izz ditempatkan di dalam sebuah kurungan khas yang diisi pelbagai barangan berupa permainan yang akan dipilih oleh bayi berkenaan.
Ads
Menurut tradisi masyarakat Jawa, pemilihan tiga barangan dari dalam kurungan khas oleh bayi berkenaan melambangkan kerjaya yang bakal dipilih oleh bayi berkenaan apabila dewasa kelak.
Ads
Jika di Malaysia, upacara jejak tanah atau adat memijak tanah adalah sebahagian daripada budaya bangsa Melayu yang merujuk kepada anak kecil yang baru pandai bertatih, dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang permulaan kehidupannya.
Upacara jejak tanah dijalankan secara berbeza dari satu tempat ke tempat lain, baik dari segi cara atau peralatan yang digunakan barangan yang digunakan, malahan kebiasaannya upacara itu akan disertakan dengan majlis ringkas kenduri doa selamat.
Ads
Malah tidak banyak bezanya dengan upacara Tedak Siten dimana upacara ini sebagai satu bentuk pengormatan kepada bumi sebagai simbolik untuk si kecil mula melangkah mengenali dunia.
Majlis ini juga diserikan dengan doa agar zuriat penyeri kehidupan rumah tangga ini berjaya dalam segala yang dilakukannya. Semoga Baby Izz membesar dalam lingkungan kasih sayang tanpa berbelah bahagi dari keluarga tersayang.
Untuk rekod, Indra Priawan merupakan pewaris konglomerat Blue Bird Group, perusahaan teksi Blue Bird yang sudah beroperasi di Indonesia lebih dari 40 tahun. Sebelum perkhidmatan pengangkutan secara online diperkenalkan, teksi biru ini jadi salah satu pengangkutan utama di Indonesia.
Lulusan Universitas Indonesia jurusan Teknik Mesin 2013 turut mempunyai beberapa perniagaan yang diusahakan di bawah nama PT Indra Investama. Nikita dan Indra selamat melangsungkan perkahwinan pada 16 Oktober 2020 yang lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelaran supermodel sama sekali tidak menghalang aksi lincah atlet China, Eileen Feng Gu daripada merebut pingat emas pertamanya di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.
Eileen mempamerkan aksi cemerlang dalam acara freestyle skiing, sekaligus mengangkat nama supermodel remaja berusia 18 tahun ini sebagai juara beberapa hari lalu.
Tuah berwajah cantik dan kini pemenang pingat emas Olimpik termuda, populariti Eileen kian melonjak tinggi. Tidak terhenti di situ, beliau juga memperoleh banyak tajaan dengan ganjaran yang lumayan.
Atlet Red Bull
GADIS LUAR BIASA
Berdarah kacukan Cina-Amerika, nama Eileen Gu sebelum ini pernah meniti bibir dengan pelbagai pencapaian hebat yang lain.
Dilahirkan pada 3 September 2003 di San Francisco, California, bakat Eileen mula digilap seawal usia lapan tahun oleh ibunya, Gu Yan. Beliau dihantar ke kelas ski di Lake Tahoe, seterusnya berjaya mengasah kemahiran yang tinggi sebagai atlet ski profesional.
Ibu Eileen memberi galakan sejak kecil
Wajah ibu Eileen menyatakan segalanya
Bakatnya bukan saja bersinar di arena sukan ski, malah beliau juga pernah menghiasi kulit depan majalah Elle dan Vogue.
Di bawah naungan agensi modelling IMG Models, Eileen telah membintangi beberapa kempen fesyen dunia.
Antaranya untuk Louis Vuitton, Fendi, Gucci dan Chanel. Terbaru, Eileen dilantik sebagai duta untuk jenama Tiffany & Co dan jam tangan IWC Schaffhausen.
Meskipun berasal dari Amerika Syarikat, gadis yang suka bermain piano itu memilih untuk mewakili negara kelahiran ibunya iaitu China di Sukan Olimpik.
Gadis cantik ini berniat mahu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang di China tentang sukan ski dan terlibat secara profesional dalam sukan tersebut, khasnya kanak-kanak.
Tidak cukup dengan itu, Eileen juga menunjukkan prestasi terbaik dalam pelajaran.
Memetik laporan The Washington Post, beliau bakal mengikuti jejak langkah ibunya sebagai pelajar di Universiti Stanford dan bakal meneruskan pengajian selepas tamatnya Sukan Olimpik Beijing 2022. Syabas!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof apabila rumah tangga yang dibina dilanda badai dan diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu penyondol Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua dan juga madu kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Memiliki rupa paras yang indah serta sepasang mata yang bulat dan cantik membuatkan pelakon, Puteri Sarah Liyana sering disoal samada matanya asli ataupun tidak.
Menjawab pertanyaan yang selalu diberikan kepadanya, pelakon yang dilahirkan di England ini telah berkongsikan gambarnya sewaktu zaman kecil bagi menangkis persepsi bahawa dia menggunakan kanta lekap selama ini. Untung betul miliki mata yang besar dan lawa sebegitu!
Comelnya Sarah!
Sejurus selepas berkongsi foto zaman sekolah, ramai pengikut laman sosialnya yang memuji kecomelan wajahnya yang dimiliki sejak kecil lagi. Memang saling tak tumpah seperti wajah anak perempuannya, Sumayyah.
Berikut merupakan tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh para peminat dan follower, Puteri Sarah yang berjaya menarik perhatian NONA!
Sebagai info, Puteri Sarah Liyana telah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup selama 9 tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan juga Sumayyah.
Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof akhirnya memutuskan untuk bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 18 April 2023.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Nama dua orang penyanyi popular berasal daripada Indonesia iaitu Datuk Rossa dan Anggun sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Masing-masing mempunyai peminat yang tersendiri dan bakat luar biasa sebagai seorang penyanyi. Malahan, Anggun sendiri mengembangkan kerjayanya sehingga ke peringkat international apabila menjadi juri tetap untuk sebuah program popular antarabangsa Asia’s Got Talent.
Dalam perkembagan terbaharu, dua penyanyi hebat ini begabung suara mendedangkan lagu The Good Is Back secara eksklusif dalam sebuah majlis. Kolaborasi dua wanita ini ternyata menjadi dan mendapat pujian ramai. Rossa sendiri berasa betuah kerana dapat menyanyikan lagu yang dimuatkan dalam album Anggun berjudul 8, bersama idolanya itu.
“Lagu The Good Is Back adalah lagu duet terbaru daripada kami berdua dan inilah kali pertama saya berduet dengan penyanti wanita solo sepanjang karier nyanyian. Saya menyanyi dengan penyayi terbaik Indonesia dan berasa sangat beruntung!’, tulis Rossa di laman instagramnya.
Lagu nyanyian mereka berdua ini berkisahkan tentang kekuatan seorang wanita untuk melangkah keluar daripada sebuah hubungan yang buruk. Mungkin ada masanya kita tidak yakin dengan diri sendiri kerana sering sahaja mendengar kata-kata negatif daripada orang lain, tapi sebenarnya kita harus bangkit untuk kebaikan diri sendiri dahulu sebelum memikirkan orang lain.
Menariknya tentang lagu ini lagi, untuk peminat di Malaysia Anggun memilih pelakon cantik Malaysia, Nur Fazura sebagai rakan duetnya untuk menyanyikan lagu ini.
“Lagu ini untuk mengingatkan perempuan yang tidak sedar bahawa mereka dalam hubungan yang buruk dan kita harus berani meninggalkan dan melangkah jauh kehadapan untuk tinggalkan yang buruk dalam hidup dan digantikan dengan perkara yang baik”, kongsi Anggun pula di laman instagram.
Betul juga apa yang Anggun dan Rossa katakan, Jangan pernah rasa takut dan lemah hanya kerana kita seorang perempuan. Perempuan pun ada maruah sendiri untuk dijaga dan adakalanya kita akan berasa lebih baik tanpa seseorang itu. Tidak perlu takut berasa sunyi apabila meninggalkan seseorang yang tidak memberi sebarang kebaikan dalam hidup. Lagipun, untuk apa berada dalam hubungan yang tidak menjanjikan kebahagian. Jadi, untuk anda yang rasa susah sangat nak move on, boleh la dengar lagu The Good Is Back ni.
sumber: instagram Anggun & Rossa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.