Rasanya satu kebiasaan apabila dilahirkan dalam keluarga selebriti yang popular, dari kecil lagi pasti cepat dikenali ramai. Samalah juga dengan Mahikaa Rampal, salah seorang anak dara pelakon tampan Bollywood, Arjun Rampal yang mulai mendapat perhatian lensa dan media Bollywood dek kejelitaannya.
Ads
Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 21 baru-baru ini, Mahikaa merupakan anak sulung perempuan pelakon tampan itu hasil perkongsian hidup Arjun bersama bekas isterinya Mehr Jesia. Kedua-duanya berkahwin pada 1998 dan berpisah 20 tahun kemudian pada 2018. Arjun Rampal juga mempunyai seorang anak lelaki bersama Gabriella Demetriades, teman wanitanya yang terkini diberinama Arik.
Baru-baru ini, Mahikaa Rampal mula curi tumpuan selepas gambarnya di sebuah parti tular di media sosial, apatah lagi Mahikaa dilihat berseronok dengan anak-anak selebriti lain seperti Ibrahim Ali Khan, anak kepada pelakon Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor.
Menurut sumber, Arjun Rampal turut memberikan sokongan penuh kepada Mahikaa untuk terjun dalam bidang seni dan menjadi pelakon Bollywood. Malah Mahikaa juga seorang yang bijak apabila sudah mula memasuki kolej untuk menyambung pelajaran, malah Mahikaa juga berbakat dalam bermain instrumen muzik seperti piano.
Malah Arjun Rampal juga seringkali memuatnaik gambar wajah anak-anak daranya, Mahikaa dan seorang lagi anak Arjun, Myra dan menyatakan rasa bangga melihat kedua-dua anak daranya kini semakin membesar dan semakin cantik seiring dengan usia.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cinta Bollywood dan Hollywood! Dua artis antarabangsa terkenal Priyanka Chopra dan Nick Jonas yang dilaporkan mula hangat bercinta sekitar Julai lepas disahkan telah melangsungkan majlis pertunangan mereka di Mumbai, India.
Pasangan ‘hot’ ini berkongsi berita gembira bersama peminat dengan memuat naik gambar sekitar majlis pertunangan mereka di laman Instagram masing-masing.
Priyanka yang kini berusia 35 tahun dan Nick, 25 ternyata gembira dengan keputusan mereka untuk bertunang. Bahkan, perbezaan usia 10 tahun juga tidak menjadi penghalang untuk melangsungkan majlis perkahwinan tidak lama lagi.
Nampaknya, selepas ini Priyanka dan Nick kena lah belajar budaya masing-masing supaya nanti tak adalah awkward sangat bila nak beramah mesra dengan ahli keluarga. Tak sabar nak tunggu berita perkahwinan pasangan ni pula.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramadan sudah pun melabuhkan tirai dan Syawal akhirnya menjelang tiba 10 April lalu. Setiap kali musim perayaan pastinya gambar Hari Raya golongan VIP dan selebriti tanah air menjadi perhatian. Salah satunya ialah perkongsian momen hari raya isteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ini yang meraih lebih sejuta tontonan.
Ahli Parlimen Kinabatangan ini memuat naik video seisi keluarga menyambut lebaran di media sosial miliknya nyata mencetuskan pelbagai reaksi.
Rata-rata mereka memuji keakraban isteri pertama dan kedua Datuk Seri Bung Moktar iaitu Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette.
Lebih bermakna, kesemua anak dan menantu turut sama bergambar di pagi Syawal. Memang meriah keluarga Datuk Seri Bung Moktar!
Ujar ahli politik ini, “Ya Allah rahmatilah keluarga kami ini, berikan kami kebahagiaan dunia dan akhirat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfıtri maaf zahir batin.”
Datin Seri Zizie berkahwin dengan Datuk Seri Bung Moktar pada tahun 2009 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Aadam Zac dan Aaleph Zeke serta seorang anak perempuan, Aalisa Belle Izette.
Pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zaryn Izette.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita selalu mendengar orang membuat rawatan kulit di klinik estetik. Tapi apakah rawatan yang dilakukan benar-benar mampu memenuhi impian setiap wanita yang membuat rawatan?
Memang benar setiap wanita WAJIB membuat rawatan kulit kerana sekarang kulit wajah sudah berubah mungkin kerana jadual kerja yang terlalu ketat sehingga mengabaikan gaya hidup yang sihat.
Salah satu rawatan yang popular dan terbaik untuk mengekalkan kecantikan wajah adalah rawatan oksigen. Rawatan oksigen merupakan terapi perawatan kulit wajah yang menggunakan alat tambahan yang mengandungi oksigen. Rawatan ini berbeza dengan perawatan yang lain kerana perawatan biasa menggunakan ultrabunyi dan galvanic.
Oksigen bukan sahaja perlu untuk proses respirasi atau fotosintesis malah penting untuk kecantikan kulit. Manfaat yang boleh diperoleh melalui rawatan oksigen ini adalah;
Melembapkan kulit
Rawatan oksigen ini paling sesuai buat mereka yang mengalami kulit terlampau kering. Facial oksigen mampu memberikan manfaat pelembap yang mendalam dengan oksigen wajah. Tingkat kelembapan ini akan mengembalikan tingkat pH kulit kembali normal. Kaedah ini dapat membantu kulit menghadapi berbagai-bagai masalah yang dapat menyebabkannya menjadi rosak terutama akibat pencemaran dan panahan sinar matahari.
Kulit kemerahan
Anda boleh memiliki wajah cerah dan kemerah-merahan dengan melakukan facial oksigen ini. Facial oksigen menghilangkan kotoran dan dapat membantu memberikan oksigen segar pada lapisan luar kulit. Apabila melakukan rawatan ini secara konsisten akan memberikan nafas baru untuk kulit.
Menghilangkan jerawat
Jerawat terjadi hasil daripada pengumpulan minyak dan kotoran yang melekat di pori-pori kulit terbuka. Maka facial oksigen menawarkan rawatan yang luar biasa untuk merawat kulit. Rawatan oksigen boleh mengecilkan pori-pori kulit wajah dan rawatan pembersihan secara mendalam boleh membuatkan pori-pori menjadi lebih kecil.
Menyingkirkan racun
Percaya atau tidak di bawah lapisan kulit mempunyai racun? Sebenarnya racun ini berpunca daripada stress dan juga pencemaran alam sekitar. Memberikan oksigen pada wajah dapat membuat kulit lebih segar, cerah dan muda. Selain itu facial oksigen boleh membantu melawan radikal bebas yang menjadi punca penuaan kulit. Oksigen akan merangsang penghasilan kolagen sehingga kulit menjadi lebih anjal. Keanjalan kulit mambuat kedutan dan bintik-bintik hitam semakin kurang dan pasti keremajaan kulit dapat terhasil.
Merehatkan otot kulit wajah
Keanjalan kulit wajah bergantung kepada otot yang kuat agar kulit terus segar dan awet muda. Bagi menikmati otot kulit yang lebih rileks boleh melakukan rawatan oksigen pada wajah. Rawatan ini boleh membuatkan otot wajah menjadi lebih rileks dan tidak tegang. Otot wajah menjadi tegang biasanya akibat stress dan juga masalah yang terlalu menghantui diri tidak kira di tempat kerja atau dalam rumahtangga.
Menegangkan kulit
Malah rawatan yang menjadi pilihan ramai ini membantu proses detoksifikasi dan pembaharuan kulit. Semburan oksigen segar pada epidermis kulit akan memberikan ruang untuk pembaharuan sel sehingga akan menyingkirkan kulit mati daripada permukaan wajah. Penyingkiran sel kulit mati ini secara automatic menganjalkan kulit dan mengelak kekeringan kulit sehingga terlihat segar dan lembut.
Mencerahkan kulit
Rawatan oksigen ini adalah salah satu cara untuk mengembalikan kecerahan kulit wajah. Oksigen ini membantu pembentukan kolagen serta melindungi kulit daripada bahaya panahan sinar matahari. Oksigen juga dapat menghalang produksi melanin pada kulit yang menyebabkan kulit lebih cerah dan terhindar daripada kerosakan kulit.
Kulit lebih berseri
Rawatan oksigen ini bukan hanya untuk mereka yang mempunyai kulit kering semata-mata malah boleh dilakukan oleh semua jenis kulit. Rawatan oksigen ini boleh menghilangkan kulit kusam dan meninggalkan kesan bersinar pada wajah. Rawatan oksigen ini juga sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan yang membahayakan kulit. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...