Anggun Jelita Berhijab, Penampilan Terkini Tengku Permaisuri Selangor Raih Perhatian Rakyat!

Ramai yang memuji penampilan terkini Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Sejak pulang mengerjakan ibadah haji dan kembali ke tanah air, Baginda tampil menawan dengan imej berhijab.

Keanggunan Tengku Permaisuri Selangor kian menyerlah apabila masyarakat menyedari penampilan baharu Baginda ketika berangkat Ke Majlis Perasmian Program Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up pada 8 Julai.

Itu merupakan kali pertama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke majlis selepas menunaikan haji.

Baru-baru ini, Baginda sekali lagi menjadi perhatian rakyat dalam Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Kredit Instagram @sselangorroyalofficial

Dalam istiadat itu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Tengku Permaisuri Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin kelihatan berseri-seri dalam persalinan kurung kuning dan bertudung litup polos rona sedondon. Aksesori rantai mutiara melengkapkan lagi
gaya elegan Baginda.

Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Kredit Instagram @amirudin_shari

Pada istiadat yang berlangsung dengan tertib pada sebelah pagi, Ahli Dewan Negeri Sungai Tua, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari mengangkat sumpah jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor buat penggal kedua.

Baginda turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor kepada beliau.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/cucu-ydp-agong-ke-10-ym-tengku-asra-jehan-kerabat-diraja-yang-merendah-diri-soft-spoken/

Share
Published by
Suzi