Terserlah keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin tatkala mengenakan hijab baru-baru ini. Ramai yang terpegun dengan kecantikan Baginda ketika berangkat ke Majlis Hi-Tea Persatuan Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (BAKAJASA) pada 10 Jun lalu.
Baginda tampil dalam persalinan kurung rona kuning dan hijab warna senada serta rantai leher mutiara sebagai lengkap gaya.
Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang turut dihadiri Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Datin Seri Masdiana Muhamad.
Dalam majlis itu, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 20 ahli BAKAJASA yang ditimpa bencana alam, kematian ahli keluarga serta mendapat cahaya mata baharu.
Melihat aura Tengku Permaisuri Norashikin
, Baginda menyambut Ulang Tahun Hari Kelahiran ke-52 pada 4 Jun lalu. Bersandarkan personaliti dan penampilan Baginda yang elegan, ramai tidak menyangka Tengku Permaisuri Selangor ini sudah pun mencecah usia 52 tahun.Dari hari pertama melihat wajah Baginda, ramai yang mengakui tertawan dengan kecantikan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin yang juga merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.
Penampilan Tengku Permaisuri Selangor ketika berada di khalayak sering mencuri perhatian. Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian Baginda bahkan gaya dan cita rasa fesyen.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/simple-pun-cantik-gaya-anggun-tengku-permaisuri-selangor-dengan-rantai-mutiara-raih-perhatian/
This website uses cookies.