Umum mengetahui ramai para selebiti kini sedang menjalankan ibadah umrah, tak terkecuali Emma Maembong yang dikhabarkan kini berada di Mekah bersama suami, Muhammad Shazli Azhar serta anak lelaki mereka, Shariq Gabriel serta keluarga. Turut serta adalah adik beradik Emma antaranya Ahmad Bakti Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Meambong.
Terkini, Emma dilihat berkongsi foto di Instagram, yang memaparkan dirinya bersama suami di hadapan Kaabah berkongsi yang dia pernah berdoa di hadapan Kaabah agar dipercepatkan jodoh pada empat tahun yang lalu.
“2019 Emma berdoa depan kaabah untuk percepatkan jodoh, doa Emma nak kahwin next year tu jugak, dan setahun kemudian 2020 alhamdulillah Allah makbulkan doa Emma. Emma kahwin dan telah dikurniakan anak dalam tahun yang sama seperti yang Emma doakan 😭.
Dan tahun ni Emma diberikan rezeki untuk datang balik ke kaabah bersama suami dan anak, ya tuhan sekalian alam, tuhan maha mendengar lagi berkuasa, terima kasih kerana mengkabulkan doa ku, syukur ya rabb ❤️😭.” tulis Emma
Yang menariknya, hantaran Emma tersebut dibanjiri komen-komen warga maya yang memuji penampilan Emma yang sopan dan anggun sepanjang berada di Tanah Suci Mekah, malah ramai yang mendoakan agar Emma mendapat umrah yang mabrur.
Malah ada juga netizen yang mendoakan agar Emma akan menutup aurat dengan sempurna setelah sejurus kembali ke tanah air. Turut sama ialah warga maya yang memuji kecomelan dan telatah anak Emma Maembong, Shariq yang segak dan kacak berpakaian ihram.
Untuk rekap, Emma Maembong selamat menjadi isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 19 Februari 2020 dan kini merupakan ibu kepada seorang cahaya mata, Shariq Gabriel yang selamat dilahirkan pada 8 November lalu jam 2.38 pagi. Apa-apapun NONA mendoakan yang terbaik buat keluarga Emma.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.