Terpegun melihat keanggunan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah. Personaliti Tuanku yang mesra dan sentiasa mengukir senyuman membuatkan rakyat mengagumi keperibadian DYTM Raja Nazhatul Shima.
Apatah lagi Raja Puan Besar Perak ini dikurniakan rupa paras cantik dan menawan.
28 Februari lalu merupakan ulang tahun hari keputeraan ke-71 DYTM Raja Nazhatul Shima. Ternyata, pada usia sudah mencecah 70 tahun pesona Raja Puan Besar Perak ini kekal terserlah!
Berkongsi foto sambutan ulang tahun hari keputeraan baru-baru ini, kongsi DYTM Raja Nazhatul Shima di media sosial, “Cake cutting for my 71st birthday with my grandchildren, Nadya Ismail and Salma. Alhamdulillah. My birthday 28th February 1952.”
Pernah menghiasi ruangan Tetamu VIP Majalah Nona edisi Jun 2016, DYTM Raja Nazhatul Shima ialah anakanda kedua pasangan Almarhum Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin.
Kongsi Raja Nazhatul Shima kepada Nona waktu itu, kekanda sulung mangkat ketika berusia enam bulan pada tahun 1944.
Pasti ramai rakyat ingin tahu bagaimana Raja Puan Besar Perak ini menjaga penampilan diri dan sentiasa tampil mempersona.
Mengimbas kembali persoalan tentang rahsia awet muda yang diamalkan sewaktu mengadakan sesi fotografi bersama Tuanku di Istana Riswin, Perak… kekanda kepada Permaisuri Johor Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia ini tertawa kecil.
“Eh, tak ada rahsia pun! Ambil wuduk selalu, automatik nanti wajah pasti berseri. Saya percaya pada ketenangan hati dan beristighfar selalu, insyaAllah. Amalkanlah!”
DYTM Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima dikurniakan putera iaitu Syed Saifullah Alsagoff, Syed Ibrahim, Syed Redzuan, Syed Shareef, Syed Idris dan Syed Iskandar.
This website uses cookies.