Islam amat mengambil berat tentang hal ehwal serta kebajikan wanita. Kaum lelaki diperintahkan untuk berbuat baik terhadap wanita. Dalam sebuah rumah tangga umpamanya, wanita yang bergelar isteri merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada seorang suami kerana suami merupakan ketua keluarga.
Berikut perkongsian Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Mohd Badiuzzaman atau lebih dikenali sebagai Ustazah Sharifah Khasif berkenaan jenis-jenis mudarat dalam rumah tangga berserta kesannya terhadap institusi keluarga.
AMANAH
Seorang suami diperintahkan untuk menunaikan hak-hak isteri, menjaga maruah isteri serta mengajar isteri perkara-perkara berkaitan dengan agama dan pembentukan peribadi. Sebarang bentuk penganiayaan yang dilakukan suami terhadap isterinya seperti mengabaikan nafkah, mendera atau memukul isteri tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara‘ dilarang oleh Islam.
JENIS-JENIS MUDARAT DALAM RUMAHTANGGA
1. Tidak memberi nafkah zahir dan batin. Nafkah zahir termasuklah:
a) Tempat tinggal bersama (suami dan isteri) iaitu rumah selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.
b) Mengabaikan keperluan hidup iaitu makanan, pakaian serta peralatan yang munasabah dan selayaknya mengikut kemampuan suami. Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatkanlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu
.”2. Tidak bergaul dengan isteri secara baik, mesra dan kasih sayang. Firman Allah SWT maksudnya: “Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”
3. Tidak berlaku adil kepada isteri-isteri jika suami itu mempunyai isteri lebih daripada satu.
4. Menyakiti hati isteri, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudaratkan isteri tanpa sebarang sebab seperti memukul tanpa belas ihsan.
5. Menghalang isteri untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya).
KESAN TERHADAP INSTITUSI KELUARGA
This website uses cookies.