Melalui rutin harian yang memenatkan, oh alangkah segarnya kalau dapat berehat di spa untuk memanjakan badan. Terbayang tab mandian berisi air hangat, dalamnya ditaburi kelopak bunga serta ramuan semula jadi pelembut kulit, sungguh nyaman!

Sayangnya bagi wanita berkerjaya atau yang sibuk menguruskan keluarga, peluang ‘me time’ begini tidak datang selalu. Maklumlah bukan mudah mengimbangi tanggungjawab harian dengan keperluan diri sendiri, terkejar-kejar dibuatnya.

IKLAN

Kini memanjakan tubuh di spa bukan suatu kemestian. Nikmati faedah mandian ini di rumah dengan efek relaksasi seperti di spa, selain memelihara kecantikan dan menggebukan kulit dalam satu masa.

Cara-caranya:

(1)   Lakukan transformasi kreatif dalam tata hias bilik mandi. Wujudkan elemen alam dengan peletakan tumbuhan hijau, batu-batu sungai, bakul rotan dan lilin aromaterapi di sudut-sudut terpilih.

Anjalnya Kulit Badan! Mandi 10 Minit Tapi Result Macam Pergi Spa

(2)   Jika tidak mempunyai tab mandi, pasangkan paip pancuran ala air hujan. Kini titisan air pancuran juga mempunyai pelbagai ragam, maka pilihlah tetapan agak kuat untuk mengurut badan kita yang lesu.

Anjalnya Kulit Badan! Mandi 10 Minit Tapi Result Macam Pergi Spa

(3)   Akhir sekali, pilih produk mandian harum yang berfungsi seperti perawatan di spa iaitu membersih dan melembapkan kulit. Pilihan Nona, tentu sekali produk baru Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face and Body Shower ini.

Anjalnya Kulit Badan! Mandi 10 Minit Tapi Result Macam Pergi Spa

Nah, mudahkan? 3 cara ini dijamin berkesan untuk menenangkan fikiran, menyegarkan tubuh badan dan mengembalikan kelembutan kulit secara keseluruhan. Paling mengujakan, penggunaan Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face and Body Shower tu diilhamkan daripada rutin kecantikan ringkas Jepun. Hanya dengan satu langkah, ia mampu membersih & melembapkan wajah dan badan semasa mandi.

Bercakap tentang kecantikan orang Jepun, tiba-tiba terus teringat sejenis kuih Jepun yang dipanggil mochi. Rasanya sangat sedap, bentuk bulat-bulat tapi anjal, lembut dan gebu bila disentuh. Semua perempuan mengidamkan kulit macam ni, macam mochi!

IKLAN

Anjalnya Kulit Badan! Mandi 10 Minit Tapi Result Macam Pergi Spa

Patutlah SHOKUBUTSU lancarkan produk MOCHI HADA. Berbeza daripada produk mandian biasa yang sekadar membersihkan kulit, produk baru ini mampu mengunci kelembapan kulit sekali gus mengembalikan keserian dan keremajaan melalui teknologi Moisture-Lock yang memerangkap lembapan sedia ada di dalam kulit. Dengan itu, molekul-molekul air akan ‘terkunci’ di dalam kulit dan ini akan mengekalkan hidrasi kulit wajah dan badan dengan efisien.

Cegah Kekeringan Kulit

Pengabaian untuk menjaga kulit badan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat  berbanding dengan kulit wajah kita. Selain itu, faktor usia juga mengurangkan kandungan lembapan di bawah lapisan kulit dan mempercepatkan lagi proses penuaan kulit. Kombinasi perubahan cuaca dan peningkatan usia turut merangsang pengurangan kandungan minyak di bawah kulit.

IKLAN

Jadi sebelum kulit menjadi terlalu kering, kita perlu mencari jalan untuk melembapkannya semula. 

Rahsia kemujaraban produk Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face and Body Shower terkandung di dalam khasiat semulajadi Minyak Tsubaki, iaitu satu ramuan penting dalam amalan kecantikan Jepun dan menjadi rahsia kecantikan di kalangan Geisha; ekstrak Tapai Beras yang kaya dengan mineral dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.Minyak Bran Beras, satu ramuan anti-penuaan yang membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapannya.

Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face and Body Shower boleh didapati dalam 3 varian iaitu botol (525ml) dan pek isian semula (450ml).

Shower Oil Nourishing & Softening (RM 25.50)

Shower Lotion Glow Radiance  (RM 19.00)

Shower Lotion Ultra Moisture (RM19.00)

Sayangilah wajah DAN badan anda hari ini dengan rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower yang baharu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI