Terus mengangkat wanita, penganjuran Forum Anak Syurga dan Anugerah Ibu Inspirasi oleh Al Kauthar Eduqids dibuat khas untuk raikan jasa ibu di Malaysia.
Tadika kanak-kanak terkemuka, Al Kauthar Eduqids (AKE) menjalin kerjasama dengan Mingguan Wanita dan Majalah Nona menganjurkan sebuah program hebat iaitu ‘Forum Anak Syurga’ diikuti ‘Malam Gala Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan Nona’ pada 2 Jun 2024 bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
Ads
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al Kauthar Eduqids, Dato’ Dr Capt Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim, dianggarkan 250 tetamu terdiri ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa bakal menyertai forum ini.
Selaku penaja utama, antara pengisian topik-topik yang dibincangkan adalah:
(1) Talkshow 1: Power Up Mental & Fizikal
(2) Talkshow 2: Kapsul Sihat & Cergas
Ads
(3) Talkshow 3: Anak Istimewa Selangkah Ke Syurga
Forum yang bermula jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang ini bukan sahaja membincangkan pelbagai ilmu dan perkongsian pengalaman ibu bapa malah bertujuan untuk membina komuniti sokongan antara ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa.
Bersama moderator Nani Roslan, beberapa panelis disegani turut hadir iaitu Zarina Zainuddin, Fynn Jamal, Dr Malar dan Dr Robiah Hamzah, bersama kehadiran Ketua Pegawai Operasi Al Kauthar Eduqids, Datin Dr Nor Fadilah Alias.
Ads
MALAM UNTUK IBU
Pada sebelah malam pula bakal berlangsung ‘Malam Gala Ibu Anugerah Inspirasi Mingguan Wanita dan Nona’.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu dan anakanda baginda YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin bakal mencemar duli berangkat menyerikan majlis.
Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan Nona bertujuan memartabatkan figura ibu hebat yang berjasa dan sesuai menjadi inspirasi keibuan kepada masyarakat. Seramai 12 wanita hebat dinobatkan sebagai penerima anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita & Majalah NONA pada malam istimewa ini.
Saksikan persembahan hebat selebriti Salamiah Hassan, Atilia Haron dan Mila Jirin, menyerikan sesi siaran LIVE pada Ahad, 2 Jun 2024 bermula pukul 7.30pm di saluran YouTube, Facebook & TikTok Mingguan Wanita serta Majalah Nona.
Makin cantik Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah! Malah semakin terserlah kejelitaan Puteri Diraja Brunei ini yang nyata mewarisi kecantikan ibunda, Azrinaz Mazhar Hakim!
Perkongsian Azrinaz yang memuat naik gambar anak gadisnya di Instagram baru-baru ini menarik perhatian ramai. Bukan hanya mereka terpikat dengan wajah cantik YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah, bahkan kebanyakan kenalan Azrinaz mengakui anak dan ibu ini cukup seiras.
Posting tersebut dibuat bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-76 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada 15 Julai lalu.
Kongsinya, “My sweet little girl walking alongside with her father. Happy Birthday HM The Sultan of Brunei.”
Umum mengetahui bekas personaliti televisyen ini mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama KDYMM Sultan Brunei Darussalam.
Kedua-dua cahaya mata Azrinaz bersama KDYMM Sultan Brunei ialah YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Puteri Ameerah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-14 pada 28 Januari lalu dan seperti kelaziman saban tahun, Azrinaz tidak pernah terlepas menitipkan ucapan hari lahir kepada anakanda tersayang.
Azrinaz kini merupakan isteri Fairos Khan Abdul Hamid dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah.
Tampil berseri-seri dengan Habib Desert 9K Rose Gold Pendant DI SINI dan dapatkan harga diskaun guna kod NONGSP5.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehamilan sememangnya momen yang sangat mengujakan bagi semua wanita. Lebih-lebih lagi bila pertama kali merasai kurniaan tersebut. Kalau boleh, tiap hari nak catat perkembangan bayi dalam perut.
Dalam keghairahan menyambut ‘orang baru’, jangan abaikan kesihatan diri. Sebab waktu mengandung inilah ramai wanita yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. Bengkak kaki, kejang urat, pening kepala, kurang darah dan bermacam-macam lagi. Salah satu gejala yang sering dijangkiti ibu hamil adalah kencing kotor.
Kenapa wanita hamil lebih senang kena kencing kotor?
Ketika hamil, banyak perubahan fisiologi yang berlaku dalam badan ibu. Lebih-lebih lagi pada sistem perkumuhan air kencing yang menyebabkan si ibu senang untuk mendapat jangkitan pada salur kencing.
Isipadu pundi kencing bertambah dan otot-otot pada pundi kencing menjadi kurang tegang. 90% ibu mengalami perkembangan pada salur ureter disebabkan tindakan hormon progesteron yang tinggi ketika hamil dan juga tekanan daripada rahim yang membesar menyebabkan pengaliran air kencing menjadi perlahan sekaligus memudahkan bakteria terkumpul dan bermulalah jangkitan pada salur kencing.
70 % ibu mengandung pula mempunyai gula dan protein dalam air kencing, memudahkan bakteria berkembang dan memulakan jangkitan pada salur kencing.
Bila melakukan hubungan kelamin ketika hamil, salur kencing urethra terkadang tercedera menyebabkan bakteria dari vagina memasuki salur kencing.
Vagina boleh menjadi tempat takungan bakteria dari salur pencernaan kerana kedudukannya yang rapat dengan rektum dan usus besar. Maka bakteria dari rektum atau usus besar ini boleh memasuki salur kencing melalui urethra yang telah tercedera.
Umur ibu yang meningkat, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kencing kotor juga.
Ketidaknormalan pada sistem perkumuhan air kencing, atau ibu mempunyai penyakit kencing manis lagi senang untuk dapat kencing kotor.
Apa akan berlaku jika kencing kotor tidak dirawat?
Saiz bayi kecil ( Low birth weight ) berat bayi kurang 2.5kg
Bayi lahir tak cukup bulan / pramatang ( kurang 37 minggu )
Ibu boleh mengalami masalah darah tinggi ketika hamil/ pre-eclampsia
Anemia ( kekurangan sel darah merah yang membawa oksigen untuk ibu )
Jangkitan pada air ketuban bayi ( chorioamniotis )
Sumber:
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Lazimnya, kencing kotor boleh dirawat dengan pengambilan air barli, kelapa dan jus kranberi. Ada kajian yang menunjukkan khasiat yang terkandung dalam buah kranberi boleh mencegah L.Coli daripada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan jangkitan. Buah ini juga sangat baik dinikmati wanita hamil kerana vitamin C yang tinggi di dalamnya. Selain itu, pastikan minum air putih secukupnya untuk mengelak jangkitan kencing kotor.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy birthday, Amyra Rosli! 24 Ogos lepas genap 31 tahun umur isteri Amar Baharin ini. Pastinya kehidupan Amyra kini lebih bahagia kerana bukan hanya dikurniakan suami penyayang dan anak-anak bijak, malah kerjaya seni Amyra juga makin meningkat naik.
Bersempena ulang tahun kelahiran, Amar meraikan isteri tercinta secara sederhana bersama dua anak mereka. Daripada perkongsian video yang dimuat naik Amar di media sosial, kelihatan wajah terharu Amyra dengan sambutan tersebut.
Namun yang paling mencuri tumpuan dan menjadi bualan peminat ialah kek hari lahir yang dihadiahkan kepada Amyra. Mengamati salah satu kek berkenaan, kelihatan nasi lemak yang dibentuk menjadi kek dan dihiasi dengan hirisan timun, telur rebus, sambal dan taburan beberapa ekor udang di atasnya. Memang rare!
Dalam pada itu, Amar turut menitipkan ucapan romantis buat Amyra Rosli. “Selamat Hari Lahir Sayang, Amyra Rosli. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan di dunia dan di akhirat.”
Tak dinafikan sejak berkahwin dan berhijab, kerjaya seni Myra makin meningkat naik. Bermula dengan karier lakonan, selebriti cantik ini terus mengembang bakat bergelar duta dan diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai pengacara televisyen.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli seorang wanita yang sarat dengan naluri keibuan. Cara Myra melayan dan mendidik dua cahaya mata penuh dengan kelembutan.
Meskipun sudah beranak dua, bintang drama popular Nur ini cukup pandai menjaga penampilan diri. Mana tidaknya, dari zaman anak dara sampai sekarang maintain menawan.
Amyra Rosli mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...