Anna Jobling Tersenarai Antara 100 Wanita Tercantik 2022

Pelakon Anna Jobling yang kini semakin popular dan laris selepas muncul dalam drama Melur Untuk Firdaus menjadi wakil tunggal dari Malaysia yang tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler.

Foto: Instagram (@annajobling)

Menurut dari laporan Harian Metro, Anna Jobling atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman yang berasal dari Kuala Lumpur menyatakan keterujaaannya dan tidak menyangka dirinya tersenarai.

“Terima kasih sangat-sangat! Betul-betul saya tak sangka. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dicalonkan dalam kategori ini. Memang saya terkejut apabila diiktiraf salah seorang daripada 100 calon yang memiliki wajah jelita di seluruh dunia”.

Mengulas tentang raut wajah dan kecantikan yang dianugerahkan itu, Anna mempunyai takrifan sendiri.

Foto: Instagram (@annajobling)

“Hakikatnya cantik itu subjektif. Kedengan sangat klise bila seseorang mengatakan kecantikan luaran lebih penting. Jika seseorang itu mempunyai sikap terpuji, baik maka secara automatiknya akan menjadikan seseorang itu cantik luar dan dalam. Tidak kisah bagaimana rupa paras seseorang, tapi kalau sayangkan diri dan yakin, maka secara langsung dirinya akan cantik segala-galanya”.

Anna Jobling, 21 tahun merupakan seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia dan merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat.

Selain Anna, turut tersenarai adalah anggota BLACKPINK, Jisoo dari Korea Selatan, Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Kiko Chan (Vietnam), Momona Ramada (Jepun) dan ramai lagi.

Tahun lalu, anggota Dolla iaitu Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tersenarai dalam kategori itu.

Sumber: Harian Metro

 

Share
Published by
Wan Firdaus