Malam Nona Superhero Award menoktahkan pelbagai kenangan suka dukanya, malam tadi. Kemuncak majlis apabila hero banjir Malaysia, Abang Viva melangkah ke pentas bersama ibu tercinta, Norbibah Hashim untuk menerima penghargaan khas Majalah Nona.
Saat itu, semua tetamu memberikan standing ovation sebagai tanda penghormatan terhadap keikhlasan Azwan Omar!
Dari Melaka ke Hotel One World Petaling Jaya, kehadiran Abang Viva bersama ibu bapanya semalam merupakan antara detik-detik manis penerima anugerah Nona Superhero Award bersama 25 penerima anugerah utama yang lain.
Ternyata bantuan solo Abang Viva sewaktu banjir melanda pada hujung tahun lalu, menyentuh hati rakyat Malaysia.
Meskipun bukan siapa-siapa, tapi keikhlasannya membawa bot, meredah air keruh dan menyelamatkan mangsa banjir cukup menyedarkan kita bahawa tindakan pantas itu menyelamatkan banyak nyawa.
Majlis yang berlangsung pada Rabu, menyaksikan sebanyak 23 kategori anugerah Nona Superhero disampaikan kepada lelaki-lelaki unggul yang menjadi pencetus revolusi Malaysia sepanjang 2021.
Diperindahkan oleh penaja utama, IDW Design & Build Sdn Bhd, majlis bermula seawal jam 7.30 malam untuk sesi karpet merah.
Suasana ruang legar Topaz Ballroom, Hotel One World Petaling Jaya bertambah elegan dengan satu sudut khas yang menampilkan konsep rekaan dalaman sentuhan IDW Design & Build Sdn Bhd yang ‘menangkap’ mata para tetamu untuk mengabadikan foto kenangan.
Laluan khas menyaksikan penampilan ramai public figures
termasuk YM Tengku Datin Sri Zawyah, Puan Sri Faridah Idris, Datin Adzliana Hassan, Wak Doyok, Dr Say Shazril, Mawar Karim serta ramai usahawan berjaya negara yang menunjukkan sokongan penuh terhadap Majalah Nona.Kehadiran tetamu utama iaitu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Haji Omar dan Puan Sri Nooraisha Farizan; Ketua Setiausaha MEDAC iaitu Dato’ Suriani Ahmad; YM Tengku Hishammudin Zaizi dan Datin Hezita Hafiz serta Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv iaitu Syamil Fahim Mohamed Fahim menambah keserian majlis.
BERTENAGA
Bersempena ulang tahun penerbitan Majalah Nona ke-35, turut diadakan adalah acara memotong kek sebagai simbolik meraikan momen tersebut.
Ini disusuli dengan acara pelancaran apps IDW Design yang menawarkan pelbagai ciri-ciri rekaan hiasan dalaman terbaik, laksana pakar interior designer
di hujung jari.
Majalah Nona membariskan lelaki-lelaki unggul yang menjadi pencetus revolusi Malaysia sepanjang 2021.
Sebagai kesinambungan Nona Superwoman Award, fenomena ini diteruskan dalam Nona Superhero Award buat julung kalinya bagi mengiktiraf kecemerlangan dan prestasi lelaki ikonik melalui 23 kategori anugerah daripada pelbagai kerjaya.
Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak dalam ucapan beliau berkata, majlis pengiktirafan yang diadakan buat kali pertama ini cukup bermakna kerana ia adalah tanda penghargaan wanita kepada golongan lelaki.
“Sempena ulang tahun ke-35 Majalah Nona, saya bersyukur kerana majlis pengiktirafan ini dapat juga dilaksanakan meskipun negara masih dilanda pandemik COVID-19 dan musibah banjir hujung tahun lalu.
Kami di Majalah Nona terpanggil untuk menghargai golongan lelaki-lelaki hebat yang menjadi wira sebenar sepanjang menempuh tahun 2021 yang mencabar.
Setiap individu yang diraikan pada malam ini juga adalah antara yang turut terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi namun masih mampu bertahan dengan semangat yang kuat. Tahniah kami ucapkan.” Kiffy Razak
Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung, malam pengiktirafan yang dihoskan oleh Radin Amir Effendi ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Dato’ Jamal Abdillah dan Noryn Aziz.
Majlis bertemakan Glam Suit ini ditaja sepenuhnya oleh syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman IDW Design & Build Sdn Bhd.
Ia telah distrimkan secara langsung melalui YouTube, Facebook dan Instagram Majalah Nona bersama hashtags rasmi #nonasuperheroaward dan #nonasuperhero.
Syabas dan semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang pada tahun 2022!
SENARAI PENERIMA ANUGERAH
Nona Superhero Award
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Nona Superhero Award
Azwan Omar
Nona Men’s Corporate Award
Datuk Kamarudin Meranun
Nona Men’s Social Media Influencer Award
Nona Men’s Business Mentor Award
Datuk Wira Dr Azizan Osman
Nona Men’s Legend Award
Dato’ Jamal Abdillah
Nona Men’s Fashion Designer Award
Rizman Nordin & Ruzaini Jamil
Nona Men’s Style Icon Award
Awal Ashaari
Nona Men’s Inspiring Award
Syed Saddiq
Nona Men’s Chef Celebrity Business Award
Datuk Dr Redzuawan Ismail
Nona Men’s Celebrity Achievement Award
Dato’ Sri Eizlan Yusof
Nona Men’s Charity Award
Dato’ Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus
Nona Men’s Paralympic Award
Abdul Latif Romly
Nona Best Interior Designer Award
IDr Lokman Hakim Ahmad Subki
IDr Rabiatul Adawiyah Rasol
Nona Best Men’s Innovative Interior Designer Award
IDr Lokman Hakim Ahmad Subki
Nona Best Halal Skincare Award
Aliff Kadir & Zirra Abdullah
Nona Best Beauty Supplement Award
Muhammad Iddin Syah
Nona Best Men’s Fashion Brand Award
Muhd Hilmi Che Azman
Nona Best Business Strategies Award
Dr CK Koh
Nona Best Innovative F&B Business Award
Vincent Lua
Nona Outstanding Business Award
Hafiz Hiew
Nona Successful Young CEO Award
Safwan Ismail
Nona Best Men’s Halal Beauty Award
Mohd Faizul Rohban Ahmad
Foto: Nu Ideaktiv
This website uses cookies.