Anushka Sharma, bintang Bollywood terkenal yang pernah berlakon di samping Shah Rukh Khan dalam filem Rab Ne Bana Di Jodi membuat penampilan kemunculan sulungnya di Festival Filem Cannes 2023 baru-baru ini bagi memenuhi jemputan meraikan wanita dalam industri perfileman.
Apa yang menarik perhatian adalah gaya Anushka yang anggun dan menawan menyarung persalinan off-shoulder berona putih dengan perincian kelopak bunga putih hasil kreativiti Richard Quinn.
Penampilan Anushka juga dilengkapi dengan gaya rambut yang disanggulkan serta solekan yang natural, di samping pemakaian aksesori dan dengan barang kemas yang minimalis, menyerlahkan kejelitaan pelakon berusia 35 tahun itu.
Anushka baru-baru ini berada di Festival Filem Cannes 2023 bagi meraikan pencapaian wanita dalam industri perfileman. Anushka juga turut disertai pelakon filem Titanic dan Avatar, Kate Winslet pada acara itu.
Anushka sebelum ini cukup terkenal menerusi beberapa buah filem ‘pecah-panggung’ di Bollywood, antaranya Ae Dil Hai Musykil, Sultan, Jab Harry Met Sejal dan banyak lagi!
Ini merupakan kali pertama Anushka hadir memeriahkan acara perfileman dan sinema Perancis itu selepas dia dan suaminya pemain kriket Virat Kohli bertemu dengan duta Perancis ke India Emmanuel Lenin di Kedutaan Perancis New Delhi baru-baru ini.
Anushka kali terakhir dilihat berlakon menerusi filem Qala. Dia muncul dalam peranan cameo khas. Pelakon itu seterusnya akan beraksi dalam filem biopik sukannya Chakda Xpress. Diarahkan oleh Prosit Roym ia berdasarkan kidupan bekas pemain kriket India Jhulan Goswami akan disiarkan secara eksklusif di Netflix.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.