Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menunaikan ibadah umrah sempena lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi bermula pada Rabu. Terdahulu Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada jam 6.42 pagi waktu tempatan atau 11.42 pagi (waktu Malaysia).
Ads
“Alhamdulillah, saya bersama Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan delegasi Malaysia selesai melaksanakan ibadah umrah sebentar tadi. Mendoakan kesejahteraan buat rakyat dan negara serta usaha kita menjadikan Malaysia kembali kuat dan gah diberkatiNya, Insya-ALLAH,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.
Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi bermula 22 hingga 24 Mac atas jemputan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.
Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi sulung Anwar ke Arab Saudi selepas menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Beliau turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil serta pegawai kanan kerajaan.
Selain itu menurut sumber Berita Harian, seorang pelajar Malaysia dipilih sebagai mutawif bagi membimbing Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasinya yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi, melaksanakan umrah hari ini.
Mohamad Zarid Misbari, 25, pelajar jurusan syariah di Universiti King Abdul Aziz di sini ketika ditemui berkata beliau menganggap peluang membimbing Perdana Menteri melaksanakan ibadat umrah sebagai satu pengalaman berharga.
Anak jati Bera, Pahang itu sudah empat tahun melanjutkan pelajarannya di sini di bawah tajaan kerajaan Arab Saudi.
“Sudah lebih kurang dua tahun saya jadi mutawif untuk jemaah umrah, tetapi kali ni jemaah umrahnya level lain sedikit,” katanya yang dipilih sebagai mutawif melalui Konsulat Malaysia di Jeddah.
Ads
Sumber: Sinar Harian dan Berita Harian
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui pelakon versatil Nad Zainal dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Putri akibat komplikasi penyakit sejak minggu lalu akibat pendarahan di paru-parunya.
Atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap rakan baiknya yang turut berlakon bersama dalam drama siri Dendam Seorang Isteri, pelakon Fasha Sandha terpanggil untuk menganjurkan solat hajat dan doa selamat untuk pelakon terbabit bersama kenalan dan rakan artis lain yang berlangsung di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.
Majlis yang diadakan sekitar pukul 6.45 petang itu turut dihadiri oleh rakan artis, keluarga, kenalan rapat dan peminat Nad Zainal. Menurut Fasha, dia tidak sangka ramai yang hadir dan mendoakan agar Nad kembali sembuh. Selain Fasha, pengarah, Shahrulezad turut meluahkan rasa terharu sebaik sahaja melihat ramai orang datang ke majlis tersebut.
Dan pada masa yang sama, Pengarah terkemuka, Shahrulezad Mohameddin berkata, rakan-rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan pelakon tersebut.
“Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatannya di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya. Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bersama,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Selain menyeru agar lebih ramai mendoakan kesembuhan pelakon anak dua itu, Shahrulezad turut mengajak peminat dan rakan artis yang lain menghebah dan menviralkan maklumat tentang tabung tersebut supaya lebih ramai membantunya.
NONA mendoakan Nad Zainal kembali sembuh hendaknya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya keluarga Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid akan bertambah meriah apabila berita kehamilan Datin Seri Nur Shahida mula diwar-warkan di media sosial. Usia kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua.
Memetik sumber Media Hiburan, Shahida berkata dia mengalami alahan yang agak teruk pada awal kehamilan dan mudah merasa penat sehingga jarang berkongsi perkembangan semasa di media sosial miliknya.
“Ya, saya sedang hamil cahayamata keenam. Usia kandungan baharu memasuki empat bulan. Sejujurnya, kali ini saya lebih selesa tidak mewar-warkan soal kehamilan ini.
Ia merupakan kehamilan keenam. Jadi tidak perlu saya terlalu berkongsi berita kehamilan ini seperti melalui kehamilan pertama. Jika boleh saya ingin jalani kehidupan dan proses kehamilan seperti biasa.”
Ditanya mengenai perjalanan kehamilan kali ini, Shahida mengakui mengalami alahan yang agak teruk selain mudah penat dan malas untuk melakukan sesuatu perkara.
“Sejak disahkan hamil, saya lebih suka bersikap ‘low profile’ dan tidak mengemaskini perkembangan di media sosial. Jika ada pun ia adalah video lama yang baharu dimuat naik,” ujarnya.
Netizen mula membuat spekulasi mengenai kehamilan Shahida ketika pasangan usahawan ini menghadiri majlis perkahwinan Iqbar Hakim, anak kepada sahabat usahawan mereka, Allahyarhamah Faziani Rohban baru-baru ini.
Malah Shahida tidak menyangka klip video tersebut menjadi viral dan peminat dapat meneka dirinya sedang berbadan dua.
Sebagai wanita yang sedang hamil, Shahida mengharapkan para peminat mendoakan semoga segala urusan sepanjang proses kehamilan keenam ini dipermudahkan. Di tanya mengenai bilangan cahaya mata yang mereka inginkan dalam kehidupan berumahtangga, Datin Seri Shahida berkata sememangnya dia dan Alif Syukri pernah merancang untuk memiliki enam orang cahayamata.
“Namun begitu, soal jantina saya serahkan padaNya.Kami terima dengan hati yang terbuka,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, pasangan usahawan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2007 dan dikurniakan lima cahayamata iaitu Ammar Ahyan, Qadeejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah. Mereka juga turut memiliki seorang anak angkat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertuah badan figura cantik yang berdarah kacukan Melayu-Pakistan ini apabila dilimpahi kasih sayang daripada tiga orang emak. Saat menanti kelahiran bayi sulungnya pada bulan April nanti Izara telah dikejutkan dengan parti Baby Shower yang berlangsung semalam di The Majapahit Residence Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Izara Aishah atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin begitu gembira dan teruja melihat kesungguhan ibu mentuanya, YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Izham mengatur majlis kejutan buatnya. Lebih istimewa apabila ibunya sendiri Puan Safina dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin turut berkomplot menjayakan majlis ini.
Izara Aishah hadir bersama suaminya, Adib Khalid kelihatan benar-benar terkejut dengan parti yang telah dianjurkan untuknya itu. “Saya ingatkan majlis secara kecil-kecilan sahaja bersama keluarga, tak sangka sebesar ini,” ucap Izara Aishah kepada pengacara majlis pada petang itu, Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak.
Semua tetamu begitu gembira meraikan pasangan bakal ibu dan bapa muda ini dan begitu sporting berpakaian warna mint green mengikut tema yang ditetapkan.
Izara Aishah yang kini berusia 27 tahun bersama suaminya turut mendedahkan jantina bayi yang berada dalam rahimnya. ‘It’s a GIRL‘. Tahniah Izara dan suami yang bakal memperoleh cahaya mata perempuan. Tak sabar nak tengok bayi itu nanti, pasti comel mewarisi kejelitaan ibunya dan kekacakan ayahnya.
Majlis perkahwinan pasangan bahagia ini telah digelar sebagai Wedding of The Year apabila sepakat mengikat ikatan perkahwinan pada 17 November 2017. Majlis resepsi pasangan ini cukup eksklusif apabila memilih tema klasik dan telah direalisasikan oleh perancang perkahwinan terkenal tanah air, Dato’ Rizalman Ibrahim.
Izara Aishah juga telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dalam Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 dan menjadi pilihan pengarah drama dan filem tempatan.
Official Photographer: @712studios
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...