Figura ini cukup terkenal dengan perwatakannya yang tegas dan lantang dalam bersuara. Siapa lagi kalau bukan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Rafidah Aziz.
Ads
Seorang wanita berkeyakinan tinggi serta berani dalam melaksanakan setiap tugasnya sebagai ahli politik tanahair.
Ketika mengenali anak kelahiran Selama, Perak ini secara peribadi siapa sangka di sebalik ketegasannya itu beliau sebenarnya seorang yang kelakar dan ‘mak-mak’. Mudah tertawa dan mesra menjawab setiap soalan yang diajukan.
Ditanya adakah beliau bersetuju, wanita workaholic adalah seorang yang sukses dalam kehidupan?
Begini respon bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini: –
“jangan terlalu work hard. Orang yang workaholic ni kalau dia tak work smart, tak bekerja dengan cerdik, tidak akan membuahkan hasil.
“Jadi, wanita yang bekerja sampai malam apa yang dicari? Orang boleh tidur malam awak kerja lagi buat apa? Jadi, kerja dengan cara yang produktif,” kongsi TS Rafidah yang menjadikan ibunya sebagai sumber insprasi.
‘Berani kerana benar, takut kerana salah’ itulah yang menjadi prinsip utama wanita berusia 80 tahun ini. Sikap tegas itulah yang menjadi superpower TS Rafidah.
Ads
“Saya seorang wanita yang tegas dan tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah SWT. Saya mengamalkan prinsip berani kerana benar.
“Saya tidak peduli siapa, kalau saya rasa benda yang saya lakukan itu betul, saya tidak takut. Itu adalah kekuatan saya,” jelasnya.
Ads
Nasihatnya lagi, seseorang wanita itu perlu mengikut tahap kemampuan diri terlebih dahulu sebelum mensasarkan kejayaan yang lebih tinggi dalam kariernya.
“Lakukan yang terbaik dan termampu oleh diri sendiri. Jangan ikut tahap kemampuan orang lain. Kadang-kadang kita nak berlumba dengan orang tapi bagi saya berlumba dengan diri sendiri dulu. Kalau orang nak buat lebih dari kita, tak apa.
“Selepas kita berjaya mencapai sesuatu target, kita tingkatkan lagi tahap kemampuan kita dari semasa ke semasa,” tambahnya.
Untuk info, TS pernah menerima ‘Nona Superwoman of The Year’ dalam acara berprestij Nona Superwoman Award 2018. Semoga TS Rafidah diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik agar dapat terus berbakti kepada masyarakat serta negara.
Kredit Foto: Facebook Tan Sri Rafidah Aziz
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sebut saja nama Amy Mastura pasti akan terlintas personalitinya yang kelakar dan comel. Tak dinafikan Amy Mastura merupakan salah seorang artis yang mempunyai reputasi bersih daripada kontroversi. Punya keluarga yang bahagia, suami yang baik serta anak-anak yang bijak adalah rezeki buat Amy Mastura yang kini berusia 50 tahun.
Kesimpulannya bila jiwa kita tenang, bahagia dan positif secara tak langsung kecantikan semula jadi akan terserlah pada luaran seterusnya nampak awet muda seperti Amy Mastura. Apa pun, rezeki Amy Mastura terlihat muda berbanding usia sebenar.
“Saya percaya semua orang ada kecantikan masing-masing. Baru-baru ini saya diberi rezeki untuk membawa nama KA.AB Skincare. Ia seolah-olah membuka ruang untuk saya menjaga kulit dengan lebih sedikit dari sebelum ni. Alhamdulillah produk tersebut bersesuaian dengan kulit saya. Jadi saya teruskan menggunakannya.
Dari segi pemakanan saya makan semua tetapi secara sederhana. Untuk aktiviti kecergasan selalunya yang ringan saja contohnya berjalan laju atau berjoging sekali sekala. Bagi saya apa-apa pun yang kita buat eloklah bersederhana. Dari segi solekan pun begitu juga, harus bersederhana kecuali ke majlis-majlis tertentu.
Usia akan terus meningkat dan kita tak boleh lari sebab akan menuju juga ke hari tua. Pastinya kita ada orang-orang terdekat yang sudah melalui proses itu terlebih dulu. Bila kita lihat mereka melalui pengalaman itu maka kita boleh ambil pengajarannya ke kehidupan kita kelak.
Jadi kita akan lebih bersedia contohnya dari segi penjagaan kesihatan gigi dan mata. Jadi kita kena tahu sebab kita juga akan ke arah itu satu hari nanti dengan masalah yang sama. Jadi bersedia lebih awal dan bila tiba masanya kita akan menghargai perjalanan proses itu.
KEBAHAGIAAN 21 TAHUN
Alhamdulillah syukur masih bertahan walaupun setiap hari ada benda baru dan perbezaan yang kami belajar. Setiap hari nak memperbaiki perhubungan dan diri masing-masing. Yang penting perbaiki diri sendiri dulu. Bukan mudah nak perbaiki orang lain kerana belum tentu orang akan suka dan terima.
Bila kita beri kebaikan Insha-Allah kita akan dapat kebaikan itu semula. Kebahagiaan itu dibina sama-sama antara suami isteri berserta doa. Masing-masing ada tanggungjawab dan ada keinginan untuk bagi kebahagiaan kepada pasangan. Bukan asyik meminta saja. Jadilah isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga,” akhiri Amy Mastura yang berpesan kepada para isteri dan ibu agar mengambil peluang sepanjang pandemik ini untuk mengutip seberapa banyak pahala.
Semoga Amy Mastura dan suami kekal bahagia selamanya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua khususnya para wanita untuk menjadi yang terbaik buat keluarga.
Kredit Foto: Instagram @amymasturalerr
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sangka pelakon kesayangan ramai ini sudah 36 tahun menceburi bidang lakonan di Bollywood. Madhuri Dixit mula mempertaruhkan kerjaya seni saat pertama kali berlakon dalam filem Abodh pada tahun 1984. Ketika itu usianya baru menjangkau 17 tahun.
Namun, penampilan Madhuri sedikit pun tidak berubah seperti di awal kemunculannya. Malah kelihatan lebih cantik dan menawan. Jika suatu ketika dahulu Kajol telah mencipta fenomena apabila muncul kembali dalam filem Dilwale. Kajol telah berdampingan dengan aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan.
Penampilan Kajol yang kini berusia 46 tahun, dalam filem ini begitu langsing sehingga menjadi buah mulut peminatnya. Malah, menu dietnya menjadi viral dan ramai wanita seluruh dunia cuba meniru menu yang telah diusahakan oleh heroin filem Kuch Kuch Hota Hai ini.
Madhuri Dixit juga bukan calang-calang malah lebih hebat lagi apabila melihat penampilan terbaharu Madhuri Dixit yang sudah mencapai usia 53 tahun pada 15 Mei yang lalu.
Membayangkan usianya dan susuk tubuhnya yang begitu langsing membuat ramai wanita yang makan hati. Harap-harap Madhuri sudi berkongsi menu dietnya kelak.
Menyaksikan foto terbaharu yang dikongsinya melalui laman media sosialnya umpama melihat gadis yang menjadi heroin filem Dil To Pagal Hai.
Wanita yang sering melemparkan senyuman manis ini bukan sahaja berbakat dalam dunia lakonan malah begitu hebat di pentas tarian. Madhuri Dixit juga aktif sebagai juri dalam rancangan pencarian bakat menari Jhalak Dikhhla Jaa selama 4 musim.
Pada tahun 1999, Madhuri Dixit telah mengambul keputusan menamatkan zaman bujangnya dengan berkahwin dengan Dr. Sriram Madhav Nene, seorang doktor pakar bedah kardiovaskular. Pelakon filem Hum Aapke Hain Koun ini juga telah berpindah mengikut suaminya ke Amerika Syarikat dan melahirkan dua orang anak lelaki, Arin pada tahun 2003 dan Ryan pada tahun 2005.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan Mawar Karim baru-baru ini dilantik menjadi duta rangkaian rawatan kecantikan kumpulan V Ultimate Group, antara syarikat kecantikan inovatif terbaik dalam industri kecantikan di Malaysia.
Menurut ibu kepada seorang cahayamata ini, dia menerima tawaran menjadi duta V Ultimate Group memandangkan ia merupakan pusat kecantikan sehenti yang menawarkan pelbagai rawatan kecantikan yang bersesuaian dengan keperluan setiap wanita.
Ketika diajukan persoalan mengenai status dirinya, Mawar yang ditemui di majlis berkenaan menolak dakwaan dia sudah kembali bergelar isteri tetapi mengakui dalam fasa mengenali hati budi seseorang. Namun begitu, Mawar lebih selesa tidak berkongsi soal peribadi di media sosial memandangkan dirinya bukan selebriti.
“Saya tinggal bersama ibu dan keluarga. Saya bahagia kehidupan dikelilingi anggota keluarga. Bila menyentuh soal peribadi, ia bukan sahaja melibatkan diri saya tetapi keluarga secara keseluruhannya. Jadi, saya lebih suka bercerita soal bisnes dan meletakkan sempadan terhadap soal peribadi di media sosial,” ujar Mawar yang bakal memperkenalkan tudung pada harga rahmah menjelang Ramadan akan datang.
Lima jenama utama yang bernaung di bawah pengurusan V Ultimate Group termasuklah DrNano, H2G, Hairva+, Ava, Deaumist, MY Thai dan MY Tradisi. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1999 itu dikenali dalam kalangan pengguna kerana penggunaan teknologi yang canggih untuk penjagaan kulit.
Sehingga kini, lima jenama tersebut berjaya mengembangkan perkhidmatan kepada 32 cawangan di seluruh negara dengan lebih 200 tenaga professional dan terus berkembang maju.
Menurut pengasas V Ultimate Group, Fiona Gan, kumpulan berhasrat untuk mengembangkan lagi terapi urutan yang semakin mendapat perhatian ramai sejak tiga tahun kebelakangan ini. My Thai merupakan sebuah spa keluarga mewah dan rawatan terapi kesihatan terbaik yang menawarkan harga yang berpatutan.
Manakala My Tradisi ditubuhkan untuk memanfaatkan 70 peratus permintaan pasaran Bumiputera yang berpotensi serta mencipta produk dan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
Di majlis yang sama, kumpulan V Ultimate Group turut melancarkan dua produk baharu iaitu perkhidmatan untuk anti penuaan Diode Laser dan juga Hairva khusus untuk perapian rambut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...