Zaman maklumat di hujung jari, serba-serbi kita Google saja sekarang. Taip apa saja dalam kotak enjin carian, semua maklumat yang dikehendaki terpampang di depan mata.
Istilah Google itu sendiri ibarat satu frasa yang menggambarkan bagaimana kita mencari sesuatu informasi menggunakan kemudahan online. Mesti anda biasa dengar, ‘Eh, buat apa pening. Gugel aje la!’, betul tak?
Apakah yang selalu dicari oleh rakyat Malaysia menggunakan Google? Resipi? Sukan? Atau gosip-gosip terbaru? Google Malaysia hari ini mendedahkan senarai carian Internet paling trending di negara kita sepanjang tahun 2017.
Mendahului pencarian teratas sepanjang tahun 2017 ini adalah BR1M, sebuah program dana bantuan kerajaan untuk rakyat berpendapatan rendah.
Menyusul di belakang adalah teledrama hit, Hero Seorang Cinderella, diikuti carian Sukan SEA 2017 di tempat ketiga.
Ads
Carian tempat keempat diduduki oleh sebuah lagi teledrama popular, Titian Cinta diikuti SAPS NKRA, atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan untuk kemudahan guru atau ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan murid di sekolah.
Ads
Mengekori rapat di tempat keenam adalah thriller blockbuster, Fast & Furious 8, seterusnya komedi romantik Suamiku Paling Sweet, lagu Despacito, undian program realiti TV India Bigg Boss Vote dan kereta baru MyVi 2018, di tempat ke-10.
Ini pula senarai individu paling trending sepanjang 2017 melalui Google:
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah hari ini berkenan berkongsi gambar dua cucunda Seri Paduka Berdua yang selamat diputerakan baru-baru ini.
Hanya bersela 2 hari dikurniakan sepasang cucunda hampir serentak, putera dan puteri. Pengkhabaran ini disiarkan dalam satu hantaran menerusi laman Instagram @Istana_Negara pada tengah hari tadi.
Kedua-dua bayi berkenaan didukung Seri Paduka menerusi gambar yang dimuat naik, diberi nama Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser yang diputerakan Isnin lepas, manakala Tengku Aleya Norlini Tengku Abu Bakar Ahmad, semalam.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan dua cucunda baru-baru ini.
Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.
YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala YM Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua YM Tengku Abu Bakar Ahmad dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Selain berita menggembirakan ini, setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT apabila tanggal 31 Januari lalu mencatat ulang tahun ke-3 Seri Paduka Baginda bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan sebagai Ketua Negara.
Marilah bersama-sama mendoakan agar Allah SWT terus menganugerahkan Seri Paduka Baginda keafiatan, kebijaksanaan dan keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.
Semoga Malaysia, di bawah naungan dan pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara, sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT.
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara amnya, kanser payudara boleh menyerang wanita berusia di antara 30 hingga 75 tahun. Tapi kebanyakan kes yang diterima, mereka yang berusia bawah 50 tahun lebih berisiko tinggi. Ada juga yang mula menghidap kanser payudara seawal usia 20 tahun. Tidak dinafikan faktor usia mempengaruhi penyakit ini tetapi salah satu penyumbang terbesar adalah genetik.
Mengimbas perkongsian Dr Azura Abas yang sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pembedahan Awam Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dia sudah beberapa kali terlibat menjalankan operasi pembedahan pesakit kanser nombor satu wanita ini.
Dedah isteri kepada Dr Say Shazril ini, “Ramai juga yang masih tak tahu bahawa racun serangga turut menjadi punca kepada kanser payudara. Biasanya racun serangga ini terlekat pada sayur-sayuran dan jika tidak dibasuh bersih, ia boleh menjejaskan kesihatan.
Begitu juga pendedahan keterlaluan terhadap hormon estrogen di kalangan wanita yang dalam fasa menopaus. Pengambilan lebihan hormon ini sebagai terapi golongan menopaus supaya emosi mereka tenang dan stabil meningkatkan lagi risiko kanser payudara. Termasuklah ibu-ibu yang tak menyusukan bayi.
Apabila menyusukan bayi, ia akan mengurangkan kecenderungan kanser payudara. Sama seperti ibu hamil kerana kandungan hormon estrogen dalam badan wanita waktu itu terhenti seketika dan membuatkan sistem badan dapat berehat. Jadi, mereka terhindar daripada risiko kanser tersebut.”
Menceritakan pengalamannya sepanjang bertugas di HSNZ, terbit reaksi kecewa pada wajah doktor ini apabila mengetahui rata-rata wanita Malaysia masih kurang pendedahan terhadap kanser dan pemeriksaan payudara sendiri di rumah. Akibatnya, ramai pesakit yang datang ke hospital dalam keadaan agak melarat dengan saiz ketulan sebesar 4 sentimeter.
“Bayangkan 1 sentimeter pun cukup membahayakan, ini pula 4 sentimeter. Sangat bahaya kalau ketulan sudah membentuk sebesar ini. Kajian yang dibuat pakar perubatan di Malaysia juga mendapati sebahagian besar pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara ambil masa lama untuk dapatkan rawatan.
Sampai tiga bulan baru hendak datang dan sukar untuk diubati sebab sel kanser sudah merebak ke bahagian lain. Tambahan pula, jika pesakit sudah melepasi stage 4 kami hanya mampu bagi rawatan sokongan seperti kaunseling dan ubat tahan sakit yang sesuai untuk buatkan pesakit berasa selesa,” terang Dr Azura.
Prihatin terhadap pertambahan jumlah kes kanser payudara yang menyerang wanita saban tahun, dia turut menyarankan para wanita menjalani pemeriksaan seperti mamogram dan ultrasound di hospital mahupun klinik kesihatan berdekatan sebagai langkah pencegahan awal.
Selain itu, amalan pemakanan sihat dan seimbang juga digalakkan terutamanya makanan yang tidak mengandungi bahan pengawet serta tidak terdedah dengan racun serangga.
“Nasihat saya, kalau ada rasa perubahan pada payudara cepat-cepat pergi ke hospital. Doktor akan lakukan pemeriksaan untuk kesan sebarang benjolan atau ketulan. Kadang-kadang rupa ketulan yang bulat dan boleh bergerak dalam payudara adalah ketumbuhan yang tak membahayakan.
Tak buang pun tak apa. Yang kami risau bila ketulan itu menyerupai ciri kanser seperti keras, melekat di satu tempat saja dalam payudara, bukan berbentuk bulat dan puting payudara keluar darah mahupun nanah.”
Kredit foto: Instagram Dr Azura Abas
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantiknya wajah pelakon Maya Karin mengenakan hijab! Pada usia 43 tahun, pelakon Maya Karin terpilih menjalinkan kerjasama dengan pengeluar hijab sempena kedatangan bulan kemerdekaan Ogos ini.
‘2 zaman 1 jiwa.’ SofeaRose semarakkan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan meletakkan w Maya Karin sebagai Srikandi Tun Fatimah, antara srikandi wanita yang turut sama mencurahkan bakti dalam era perjuangan pada zamannya. Malah, menurut Sejarah Melayu, Tun Fatimah merupakan antara sosok berkarisma yang terkenal dengan ilmu pertahanan diri dan bijak dari aspek kepimpinan.
Jenama hijab ini menjulang perjuangan srikandi zaman purba itu dengan melancarkan koleksi khas berkolaborasi dengan Maya Karin. Koleksi SofeaRose X Maya Karin: Srikandi Tun Fatimah juga adalah bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66.
Pemilik nama sebenar, Maya Karin Roelcke mengakui sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita itu. Malah, beliau sendiri pernah membawa watak Tun Fatimah di pentas teater sebelum ini. Maya Karin pernah memegang watak tersebut dalam teater Tun Fatimah yang dipersembahkan di Teater Bangsawan Melaka pada tahun 2017 yang lalu.
Bukan saja pelbagai perkara baru dapat dipelajari melalui teater tersebut khususnya bab bahasa Melayu klasik. Anak kacukan Melayu dan German itu turut berpeluang mendalami serba sedikit tentang ilmu persilatan.
Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia itu begitu teruja apabila namanya dipilih bagi menjayakan Tun Fatimah.
Mengulas mengenai kerjasama dengan jenama besar itu, Maya berkata, koleksi baharu tersebut akan menampilkan empat siri tudung yang unik dan menyatukan elemen tradisi dengan sentuhan moden secara harmoni. Lebih istimewa, keris, corak batik, kipas tangan dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan Melayu.
“Adalah mudah untuk lari daripada tanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara kita, tetapi saya rasa lebih baik dan lebih mulia jika kita dapat cari semangat untuk mempertahankan dan menghidupkan kisah-kisah perwira tanah air ini selama mungkin,” ujarnya.
Koleksi ini telah dilancarkan di semua butik SofeaRose dan secara dalam talian bermula 1 Ogos lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...