Taktau trend baru? Google-lah!
Zaman maklumat di hujung jari, serba-serbi kita Google saja sekarang. Taip apa saja dalam kotak enjin carian, semua maklumat yang dikehendaki terpampang di depan mata.
Istilah Google itu sendiri ibarat satu frasa yang menggambarkan bagaimana kita mencari sesuatu informasi menggunakan kemudahan online. Mesti anda biasa dengar, ‘Eh, buat apa pening. Gugel aje la!’, betul tak?
Apakah yang selalu dicari oleh rakyat Malaysia menggunakan Google? Resipi? Sukan? Atau gosip-gosip terbaru? Google Malaysia hari ini mendedahkan senarai carian Internet paling trending di negara kita sepanjang tahun 2017.
Mendahului pencarian teratas sepanjang tahun 2017 ini adalah BR1M, sebuah program dana bantuan kerajaan untuk rakyat berpendapatan rendah.
Menyusul di belakang adalah teledrama hit, Hero Seorang Cinderella, diikuti carian Sukan SEA 2017 di tempat ketiga.
Carian tempat keempat diduduki oleh sebuah lagi teledrama popular, Titian Cinta diikuti SAPS NKRA
, atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan untuk kemudahan guru atau ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan murid di sekolah.Mengekori rapat di tempat keenam adalah thriller blockbuster, Fast & Furious 8, seterusnya komedi romantik Suamiku Paling Sweet, lagu Despacito, undian program realiti TV India Bigg Boss Vote dan kereta baru MyVi 2018, di tempat ke-10.
Ini pula senarai individu paling trending sepanjang 2017 melalui Google:
[ caption id="attachment_8040" align="aligncenter" width="800"]This website uses cookies.