Apa Yang Ada Dengan Pemain Bola Sepak JDT Ni? 4 Artis Ni Dikatakan Terpikat Dengan Safawi Rasid

Dari padang bola sepak nama Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid nampaknya kini semakin menjadi bualan dalam industri hiburan tanah air apabila seringkali dikaitkan bercinta dengan artis. Safawi mula serious bermain bola sepak ketika berusia 17 tahun dan menjadikan sukan itu sebagai sumber rezekinya untuk membantu keluarga.

Apa yang menariknya, anak kesembilan daripda 13 adik-beradik ini pernah menjadi tukang rumah sebelum menceburi sukan bola sepak secara professional.

Safawi juga dikenali sebagai seorang yang pemalu dan pendiam tapi suka berkawan. Selalunya, orang pendiam ni menjadi idaman kenbanyakan gadis di luar sana. No wonder lah kalau saham pemain muda ini nampaknya semakin meningkat terutamanya dalam kalangan gadis-gadis.

Sekitar penghujung tahun lepas, Safawi yang berumur 21 tahun pernah dikaitkan bercinta dengan dua orang artis muda yang sedang meningkat naik iaitu palakon Sweet Qismina, 21 dan penyanyi Wani Kayrie, 18 dan mereka dikatakan berebut cinta daripada Safawi Rasid. Apatah lagi, Safawi merupakan antara pemain kelab bola sepak yang terkaya di Malaysia. Mesti lah menjadi rebutan bukan?

Selepas digosipkan dengan dua artis muda tersebut, Safawi juga dikatakan pernah ‘bermain cinta’ dengan pengulas sukan dan pengacara sebuah syarikat televisyen swasta iaitu Anim Ezati Zikri.

 

Terbaru, Safawi dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon manis Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26. Malah, Ruhainies sendiri ada mengaku kepada pihak media yang dia pernah menerima jambangan bunga daripada Safawi dan ternyata tertarik dengan kesungguhan lelaki itu untuk mengenalinya. Pada masa yang sama, mereka juga tidak menafikan pengenalan itu berlaku menerusi media sosial.

Bukan Safawi saja pemain bola sepak yang dikaitkan mempunyai hubungan bersama artis. Bekas pemain JDT iaitu Zaquan Adha juga berkahwin dengan pelakon Ayu Raudhah pada tahun 2011. Seterusnya, penjaga gol pasukan JDT Izham Tarmizi juga bertemu jodoh dengan pelakon Mia Ahmad dan mereka berkahwin pada tahun 2017. Kenapa ya ramai pemain bola sepak menjadi pilihan artis untuk menjalin hubungan cinta?

Share
Published by
Elly Jalil