Kadar Kematian Akibat Covid-19 SEMAKIN TINGGI, Semoga Keluarga Pesakit TERUS TABAH

Wabak Covid-19 yang semakin menjadi-jadi kini telah mengakibatkan 63 kematian di Malaysia. Sebagai manusia, kita tidak mampu untuk melawan takdir dan menahan diri dari kesedihan. Namun, jangan biarkan diri terlalu mengikut perasaan sedih itu.

 

Berita kematian sememangnya sukar diterima lebih-lebih lagi jika melibatkan ahli keluarga dan orang tersayang. Namun, penerimaan berita kematian perlu diterima dengan redha kerana bimbang keadaan jiwa lebih terganggu jika tidak dikawal.

 

Saat berita kematian disampaikan, perasaan terkejut dan sedih bercampur baur. Diikuti dengan tangisan dan teriak yang ada kalanya diluar kawalan. Bagaimana anda menghadapai situasi ini? Apakah cara yang boleh membantu anda untuk mengawal kesedihan dan menenangkan jiwa dari terus dihurung perasaan sedih?

Lain orang, lain caranya

Anda boleh memerhatikan sekeliling. Setiap orang mempunyai cara berbeza menghadapi dugaan, apatah lagi yang melibatkan kematian. Semakin tajam pemerhatian anda, semakin tinggi tahap pemikiran anda untuk membuat kesimpulan apa yang terbaik boleh anda lakukan. Terus menangis? Bertenang? Atau ‘melepaskan’ dengan redha.

Luahkan emosi

Jangan pendam perasaan sedih itu. Menangislah semahunya tetapi jangan sampai berlebihan. Cari seseorang yang anda selesa untuk berdamping dan boleh menjadi pendengar yang baik. Rasulullah SAW sendiri turut menangis semasa kematian isterinya Sayidatina Khadijah.

Bersikap terbuka untuk bercerita, tetapi apabila anda betul-betul bersedia

Ramai yang menghantar kata-kata semangat melalui telefon dan emel. Ada juga yang bertanya khabar anda serta cerita di sebalik kematian yang anda hadapi. Anda boleh ambil masa untuk tidak membalas mesej itu. Berikan ruang dan masa untuk anda kembali tenang dan berceritalah sebaik anda sudah bersedia. Jangan bimbang, mereka pasti faham.

Perbanyakkan selawat dan zikir

Bagi anda yang beragama Islam, sentiasa basahkan bibir dengan zikir dan selawat. Cuba kawal perasaan dengan mendengar alunan al-Quran dan perbanyakkan membaca Al-Fatihah. Selain ketenangan untuk anda, bacaan ini juga sebagai sedekah untuk arwah. Jangan lupa, doa anak soleh akan sampai terus kepada kedua ibu bapanya.

Terima kunjungan sahabat

Benar anda sedang bersedih tetapi jangan sisihkan kawan-kawan yang datang menziarah. Malah tidak salah jika anda menghubungi mereka dan meminta mereka menemani anda seketika. You need a shoulder to cry on.

 

Tempeh tiket percutian

Anda boleh menempah tiket percutian ke mana-mana tempat pilihan untuk meredakan kesedihan. Lebih selamat jika anda membawa seseorang bersama. Ingat, yang pergi tetap pergi, yang hidup perlu meneruskan kehidupan.

Share
Published by
KR