Sesiapa yang pernah ‘mengintai’ laman Instagram pelakon Memey Suhaiza, sedikit sebanyak mungkin anda dapat merasakan sikap positif yang sentiasa ditonjolkan. Senyuman, gelagatnya bersama suami dan anak-anak serta perkongsian kecantikan yang dimuatnaik di media sosial. Benarlah kata orang, cantik itu bukan sahaja dari luaran tetapi lebih kepada permainan minda dan pembawaan diri. Apa agaknya rahsia kecantikan lain yang ingin dikongsi Memey?

Apa Yang WAJIB Ada Dalam Beg Tangan MEMEY SUHAIZA? Anda Pun Boleh Beli!

Ads
  1. Bagaimana anda menjaga rutin kecantikan, lebih-lebih lagi selepas berkahwin dan mempunyai anak?

Saya tidak meletakkan fokus dalam rutin penjagaan kecantikan. Asalkan pemakaian yang digayakan tampak cantik, itu sudah memadai kerana kita sentiasa nampak berkeyakinan dan cantik dengan pilihan busana yang sesuai. Paling penting, kekalkan kesihatan dan jaga pemakanan agar sihat dan fit untuk suami dan anak-anak.

Apa Yang WAJIB Ada Dalam Beg Tangan MEMEY SUHAIZA? Anda Pun Boleh Beli! Apa Yang WAJIB Ada Dalam Beg Tangan MEMEY SUHAIZA? Anda Pun Boleh Beli!

  1. Adakah anda seorang yang ‘ikut trend’ dalam soal pemilihan produk?

Sangat tidak! Susah juga untuk saya terpengaruh dengan tren mahupun terikut-ikut dengan orang. Saya sangat berhati-hati dan memastikan apa yang saya amalkan betul-betul selamat dan bagus. Tak semua benda yang orang lain amalkan sesuai dengan kita, jadi ambillah langkah berjaga-jaga.

 

  1. Jika ada tidak mempunyai masa, rutin paling wajib yang akan dilakukan untuk menjaga kulit wajah dan badan?

Saya suka menggunakan cara paling mudah dan terjaga iaitu dengan pengambilan supplemen dan penjagaan kulit.

Apa Yang WAJIB Ada Dalam Beg Tangan MEMEY SUHAIZA? Anda Pun Boleh Beli!

  1. Apakah ‘me time’ anda?

Me time cara Memey Suhaiza adalah dengan menggunakan perkhidmatan mobile spa untuk rawatan seperti mengurut badan. Saya boleh tentukan masa mengikut kelapangan dan suasananya diset-up sama seperti di spa, cumanya yang seronoknya kita berada di rumah sendiri.

Aktiviti 2-dalam-1 ini membolehkan saya mendapat ketenangan dan tubuh yang relax serta pada masa sama, anak-anak ada depan mata. I’m happy! Yang pentingnya, anak-anak pun turut happy sebab Mummy ada depan mata!

View this post on Instagram

Anugerah ❤️ @awishzarisz @mikayladelishahakim Cara awishz handle adik2 dia mmg 👍 Mummy tak risau.. sbb dia mat perfectionist.. teratur klu dia jaga n urus.. tu semua mummy tak payah cakap.. lps mandikan adik dia.. dia turun bawah pakai baju sndiri n dia bawak naik ats segala kelengkapan mikayla, baju,sikat @babybalmbam ,bedak minyak wangi.. complete siap..sbb dia tgk mummy tgh busy urus order utk @babybalmbam .. dia tlg mummy.. so mummy record jelah kenangan ni..,”😍boleh harap sgt..buat mummy rasa mcm boleh tambah lg🤣🤣 Ok tu gurau.. lg 2,3 tahun lg kot.. mummy rest dulu haha.. . . ‘ Ps: siapa nak @babybalmbam blh whatsapp mummy trs k.. semenatara mummy tgh mengadap kerja ni.. cepat whatsapp grab harga sale.. 014-325 6060

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

 

Ads

Apa Yang WAJIB Ada Dalam Beg Tangan MEMEY SUHAIZA? Anda Pun Boleh Beli!

  1. Bagaimana anda menjaga kecantikan rambut kerana wanita bertudung seringkali dikaitkan dengan masalah rambut.

Ini adalah perkara yang sangat penting pada saya, lebih-lebih lagi apabila sudah berkahwin. Kita perlu menjaga diri dan cantik untuk suami. Saya pastikan rambut kerap dicuci supaya sentiasa wangi. Jika berkelapangan, saya akan mendapatkan rawatan rambut untuk mengekalkan ‘kesihatan’ rambut juga.

 

Ads
  1. Apakah masalah kulit paling teruk pernah anda alami? Dan apa yang anda lakukan untuk menyelesaikannya?

Kulit saya jenis kering tambah-tambah lagi jika kerap dikenakan solekan terutamanya ketika sesi penggambaran. Jalan penyelesaian yang saya ambil adalah dengan mengamalkan sapuan pelembap atau moisturizer. Ini adalah benda wajib dalam beg. Saya jadi lebih yakin dengan kulit yang lebih sihat.

 

  1. The best product yang anda paling suka dan mengapa?

Saya mengamalkan supplemen dalaman dari Ephyra Plus. Saya suka produk ini kerana ia lengkap untuk penjagaan luar dan dalam. Ia lengkap dengan segala vitamin yang diperlukan tubuh saya dan menjimatkan. Tak perlu beli pelbagai vitamin. Ia sangat sesuai untuk ibu yang menyusu badan kerana saya masih memberi susu badan kepada anak jadi saya sangat mementingkan pemilihan supplemen.

Penjagaan kulit juga dari jenama Ephyra kerana hanya tiga item sahaja diperlukan. Pencuci wajah, serum rawat dan pelembap. Tidak complicated tetapi sangat efektif dan 100% semula jadi. Saya rasa selamat walaupun dalam penggunaan jangka masa panjang.

Jika anda mencari penjagaan kecantikan ‘versi’ anda, boleh singgah di laman web Shopee untuk dapatkan regim kecantikan anda sendiri! Paling best bila anda boleh mendapatkan pelbagai produk kecantikan from head to toe dengan harga diskaun sempena 6.16 TOP TO TOE SALE! Cepat sebelum anda terlupa https://invol.co/cloqo1

Kredit foto: Instagram Memey Suhaiza

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI