Mulanya, Nona sendiri tidak percaya wanita korporat yang merupakan ibu kepada salah seorang Finalis Hero Remaja 2017, Muhammad Nuraiman Rayyan Erwazri ini bakal melewati usia 40an. Dari susuk tubuh dan penampilan diri Dato’ Marina Hashim, sedikit pun tidak dimamah usia.

IKLAN

Bahkan, dalam lingkungan usia sebegini dia sudah menerima pengiktirafan tertinggi dan berjaya dalam bidang yang diceburi sehingga dianugerahkan gelaran ‘Dato’. Memang Nona salute cara Dato’ Marina menjaga keterampilan diri dan kariernya.

Tidak sekadar terpesona dengan kecantikan yang dimiliki, Dato’ Marina juga sebenarnya pemilik kepada syarikat MZN Resources. Sebuah perniagaan yang menguruskan perkhidmatan logistik, pembinaan dan pembekal peralatan industri yang berpangkalan di Selangor.

EMPAYAR MZN RESOURCES

Menurut Rayyan, perusahaan ibunya itu turut bekerjasama rapat dengan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Bercerita lanjut tentang perniagaan tersebut, jejaka yang berasal dari Kuala Lumpur ini mengakui ada nilai sentimental yang tersirat dalam MZN Resources.

Mummy bina syarikat ini atas usahanya sendiri dan atas rasa sayang terhadap anak-anak, dia menamakan syarikat dengan singkatan nama kami enam adik-beradik. M mewakili nama saya dan abang, Muhammad Nuraiman Danish, Z untuk Sheikh Muhammad Zarif dan Zara Hannah sementara N pula diambil sempena nama kakak, Nurin Qistina dan Nurin Amalin.

Apabila Anak Memuja Kecantikan & Personaliti Ibu Tersayang. Rahsia Dato’ Marina Kekal Cantik Meniti Usia 40an!

Masuk tahun ini sudah hampir 10 tahun mummy bekerja sendiri. Dulu, dia pernah berkhidmat dengan MINDEF sebagai kontraktor. Selepas berhenti kerja di sana, mummy ambil keputusan untuk bina syarikat MZN. Memandangkan bebanan kerja kian banyak dan syarikat makin kukuh, dia jarang balik ke rumah sebab selalu ke luar negara.

IKLAN

Pun begitu, mummy tak pernah lupa bertanya khabar dan ambil tahu tentang anak-anak walaupun hanya menerusi telefon. Dia juga tak paksa kami untuk terus bekerja di syarikat selepas tamat pengajian. Bagi mummy, dia sokong apa jua pekerjaan anak-anak sebab dia tahu kerja yang dilakukan sekarang sangat mencabar. Tak mungkin anak-anak dapat usahakan MZN tanpa minat mendalam seperti mummy,” terangnya bersungguh.

PEKA TERHADAP PENJAGAAN DIRI

Cuba menyelongkar rejim kecantikan yang dipraktikkan Dato’ Marina, Rayyan menyifatkan ibunya seorang wanita yang cukup mementingkan soal penjagaan diri. Tambahnya, kecenderungan Dato’ Marina terhadap penampilan diri kian menebal sejak kebelakangan ini.

IKLAN

“Memang mummy sangat jaga bab kecantikan diri. Dari apa yang saya nampak, seawal jam 6 pagi lagi make up artist sudah datang ke rumah untuk mekap dan buat rambut mummy. Selesai saja semuanya, mummy akan bergegas ke tempat kerja. Cuma baru-baru ini dia lebih fokus tentang berat badan dan akan nikmati makan malam pada lewat petang.

Apabila Anak Memuja Kecantikan & Personaliti Ibu Tersayang. Rahsia Dato’ Marina Kekal Cantik Meniti Usia 40an!

Sudahnya, kami semua kena ikut mummy dinner pukul 6 petang. Selain itu, dia juga akan buat aktiviti cross fit di rumah dengan personel trainer. Mummy bukan saja cantik dan sihat secara luaran tapi juga dalaman.

Meskipun sibuk bekerja, dia tetap didik dan besarkan kami adik-beradik sama seperti orang lain. Malah, banyak ajar saya tentang erti hidup, berdikari, adab ketika bercakap dengan orang yang lebih tua dan beri ruang kebebasan kepada anak-anak yang dalam masa sama tetap mengawasi gerak-geri kami. Dialah ibu, rakan karib dan insan teristimewa dalam hidup saya,” puji Rayyan sambil bersyukur kerana dikurniakan ibu sehebat Dato’ Marina.SUZIANAABUDAUD

Apabila Anak Memuja Kecantikan & Personaliti Ibu Tersayang. Rahsia Dato’ Marina Kekal Cantik Meniti Usia 40an!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI