Semua pasti sudah mengenali Harnaaz Sandhu yang dinobatkan Miss Universe pada tahun lepas. Dan untuk tahun 2022, India tidak terkecuali menghantar wakilnya seperti tahun-tahun sudah. Apatah lagi rekod prestasi India sudah pun memenangi pertandingan Miss Universe itu sebanyak 3 kali sepanjang penglibatannya.
Dan untuk tahun ini, apakah wujud peluang sama untuk India mengulangi kejayaan Harnaaz Sandhu? Ini semua terletak pada bahu gadis 23 tahun, Divira Rai yang baru-baru ini dinobatkan Miss Universe India dan akan bersaing dengan negara-negara lain bagi merangkul mahkota yang diidamkan.
Namun siapakah Divita Rai? NONA singkapkan beberapa fakta menarik tentang dirinya.
1. Divita Rai merupakan seorang arkitek dan model yang lahir di Karnataka, India.
2. Divita telah menukar sekolahnya selama enam kali kerana terpaksa mengikut ayahnya yang bekerja.
3. Divita juga merupakan seorang yang aktif bersukan, dan meminati sukan badminton dan bola jaring.
5. Divita pernah melanjutkan pelajaran di Sir J. J. College of Architecture di Mumbai, salah satu kolej senibina terkemuka di India.
6. Divita juga seorang yang suka mencabar diri dan menyertai perlbagai pertandingan ratu cantik, malah pernah menyertai pageant bersama-sama dengan Harnaaz di pertandingan Miss Diva 2021, di mana dia mendapat tempat ketiga.
Ads
Semoga maju jaya diucapkan kepada Divita. Kongsikan dengan kami, anda rasa mampukah Divita mengulangi kejayaan Harnaaz? Sama-sama kita nantikan.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejelitaan dan penampilan pelakon terkenal era-90 an Azah Aziz sememangnya tidak boleh dinafikan! Walaupun sudah beranjak ke usia 50 tahun pada 14 haribulan yang lepas, Azah Aziz kekal menawan walaupun sudah mempunyai tiga cahaya mata lelaki. Kini tinggal di Montreal Kanada, Azah Aziz yang juga bekas finalis Dewi Remaja tahun 1987/1988 merupakan salah seorang aktres drama tempatan yang sentiasa menjadi perhatian walalupun sudah lama tidak berkecimpung dalam bidang seni lakonan.
Selepas berkahwin dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah; Azah dan keluarganya dilihat banyak berpindah randah dari satu negara ke negara mengikut suaminya atas tuntutan kerjaya. Walau bagaimanapun, penampilan Azah Aziz ketika sesi LIVE bersama kami di Majalah NONA sememangnya mengimbas kenangan terutama sekali buat para peminatnya yang menantikan ‘comeback’ Azah Aziz.
Selain kerinduan untuk melihat ratu drama ini untuk kembali ke dunia seni, ramai yang mengagumi penampilan dan kejelitaan Azah Aziz. Apa rahsia dan petuanya, NONA bertanya. Jelas Azah Aziz, dia bersyukur walau sudah berusia, namun raut wajahnya masih sama tanpa perlu melakukan apa-apa pembedahan, botox dan lain-lain.
“Semua masih asli”, jelas Azah. Selain itu jelas Azah, dia merupakan Ratu Krim. “Bila kita dah berusia, kita perlukan perlindungan…
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rahsia cantik dan awet muda Azah Aziz, jangan lupa untuk menonton rakaman IG Live kami bersama Azah Aziz di sini.
Bulan Januari selalu menjanjikan harapan baru. Peluang untuk setingkat lebih maju dan tampil lebih hebat daripada tahun lalu. Malahan, Januari juga merupakan detik terbaik untuk memulakan azam kecantikan dan kesihatan kulit yang diimpikan.
Sebagai Editor Online, saya terdedah dengan pelbagai tekanan umpamanya ekspektasi digital yang bergerak laju, isu kreativiti dan deadlines yang suntuk.
Itu belum lagi bahana duduk berjam-jam di depan komputer serta pelbagai lagi faktor ekstrinsik yang menghambat masalah penuaan pramatang, kekeringan kulit serta lingkaran gelap di bawah mata. Pening pula memikirkan.
Jemputan untuk mencuba perawatan baru AsterSpring iaitu The Awakening Skin Therapy tiba pada saat yang tepat. Apa salahnya mencuba? Lagipun setiap sesi rawatan di sana sentiasa memuaskan, pendek kata benar-benar efektif untuk menyelesaikan pelbagai masalah kulit yang dihadapi.
Bertempat di pusat kecantikan AsterSpring The Starling, Damansara, saya sekali lagi membawa diri bertemu Claire. Skincare therapist ini menerangkan bahawa The Awakening Skin Therapy adalah sinergi produk Dermalogica dan teknologi LPG Endermologie untuk memastikan kulit sentiasa pada tahap terbaik.
Kamar rawatan yang kemas dan menenangkan
Sambil memeriksa kulit, Claire mereka rawatan secara custom untuk memberikan hasil terbaik. seterusnya rawatan pun dimulakan dengan ritual membersihkan kulit. Dua jenis pembersih digunakan agar kulit muka benar-benar bersih dan bersedia untuk proses seterusnya.
Seperti rawatan yang ‘menjagakan’ kulit, The Awakening Skin Therapy mengaplikasi konsep 3E.
(a) Eliminate (menyingkirkan)
Langkah pertama mengaktifkan sel kulit dengan mesin LPG Endermologie iaitu sebuah teknologi anti-penuaan gred perubatan terkini dari Perancis. Eksfoliasi dilakukan bagi membuang sel kulit mati dan meninggalkan lapisan asas yang sihat.
Boleh terlena dibuatnya bila Claire buat rawatan dengan LPG Endermologie ni
(b) Establish (memantapkan)
Selepas proses eksfoliasi, kulit dipersiapkan untuk proses rejuvenasi. Menggunakan masker Dermalogica UltraCalming Clinical Oatmeal Masque, wajah pun direhatkan untuk proses seterusnya. Sambil itu, tubuh diurut bagi melegakan tekanan di sekitar tengkuk dan bahu.
(c) Enduring (pertahanan)
Bagi merangsang sistem pertahanan kulit, rawatan disusuli dengan masker bernutrien tinggi untuk melembap, menenangkan dan melindungi kulit daripada ancaman stres. Rawatan disudahi dengan pemakaian penyegar, krim pelembap dan tabir suria.
Selepas 1 jam merawat kulit, saya bangun dengan kulit wajah yang ketara lembut dan selesa. Nah, nampak segar serta-merta! Bahagian kulit yang kusam juga kembali bermaya bagai dilahirkan semula.
Kalau dilihat gambar sebelum dan selepas ni, tekstur kulit saya sebenarnya jauh lebih lembut dengan pori-pori yang lebih kecil dan halus. Gambar sebelum ada pakai foundation dan loose powder tapi gambar selepas, suci tanpa bedak. Eh tak jauh beza, kan?
Rawatan The Awakening Skin Therapy kini boleh didapati di semua pusat kecantikan AsterSpring dan AsterSpring Signature Centres. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat susuk tubuh ramping supermodel era 90an ini pasti ramai yang tak menyangka Cindy Crawford sudah berusia 57 tahun. Walau tinggal tiga tahun saja lagi bakal menghampiri 6 series namun kejelitaan dan bentuk tubuh Cindy tetap menawan seperti dulu.
Tidak seperti kebanyakan selebriti Hollywood yang ‘menyembunyi’ sisi penuaan di sebalik pembedahan plastik dan sebagainya, model antarabangsa ini selesa mempamer wajah asli meskipun garis-garis halus dan kedutan jelas kelihatan di wajah anggunnya. Bahkan Cindy mengakui lebih selesa mengenakan solekan nipis setiap kali keluar rumah.
Mahu tampil cantik semula jadi seiring dengan pertambahan usia saban tahun, isteri Rande Gerber ini memberitahu Vogue dia hanya menjalani gaya hidup sihat dengan aktif bersenam. Di samping mengambil pemakanan sihat. Memetik kenyataan Cindy di Good Housekeeping, ada beberapa rutin yang diamalkannya agar kekal awet muda.
Kata Cindy kepada majalah Elle pada tahun 2015, “Saya menyukai teh hijau dan selepas menikmati minuman ini saya rasa lebih baik dan menginginkanya setiap pagi.”
Selain teh hijau, model yang memiliki sepasang kaki yang cantik ini juga mengamalkan minuman smoothie yang kaya protein yang dihasilkan sendiri di rumah. Antara ramuannya termasuk susu kacang badam, serbuk protein, daun pudina, separuh biji pisang dan biji koko asli.
Kebiasaannya Cindy akan menikmati hidangan salad bersama lauk seperti ikan atau ayam yang diakhiri dengan sepotong kecil coklat gelap. Pesannya, “Selepas selesai makan saya akan ambil sepotong coklat gelap sebagai tanda kepada tubuh yang ‘ini adalah makanan penutup’. Mengikut pengalaman, kalau teringin makan sesuatu tapi dilarang… ia akan berakhir dengan makanan lain yang lima kali lebih banyak.”
Snek Sihat
Bagai tidak lengkap hari Cindy Crawford tanpa kudapan atau snek sihat. Untuk memastikan dia tidak makan berlebihan, ibu dua anak ini memilih kudapan seperti kacang badam, epal dan keju sebagai pilihan sebelum menjamu hidangan seterusnya.
Salah satu petua cantik Cindy adalah dengan menjalani rutin senaman. “Saya menyukai senaman yoga dan joging tapi saya lebih selesa dengan teknik senaman tradisi. Setakat ini, saya mempunyai jurulatih kecergasan di rumah yang akan mengajar setiap tiga kali seminggu termasuk untuk melakukan push-ups, squats dan sebagainya.
Selepas melahirkan anak, saya lebih kepada senaman HIIT (high-intensity training workout) dan pergi hiking dan berbasikal pada hujung minggu.”
Cindy di samping suamiBersama ibu tersayangAnak gadis Cindy Crawford yang kini bergelar model
Jadi, sekiranya anda turut berhasrat mengekalkan bentuk tubuh ideal dan dalam masa sama cergas macam Cindy Crawford… amalkan gaya hidup sihat supermodel ini.
Sumber: Liputan 6 & Vogue
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!