Label yang terkenal dengan perincian teliti dan susun atur manik yang kemas, Arma Couture sentiasa menampilkan rekaan bertunjangkan keselesaan, kualiti, elegan dan eksklusif.
Pemiliknya, Wan Armatajali Bin Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Arma percaya, selain minat yang mendalam, beliau memandang industri fesyen dan perancang perkahwinan sebagai satu bidang yang mampu mengubah taraf hidupnya.
Tidak hairanlah, figura muda berasal dari Cheras, Kuala Lumpur ini mengambil subjek seni sejak di bangku sekolah lagi demi mencapai impiannya untuk bergelar pereka fesyen berjaya.
BAGAIMANAKAH JENAMA ARMA COUTURE BOLEH TERCETUS?
Semenjak di faculti fesyen Uitm Seri Iskandar lagi, Saya telah menanam cita-cita untuk menjadi
seorang pereka fesyen terkenal suatu hari nanti. Selepas menghabiskan pengajian pada tahun 2003, saya telah mula berjinak-jinak menubuhkan Arma Abd Rahman Wedding Couture. Saya membuat bisnes perkahwinan secara kecil-kecilan yang beroperasi dari rumah sahaja. saya
bermula dari bawah dan sehinggalah rekaan saya di sarung oleh selebriti-selebriti tempatan, Alhamdullillah.
SIAPAKAH TULANG BELAKANG DI ATAS KEJAYAAN ANDA?
Ads
Perjalanan karier saya, bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Pada mulanya keluarga tidak berapa bersetuju untuk saya menceburi bidang ini. Namun, lama-kelamaan, mereka dapat menerima dengan hati yang terbuka dan saya amat bersyukur semua perkara dipermudahkan. Restu dan doa seorang ibulah yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan saya
pada hari ini.
KONGSIKAN KOLEKSI TERBAHARU ANDA…
Buat masa ini, saya sedang menyiapkan koleksi terbaru iaitu kolabarasi bersama gedung terkenal iaitu Robinson. Koleksi ini merupakan koleksi untuk Premium Raya Collection Preview 2019. Selain itu juga, saya kini sedang menyiapkan koleksi ‘Ready To Wear’.
APAKAH KEKUATAN DAN KEISTIMEWAAN JENAMA ANDA?
Ads
Saya sangat mementingkan pemilihan fabrik. Saya akan memantikan setiap rekaan saya menggunakan fabrik berkualiti tinggi untuk mengekalkan standard jenama saya. Saya percaya, fabrik berkualiti adalah salah saru kekuatan jenama rekaan saya. Selaian itu, saya juga mementingkan kualiti potongan. Potongan pakaian yang kemas menjadikan setiap rekaan saya nampak cantik dan terletak pada badan si pemakai. Rekaan yang ‘timeless’dan eksklusif pada harga yang berpatutan juga menjadi keutamaan saya.
BAGAIMANA ANDA MENDAPAT INSPIRASI DAN MENTERJEMAHKAN IA KE DALAM REKAAN PAKAIAN ANDA?
Secara jujurnya sebagai seorang pereka, setiap yang berlaku di sekeliling kita boleh dijadikan
Inspirasi. Contohnya seperti persekitaran dan alam sekitar. Setiap hari, kita sentiasa terdedah kepada perkara-perkara baharu dan ingin belajar daripadanya. Dari situ kita boleh menjadikan ia sebagai sumber ilham dalam mereka sesuatu koleksi pakaian. Contoh lain ialah perasaan. Kita boleh menterjemahkan emosi yang kita rasa sebagai interpretasi di dalam rekaan tersebut.
Ads
APAKAH TREND FESYEN HANGAT 2019?
Pada pendapat saya, trend fesyen hangat pada tahun ini ialah penggunaan skarf bermotif, pleats dan juga puff sleeves. Ketiga-tiga trend ini bakal hangat pada tahun 2019. Saya juga menyuntik elemen ini buat koleksi raya label saya pada tahun ini.
APAKAH CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MEMASTIKAN JENAMA ANDA BERTAHAN HINGGA KINI?
Cabaran utama ialah untuk memastikan saya berada di landasan yang tepat terutama di atas
ledakan sosial media. Saya harus memastikan selain rekaan yang ‘up to date’, strategi pemasaran melalui sosial media juga menjadi elemen penting untuk terus bertahan dalam industri fesyen. Seperti yang kita tahu, zaman ini semuanya di hujung jari sahaja. Sebagai salah seorang yang mengikuti era dan peredaran semasa, saya juga perlu menggunakan peluang ini untuk melebarkan lagi sayap untuk menaikkan lagi jenama saya.
APAKAH PENGALAMAN YANG SUKAR DILUPAKAN SEPANJANG BERGELAR PEREKA FESYEN?
Pengalaman yang sukar dan masih terpahat di ingatan ialah apabila saya terlibat sebagai pereka
buasana momen terpenting dalam hidup selebriti terkenal Seperti Mawi dan Ekin, Bienda,
Syatilla Melvin dan Shahiezy Sam dan ramai lagi. Selain daripada itu, apabila rekaan saya menjadi rujukan bakal raja sehari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama Truskin kini semakin mempolopori jenama produk kosmetik berkualiti lagi halal terutama sekali di pasaran tampatan. Diusahakan oleh dua adik beradik yang bermula dengan tiada apa, kini empayar Truskin semakin meluas menjadi salah satu rangkaian skincare yang unggul dan dikenal. Ikuti tembual eksklusif kami bersama Pengasas dan Pengarah Syarikat Trulooks Global Snd Bhd, Dr.Adibah Abd Bari serta Ketua Pegawai Eksekutif Trulooks, Julia Lah berbicara dengan lebih mendalam tentang produk Truskin.
NONA: Boleh anda berdua jelaskan produk bestseller anda yang terlaris, menjadi rebutan atau mencipta sejarah tersendiri?
Dr.Adibah Abd Bari: Produk best seller terlaris kami merupakan Truskin Hydra Brightening Moisturizer yang merupakan pelembap wajah dengan formulasi triple action yang memberikan kelembapan selama 72jam, mencerahkan dan merawat kulit wajah. Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, sebanyak 500,000 unit terjual dan permintaan produk masih tinggi.
NONA: Kenangan yang tak boleh dilupakan sepanjang mengusahakan produk tersebut?
Julia Lah: Pada permulaan bagi memperkenalkan jenama produk, di awal-awalnya kami bermula dari bawah tanpa bantuan atau tunjuk ajar dari mentor perniagaan hanya berbekalkan pengalaman bisnes terdahulu. Pernah juga kami kehabisan wang simpanan poket sendiri sehingga kosong untuk memulakan bisnes. Walaupun jenama masih lagi tidak dikenali tetapi kami tidak berputus semangat dan mula menjual sendiri kepada kenalan-kenalan rapat dan saudara mara di permulaannya untuk dapatkan testimoni. Bermula dari situ brand kami dikenali oleh keberkesanan produk terhadap pengguna.
NONA: Bagaimana produk-produk yang diasaskan oleh anda memberi nilai kepada pengguna dan mengapa setiap orang/wanita mesti memilikinya?
Dr.Adibah Abd Bari: Produk-produk yang dikeluarkan melalui proses yang sangat teliti bermula di peringkat R&D, Lab Test dan ujian kestabilan yang lama bagi betul-betul memastikan jaminan kualiti dan kesan yang efektif pada pengguna. Bahan-bahan yang digunapakai dalam formulasi produk pula diimport dari luar negara yang sangat berkualiti tinggi bagi memastikan produk lebih berkesan. Malah kami juga banyak melabur untuk mendapatkan status produk Dermatology Tested yang di buat di luar negara, 99% testimoni pengguna amat berpuas hati dan telah menjadi pengguna setia. Kualiti kami yang premium seperti produk antarabangsa dengan harga mampu milik serta keberkesanan produk membuatkan mereka ingin mencuba dan memilikinya. Kini produk kami berjaya mendapatkan status halal oleh JAKIM Malaysia dan telah mendapat Superbrands Award Malaysian Choice.
NONA: Kongsikan sebarang penyesalan pernah dilalui sepanjang mengusahakan produk anda, apa yang dipelajari dan bagaimana ia mengubah taktik jualan akan datang?
Julia Lah: Pengalaman sepanjang mengusahakan produk kosmetik dan skincare, kami melalui banyak cabaran dan halangan terutama apabila negara dilanda wabak Covid19 yang membuatkan kebanyakan bisnes atau pengusaha-pengusaha produk jatuh teruk. Tiada penyesalan dalam setiap keputusan atau situasi yang berlaku malah ia menjadi satu pengalaman yang manis dah jatuh bangun sesuatu empayar perniagaan.
NONA: Harapan bisnes dan strategi 2023, adakah produk atau sistem pemasaran baru yang bakal diperkenalkan? Jika ada, boleh kongsikan dengan pembaca.
Dr.Adibah Abd Bari: Sebagai pengusaha perniagaan secara online, strategi pemasaran secara digital perlu sangat besar yang boleh memberi impak positif dan meningkatkan lagi permintaan di pasaran dengan lebih luas. Tidak pandang ke belakang kami akan meningkatkan lagi strategi-strategi pemasaran mengikut trend terkini dan di platform- platform yang semakin menjadi tumpuan pelbagai golongan terutamanya social media terbaru dan juga yang sedia ada.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penglibatan tiga pengadil wanita dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar November ini memberi petanda baik buat sukan dan negara Arab.
Tiga pengadil wanita itu ialah Stephanie Frappart dari Perancis, Yoshimi Yamashita dari Jepun, dan Salima Mukansanga dari Rwanda.
Stephanie Frappart berasal dari Perancis..Yoshimi Yamashita anak kelahiran Jepun.Salima Mukansanga menjadi kebanggan wanita Rwanda.
Bagi Stephanie yang paling berpengalaman di kalangan ketiga-tiga pengadil wanita itu, pemilihan mereka pada sukan terbesar dunia itu adalah petanda positif daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan pihak berkuasa untuk membariskan pengadil wanita di negara tersebut.
“Saya bukan jurucakap feminis, tetapi jika ini boleh membuat perkara berlaku (positif),” ujar pengadil berusia 38 tahun itu.
Stephanie adalah salah seorang daripada 36 pengadil yang dipilih untuk kejohanan yang berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember depan.
Mengulas pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia biarpun negara itu kerap dikritik mengenai hak asasi manusia dan kedudukan wanita dalam masyarakatnya, Stephanie mengakui bahawa ‘sukan sering memainkan peranan’.
“Saya bukan pembuat keputusan tuan rumah Piala Dunia. Pihak berkuasa sudah membuat pilihan mereka.
Stephanie melakar banyak tanda aras dalam kerjayanya sebagai pegawai perlawanan dalam arena bola sepak yang didominasi oleh para pemain lelaki.
Beliau adalah pengadil wanita pertama yang mengadili Piala Super UEFA lelaki (Ogos 2019), Liga Juara-Juara (Disember 2020) dan di final Piala Perancis (Mei 2022).
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Mia Ahmad mengenang momen sewaktu pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dari sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Tinggalkan Zaman ‘Kegemilangan’, Demi Dalami Agama!
Ulasnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama.
“Kita semua ada zaman kegemilangan itu. Bagi saya, kisah hijrah saya bermula selepas saya berhenti daripada sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.
“Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Mia turut mendedahkan perjalanan hijrahnya turut diuji dengan pelbagai cabaran terutamanya dari segi pendapatan.
Bagaimanapun, ibu kepada empat orang cahaya mata ini tetap bersyukur kerana Allah sentiasa memudahkan urusannya.
“Betul la, bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah bukakan jalan untuk kita.
“Masa tu tak berhijab lagi, tapi niat tu dah ada cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” kongsinya lagi.
“Love Your Hijrah Journey Babe,” – Netizen
NONA sempat menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen kagum dengan kisah tersebut selain turut mendoakan agar Mia akan terus kekal istiqamah dalam hijrahnya.
“Semoga Allah kurniakan hidayahnya untuk Mia tanpa henti hingga akhir usia. Moga diberikan kekuatan dan terus istiqomah.
“Love your hijrah journey babe.
“Love dengan Mia dari awal kemunculan dalam bidang seni hingga kini.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar info, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan merpati dua sejoli ini dikurniakan empat orang cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.