A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, sebuah pembersih vakum pelbagai guna yang boleh didapati di Malaysia bermula Julai 2019 ini. Sebuah inovasi yang diungguli oleh Neatsvor dan A&S, A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor yang boleh melakukan kerja-kerja seperti memvakum, menyapu dan membersihkan lantai. Ia dilengkapi dengan teknologi kecekapan pembuatan, pembersih vakum ini boleh melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.
Ads
“Kami berbangga kerana diberi kesempatan untuk memperkenalkan A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor selepas kejayaannya di China dan beberapa negara lain. Rakyat Malaysia bersikap terbuka dengan produk dan inovasi baru. Kami percaya bahawa A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor akan sangat membantu dibanyak rumah,” kata YC Ng, Ketua Pegawai Eksekutif A&S Distribution Sdn. Bhd, Malaysia.
A&S adalah sebuah jenama yang terkenal dengan produk kelengkapan rumah yang penting seperti televisyen, bar bunyi, pembesar suara, mesin basuh, dan peti sejuk. A&S bermula dalam industri hiburan dimana ia melengkapi rumah dengan bar bunyi dan pembesar suara. Kemudian, ia mula memberi focus dalam menyediakan peralatan rumah yang mampu milik, tanpa menjejaskan kualiti.
Kerjasama pertama A&S dengan Neatsvor ini juga memperlihatkan A&S memperluaskan kepelbagaian produk yang ditawarkan di pasaran. Dengan membawa nama A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, A&S akan menangkap pasaran yang lebih luas, terutamanya di bandar dimana pengguna sering mencari alternative dalam membantu mereka dalam melakukan kerja rumah.
“Neatsvor sangat berbangga untuk memiliki peluang bekerja dengan A&S yang terkenal dengan membekalkan kelengkapan rumah yang berkualiti tinggi. Neatsvor telah mencari peluang untuk menawarkan inovasinya ke dunia ini dan ini merupakan satu keistimewaan untuk bekerja dengan jenama yang berdedikasi seperti A&S. Neatsvor mahu bekerja dengan pasangan yang mampu untuk membawanya ke peringkat yang seterusnya,” kata Wayne, Ketua Pegawai Eksekutif Neatsvor.
A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, telah dilancarkan 24 Julai 2019 lalu hadir dalam dua model iaitu A & S oleh Neatsvor V390 Robotic Cleaner Robot dan A & S oleh Neatsvor X500 Robotic Cleaner Vacuum. Kedua-duanya adalah pembersih vakum robot pelbagai fungsi yang sangat berkesan.
Ads
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390 mempunyai berat sekitar 2.5kg, dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, pengecasan automatic, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Ia boleh menyesuaikan kuasa sedutannya secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.
Sementara itu, A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500 memiliki empat mod pembersihan yang direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Ianya boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi ataupun alat kawalan jauh. Ciri-cirinya termasuklah menyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, kuasa sedutan yang kuat, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Kedua-dua pembersih vakum mempunyai kapasiti 600ml kotak debu.
A&S juga akan melancarkan A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord S100 dan A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100. A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100, yang beratnya lebih kurang 1.41 kg, mempunyai ciri-ciri seperti kuasa sedutan yang kuat (sekitar 8,000 Pa), pembersihan satu kunci, fungsi sentuhan, penapis HEPA, dan tanpa kord.
Ads
Manakala, A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany S100 boleh diposisikan dengan baik dalam keadaan lurus bagi menyeimbangkan berat yang optimum dan mudah dialihkan. Seberat 1.42 kg, ia dilengkapi penapisan mesin HEPA keseluruhan dan sedutan yang kuat, lebih kurang 20,000 Pa. untuk membersihkan di mana sahaja. Ia juga mudah dipegang dan dibawa. Kedua-dua model ini datang dengan jaminan satu tahun, di mana A & S menawarkan pertukaran unit baharu untuk unit yang rosak.
Ketua Pegawai Eksekutif A&S, YC Ng dan Ketua Pegawai Eksekutif Neatsvor, Wayne ditemani Iverson Li, Ketua Pegawai Eksekutif Shenzhen Yiisu Cultural Co. Shenzhen Yiisu Cultural Co merupakan syarikat yang memegang hak harta intelek untuk pelbagai kartun, komik dan watak-watak filem dan ini merupakan kerjasama pertama A&S dengan Shenzhen Yiisu Cultural Co. Pelanggan akan dapat melihat watak DC Comics pada produk A & S pada masa akan datang.
Diskaun Hebat Pada Hari A&S
Produk
Harga biasa
Hari A&S
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500
RM1,799
RM829
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390
RM1,299
RM629
A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord A100
RM799
RM279
Sempena Hari A&S pada 29 Julai 2019, pelanggan A&S berhak mendapat diskaun sehingga 70% apabila mereka membeli pembersih vakum A&S. Selain pembersih vakum, pelanggan juga akan menikmati pengurangan hebat pada pembelian mesin basuh dan bar bunyi. Harga bermula serendah RM99 dan A&S menawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan yang membeli bar bunyi. Tawaran Mega Jenama A&S akan berlangsung dari 12 petang hingga 2 petang pada 29 Julai. Jadi, jangan lepaskan peluang! Untuk maklumat lebih lanjut, layari kedai A&S di Lazada ataupun ikuti https://www.facebook.com/AandS.Disty/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luar biasa betul reaksi rakyat Malaysia tentang pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Dari Hospital Rehabilitasi Cheras, Istana Negara sampailah ke kediaman beliau .. semuanya menanti-nantikan kemunculan semula Ketua Umum PKR ini di depan khalayak. Jelas terbukti, aura Datuk Seri Anwar masih kuat seperti dulu.
Apa yang pasti, isteri dan anak-anak beliau antara individu yang paling bersyukur dengan perkhabaran tersebut. Masakan tidak, dengan ketibaan Ramadan esok sudah tentu ia ‘kemenangan’ terindah buat keluarga kesayangan ramai ini. Sesungguhnya perancangan Allah SWT itu cukup cantik aturan-Nya!
Sepanjang berada di balik tirai besi, perjuangan Datuk Seri Anwar tidak pernah terhenti. Malah meskipun warkah yang ditulis tidak dapat dikirimkan kepada dunia luar, namun beliau tetap setia melontar kata-kata semangat.
Lebih meruntun perasaan, coretan manja anak bongsunya, Nurul Hana yang setia menanti kepulangan bapa tersayang. Antara nukilan yang pernah dikongsikan Hana adalah potret waktu kecilnya bersama Datuk Seri Anwar dengan kapsyen ‘Sayang Buat Papa’.
Karya itu ditujukan sempena Hari Kelahiran Datuk Seri Anwar. Tulisnya, “Happy Birthday Papa. This book is for you and inshaAllah, you will get to see the finalized book soon pa. May Allah shower you with countless blessings.”
Walau apa pun cabaran yang bakal menanti, moga keluarga ini tetap kuat menempuhinya.
Sumber: Instagram hana_pisang
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usah berkelana hingga ke luar negara untuk menikmati pemandangan dan penginapan eksklusif berkelas dunia kerana di Lexis Hibiscus Port Dickson, percutian anda di samping insan tersayang pasti lebih bermakna. Sejak dibuka kepada umum, Lexis Hibiscus iaitu resort bertaraf antarabangsa yang terletak di Pasir Panjang kira-kira 120 kilometer dari ibu kota Kuala Lumpur ini tidak pernah sunyi menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara saban hari.
Daripada konsep kepada realiti, Lexis Hibiscus bagaikan sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka. Mercu peranginan terkenal yang dibina di atas air ini dinamakan ‘hibiscus’ sempena konsep reka bentuknya yang mengetengahkan keunikan bunga kebangsaan, bunga raya. Keindahan hotel terapung ini lebih menyerlah tatkala malam melabuh apabila cahaya lampu menerangi persekitaran resort. Lebih-lebih lagi dengan adanya pencahayaan berwarna-warni di pancuran air setinggi 400 kaki yang juga tertinggi di Malaysia.
Ruang lobi yang cantik dan luas memukau pandangan mata sebaik memasuki perkarangan hotel ikonik ini. Bersebelahan bangunan lobi terdapat sebuah lagi bangunan yang dikhususkan untuk ruang parkir bertingkat. Selesai urusan mendaftar masuk, perkhidmatan buggy tersedia di luar lobi untuk membawa anda ke kamar hotel. Bagi yang sukakan ketenangan laut lepas, Lexis Hibiscus adalah pilihan tepat. Hembusan angin sepoi-sepoi bagaikan menyambut ketibaan anda.
Sebanyak 639 kamar pool villa dengan tujuh jenis pilihan ditawarkan kepada pengunjung. Antaranya Imperial Suite, Presidential Suite, Executive Pool Villa, Premium Pool Villa dan Panorama Pool Villa yang dibina mengikut susunan bunga raya di atas air. Berbeza pula bagi kamar Sky Pool Villa dan Royal Suite di bangunan utama.
Mengadaptasikan elemen kontemporari, setiap kamar di Lexis Hibiscus dihiasi perabot serba moden yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk dua katil bersaiz king, kolam renang dan bilik stim persendirian serta kelengkapan set mandian. Ruang kamar yang luas dan selesa mampu menempatkan seisi keluarga anda. Dengan adanya kolam di setiap bilik, anda juga bebas melakukan aktiviti kekeluargaan penuh privasi. Pengunjung yang menginap di water chalet, kesediaan panel lantai gelas yang menampakkan air laut pastinya sesuatu yang mengujakan.
Pengalaman menginap di Sky Pool Villa dan Royal Suite pula menghidangkan pemandangan laut lepas yang indah. Bersesuaian dengan lokasinya yang menghadap laut dan berada di bangunan utama, anda berpeluang menyaksikan suasana matahari terbenam sambil menghayati keindahan Selat Melaka. Lebih manis, anda turut dapat melihat susunan resort berbentuk bunga raya.
Teroka keseronokan bercuti di Lexis Hibiscus dengan mencuba aneka hidangan menyelerakan di Roselle Coffee House dan UMI Japanese Restaurant. Menyajikan juadah sarapan pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam, Roselle Coffee House sedia menanti kedatangan anda untuk menjamu selera. Begitu juga di UMI Japanese Restaurant yang menyediakan sajian popular dari negara matahari terbit seperti tempura, sashimi dan teppanyaki.
Lanjutkan percutian anda dengan menikmati sesi memanjakan diri di Lex Spa yang terletak di tingkat 2. Rawat tubuh yang lesu dan kembalikan kesegaran tubuh badan anda dengan memilih pelbagai rawatan urutan badan atau kecantikan yang ditawarkan di sini. Usai membelai tubuh dan minda, riangkan hati anak-anak anda dengan melawat Kidz World yang berada di aras sama. Luangkan aktiviti bersama keluarga di Lexis Hibiscus dengan melakukan aktiviti seperti sukan bola tampar, aktiviti sukan air, berbasikal mengelilingi kawasan resort mahupun berkaraoke di Starz Karaoke.
Apa yang pasti, percutian di Lexis Hibiscus pasti meninggalkan seribu satu kenangan jika anda bijak memanfaatkannya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini atau membuat tempahan layari laman www.lexishibiscuspd.com atau hubungi talian 06 – 660 2626.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari, bermula Isnin.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Isnin berkata, baginda akan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara setelah menjalani pemeriksaan kesihatan itu yang dijangka selesai hujung minggu ini.
“Adalah dimaklumkan juga bahawa kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya.
Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah dijadualkan menjalani prosedur itu pada pertengahan September lepas tetapi ditangguhkan.
Beliau berkata, penangguhan itu berikutan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke London, United Kingdom selama lima hari bermula 16 September lepas bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara Ratu Elizabeth II.
“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda menjalani prosedur tersebut serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan lancar dan Baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” kata Ahmad Fadil.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...