Penampilan pelakon-pelakon utama K-drama yang cantik dan segak, sering ‘memancing’ tumpuan penonton yang tertawan dengan raut wajah mereka.
Bersama penampilan yang baik, keperibadian menarik dan bakat hebat, ini antara wajah K-drama yang bermula sebagai model dan kemudiannya beralih ke bidang lakonan. Aura mereka itu berjaya menarik minat ramai penonton di seluruh dunia.
Semak senarai lima bintang popular Korea yang mula melonjak dalam dunia lakonan K-drama.
1. Han So-hee — My Name, Nevertheless, The World of the Married
Han So-hee mencuri hati penonton sebagai perempuan simpanan Da-kyung menerusi drama The World of the Married dan sebagai pelajar seni Na-bi menerusi Nevertheless. Beliau dikagumi penonton dengan aksi beraninya sebagai polis Jiwoo yang tersembunyi di My Name.
Sebelum Han So-hee menjadi ikon K-drama yang sedang meningkat naik, pelakon kelahiran Ulsan ini bermula sebagai model profesional dan popular melalui video Shinee di media sosial.
2. Jung Ho-yeon — Squid Game
Ads
Jung Ho-yeon adalah supermodel, pelakon yang tidak perlu diperkenalkan setelah muncul dalam siri Squid Game yang mendominasi dunia menerusi watak Kang Sae-byeok.
Sebelum menjadi Pemain 067, Jung memulakan kariernya sebagai model pada usia 16 tahun. Beliau melangkah di pentas catwalk Seoul Fashion Week sebelum menempatkan dirinya sebagai naib juara pada musim keempat dalam rancangan Korea’s Next Top Model.
Sejak itu dia menguasai pertunjukan Minggu Fesyen di seluruh dunia. Berjalan untuk Chanel, Roberto Cavalli dan banyak lagi. Jung tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti kerana baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai duta jenama Louis Vuitton.
3. Shin Min-a — Hometown Cha-Cha-Cha, Oh My Venus
Ads
Shin Min menghiasi layar K-drama sebagai Yoon Hye-Jin, doktor gigi dari Seoul yang berpindah ke sebuah bandar kecil di tepi laut dan bertemu dengan ketua kampung Hong Du-sik (Kim Seon-ho) menerusi drama Hometown Cha- Cha-Cha.
Sebelum debut lakonannya pada 2001 drama Beautiful Days, Shin merupakan salah seorang model paling diminati di Korea. Beliau tampil dalam kempen untuk LG, Giordano, Calvin Klein dan turut muncul dalam video muzik untuk boyband K-pop popular g.o.d.
Pelakon itu terus mencipta nama besar dalam dunia modeling dengan menjadi duta besar kepada jenama Perancis, Roger Vivier.
4. Nam Joo-hyuk — Start-Up, The School Nurse Files, Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo
Ads
Bintang K-drama yang semakin meningkat naik ini adalah pengasas Start-Up yang menjadi kegemaran ramai, menerusi watak Nam Do-san. Beliau juga berjaya membawa watak sebagai guru berbahasa Cina, Hong In-Pyo dalam drama The School Nurse Files. Nama Joo-hyuk semakin panas apabila menambat hati peminatnya menerusi drama Weightlifting Fairy.
Sebelum melangkah dalam dunia lakonan, anak muda kelahiran Busan ini mula berjalan di pentas fesyen pada usia 19 tahun setelah memenangi pertandingan modelling yang membuka pintu rezekinya untuk menerima kontrak agensi besar di sana.
5. Bae Doona — Kingdom, Sense8
Anda mungkin mencintainya menerusi watak seorang ahli perniagaan dan kickboxer menerusi drama Sense8. Menerusi lakonan sebagai seorang doktor yang berusaha mencari penawar untuk serangan zombie menerusi drama Kingdom, kehebatan lakonannya amat menyerlah.
Sebelum memulakan karier lakonannya, Bae Doona memulakan langkah sebagai model pada tahun 1998 ketika menghadiri kuliah di Seoul dan dia mula melakukan kerja sebagai model katalog sebelum berjinak dalam bidang lakonan.
Sekiranya anda belum puas melihat bakat lakonannya, Bae akan muncul dalam siri misteri, The Silent Sea tidak lama lagi bergandingan bersama Gong Yoo dan Heo Sung-tae. Semuanya hanya di Netflix!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya tinggal dua hari sahaja lagi tibanya lebaran. Jika tahun-tahun sebelum ini bahang Aidilfitri sudah mula dirasai dengan meriah, berbeza pula suasananya tahun ini. Apatah lagi dengan keadaan negara yang masih ‘berperang’ dengan virus Covid-19.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan titah perutusan istimewa, khusus buat petugas-petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan tenaga demi memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Selangor Royal Official di laman media sosial, DYMM Sultan Selangor bertitah, “Beta dan Tengku Permaisuri Norashikin ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada petugas-petugas di barisan hadapan (frontliners) khususnya kepada para doktor, jururawat dan kakitangan hospital.
Beta amat menghargai pengorbanan yang dilakukan khususnya dalam mendepani risiko merawat kes-kes jangkitan wabak berbahaya Covid-19 yang masih menular. Beta berdua
sentiasa mendoakan agar anda semua terus dikurniakan ketabahan dan kekuatan untuk berkhidmat demi negara. Terima kasih dan Selamat Hari Raya.”
Sehari sebelum perutusan istimewa ini, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya
Aidilfitri kepada rakyat beragama Islam di Selangor dan seluruh negara.
“Sempena bulan yang mulia ini, suka Beta ingatkan agar sekalian rakyat memperbanyakkan ibadat serta menjauhi perbuatan tidak baik yang boleh mendatangkan dosa seperti menyebarkan fitnah dan berita palsu yang boleh memberi kesan yang tidak elok kepada masyarakat.
Di kesempatan ini juga Beta ingin menyeru orang Melayu agar terus bersatu-padu, usah bertelagah dan jangan mengadu domba antara satu sama lain demi mengelakkan perpecahan. Apatah lagi Aidilfitri kali ini kita sambut dalam suasana yang amat berbeza di ketika umat Islam seluruh dunia kini diduga dengan penularan wabak berbahaya Covid-19.
Apa yang penting, rakyat mesti bersatu bagi memastikan wabak ini dapat dikawal dan ekonomi negara terus kukuh.
Ketika sambutan hari raya tahun lalu
Beta ingin mengingatkan agar budaya dan amalan-amalan biasa ketika menyambut Hari Raya selama ini harus kita ubahsuai buat sementara waktu, mengikut norma-norma baharu. Amalan seperti kunjung-mengunjung dan salam-bersalaman tidak sesuai diamalkan buat masa ini bagi mengelak risiko penularan wabak yang masih ada di luar sana.
Budaya balik ke kampung khususnya yang memerlukan perjalanan merentas negeri juga haruslah dielakkan. Jangan berkumpul atau anjurkan majlis rumah terbuka yang hanya akan memungkinkan wujudnya kluster-kluster baharu jangkitan. Meskipun statistik jangkitan kes baharu Covid-19 di Selangor semakin menunjukkan penurunan, namun kita harus terus waspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Beta sentiasa berdoa agar Negeri Selangor yang kita kasihi ini dan rakyatnya terus dipelihara Allah Subhanahu Wata’ala sebagai sebuah negeri yang maju, makmur, harmoni serta dijauhi dari malapetaka, bencana dan segala musibah yang tidak kita ingini. Selamat Hari Raya Aidilfitri.”
Sumber: Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita pasti akan merasai perasaan begini. Perubahan fasa kehidupan daripada single, berkahwin dan mempunyai anak. Bila tiba giliran anak pula mendirikan rumah tangga perasaan seorang ibu pasti berbaur gembira, teruja dan sedih. Ini diakui sendiri oleh pelakon popular, Jasmin Hamid apabila anak sulungnya berkahwin dengan pilihan hati.
“Sedih itu satu fasa yang ibu bapa akan lalui apabila anak mereka membina kehidupan sendiri. Saya tak terkecuali. Raya nanti pun pasti saya kena terima hakikat yang ia takkan macam dulu lagi. Anak saya sudah ada keluarga mentua di Kelantan. Kenalah berbahagi kasih sayang,” tutur Jasmin yang mengakui bukan mudah melepaskan anak tersayang membina mahligai kehidupan sendiri.
Menurut Finalis Dewi Remaja 1990/91 ini, majlis pernikahan anak lelaki yang telah dijaga sejak usia 2 bulan itu diraikan secara kecil-kecilan di Kuala Krai, Kelantan. Anak lelakinya, Lukman Hakim Azmi selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nor Faezah Abdullah. Memang selama ini pelakon yang mula menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 17 tahun itu tidak pernah berselindung tentang anak-anaknya.
Foto: Instagram @jasminhamidjh
Di saat gembira menerima menantu, pelakon drama 7 Hari Mencintaku musim kedua itu terkenangkan kedua-dua arwah ibu bapanya. “Baba dan Mama lebih dulu meninggalkan kami. Jadi mereka tak dapat melihat detik bahagia ini.
Foto: Instagram @jasminhamidjh
Anak sulung saya juga tak dapat membendung air matanya kerana mengenakan arwah nenek dan datuknya. Tapi saya bersyukur dapat menjalankan satu tanggungjawab yang arwah ibu bapa saya amanahkan. Bukan mudah, namun beginilah kehidupan,” kata Jasmin Hamid pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 1997.
Foto: Instagram @jasminhamidjh
Bercerita tentang perkahwinan yang berlangsung ketika perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), “Pada majlis serba sederhana itu, hanya 100 orang saja tetamu diraikan mempelai. Kita tahu dengan norma baharu ini ada saja batas yang perlu dipatuhi.
Foto: Instagram @jasminhamidjh
Termasuklah yang membabitkan prosedur operasi standard (SOP) Memang tak boleh buat majlis membabitkan ramai orang,” kata Jasmin Hamid. Kedua-dua anaknya iaitu Rohanna dan Ian Haziq turut menyaksikan majlis pernikahan abang mereka.
Innnalillahiwainnailaihirojiun. Berduka dengan berita pemergian penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil menemui Sang Penciptanya di negeri abadi.
Menurut Astro Awani, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam.
Berita duka tersebut disahkan oleh rakan rapat Allahyarhamah, penyanyi Haiza sebentar tadi.
Perdana Menteri berkesempatan menziarahi Allahyarhamah ketika sakit
Allahyarhamah yang berusia 68 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum Zuhur esok.
Terdahulu, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat komplikasi kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.
Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Allahyarhamah memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980.
Antara lagu popularnya ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta iaitu merupakan lagu duet bersama To’ki.