ASH MAJID Martabatkan Aksesori Batik

Era kini menyaksikan perkembangan teknologi yang amat mampan termasuk dari segi peredaran fesyen yang berubah dari semasa ke semasa. Pengaruh fesyen dari serata dunia menjadikan stail berpakaian semakin canggih dan mula menjadi ikutan penggemar fesyen terutama golongan remaja. Namun, bagi figura bernama Nor Ashikin Nor Majid, pendekatan yang diambil dalam memastikan budaya dan tradisi Malaysia masih utuh dipersada dunia harus dipuji tinggi.

Pastinya tidak ramai lakukan apa yang dilakukan oleh wanita berusia 33 tahun ini. Kecintaan Ashikin atau nama gelarannya, Ash Majid dalam senireka batik mencetuskan ilham buatnya untuk menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai estetika tersendiri. Perusahaan aksesori yang diberi nama Ash Majid yang diperbuat daripada batik ditubuhkan pada 6 tahun lalu menjadi satu landasan untuk menginterpretasikan idea kreatifnya dalam bidang fesyen.

“ Sejujurnya, sebelum ini saya lebih kepada rekaan baju. Kemudian, selepas tukang jahit saya balik ke negara asal dia, jadi saya buat keputusan untuk berehat seketika. Namun, kerana minat yang mendalam dengan apa yang saya lakukan, saya kembali dengan sesuatu yang berkaitan dengan fesyen. Ketika itu, statement necklaces sedang menjadi trend dan saya seorang yang amat mecintai batik. Dari situ, saya mendapat idea untuk menghasilkan aksesori yang menggabungkan elemen batik.

ILHAM

Menurut wanita kelahiran Butterworth, Pulau Pinang ini, setiap ilham untuk mereka sesuatu aksesori datang begitu saja. Tambahnya lagi, setiap rekaan mempunyai jalan cerita dan inspirasi tersendiri.

“ Kadangkala, sedang nyenyak tidur jam tiga pagi, ilham datang secara tiba-tiba. Sejujurnya susah nak jelaskan dari mana datangnya ilham buat setiap aksesori yang saya hasilkan. Ia datang secara tidak sengaja. Di rumah, saya mempunyai komponen-kompenan untuk membuat aksesori tersebut. Bila datangnya ilham, saya akan play along dan cuba terjemahkan ilham tersebut ke dalam rekaan.

Most of the time, saya akan mix and match the pendants dan cuba hasilkan rekaan yang menarik. Kadang-kadang, objek di depan mata saya juga boleh dijadikan inspirasi dan ilham. Sebagai contoh apabila saya melihat rekabentuk kerusi, ada bahagian yang boleh dijadikan ilham untuk mereka sesuatu aksesori,” jelas Ash.

Setiap produk pasti ada keunikan dan keistimewaan tersendiri. Begitu juga bagi aksesori yang dihasilkan oleh Ash. Setiap aksesori yang dihasilkan olehnya merupakan 100% buatan tangan oleh Ash sendiri.

Keistimewaan produk Ash Majid ini ialah dari segi penghasilan secara custom made product yang terdiri daripada rantai, gelang dan subang. Selain itu, setiap satu rekaan, hanya untuk satu pemilik saja. One design, one owner. Namun, jika ada pelanggan yang ingin rekaan yang sama, kami akan cuba olah dari segi penggunaan batik untuk ia kelihatan berbeza.

Kami juga menawarkan lifetime warranty untuk semua produk batiq choker. Ia bermaksud, jika ada defect atau sebarang masalah dengan produk tersebut, mereka boleh memulangkannya semula kepada kami.

Kami lebih dikenali dengan nama Ash Majid Langkawi kerana beroperasi di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi. Sebelum ini, kami aktif menjalankan bisnes ini di Kuala Lumpur. Namun, disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan, kami membuat keputusan untuk berpindah ke tempat yang boleh sustain dan memilih Langkawi.

Alhamdullilah, perniagaan kami semakin berkembang dan produk kami juga boleh didapati di beberapa butik yang terdapat di hotel lima bintang di Langkawi termasuk Ritz Carlton, The Datai, Bon Ton Resort dan Berjaya Langkawi Resort. Inyaallah, pada masa akan datang, produk kami akan berada di hotel-hotel lain,” ungkap Ash.

PERANCANGAN MASA DEPAN

we are planning to go worldwide and to be accessable worldwide. Kami ingin support lebih banyak butik-butik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Di Langkawi, kami merupakan supplier aksesori batik utama di kebanyakan butik yang terdapat di hotel-hotel ternama Langkawi.

Dalam pada masa yang sama, kami ingin menaikkan lagi aksesori tradisional kita ke mata dunia yang mempunyai nilai dan kualiti tersendiri. Buat masa ini kami masih belum ada perancangan untuk membuka butik namun jika ada pelunag dan rezeki, kenapa tidak. Insyaallah.

Share
Published by
Fadhli Ismail