Kehidupan glamor mungkin bukan lagi impian utama wanita hebat sepertinya. Bagi To’ Puan Seri Norzieta Zakaria iaitu isteri Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, kebahagiaan keluarga adalah segala-galanya sekarang.
‘Start by doing what’s necessary; then do what’s possible; and suddenly you are doing the impossible’ – Francis of Assisi
Kata-kata ini bagai menggambarkan ketulusan jiwa To’ Puan Seri Norzieta yang merupakan Presiden Kasih Kedah dalam beramal kebajikan.
Ketika menelurusi koleksi foto To’ Puan Seri Norzieta, hanya satu yang dapat disimpulkan. Wanita asal Negeri Sembilan itu cukup keibuan, namun kecantikan wajahnya paling menarik perhatian.
Berkulit cerah dengan hidung mancung dan senyuman yang tidak lekang-lekang di bibir, amat mempamerkan kejelitaan wanita Melayu sebenar milik To’ Puan Seri Norzieta. Kemanisan itu luar biasa, lembut di luar tapi kuat di dalam… patutlah suami sayang!
Foto disamping anak-anak yang kian meningkat dewasa, juga menunjukkan paras rupa To’ Puan Seri Norzieta yang awet muda. Bila bergambar, nampak macam adik-beradik pun ada. Tak sangka terselit ibu mereka di sana!
Di sebalik pelbagai kemelut politik yang terpalit pada suaminya, beliau dilihat lebih senang berdiam diri dan tidak mencampuri urusan tersebut.
Kelibat To’ Puan Seri Norzieta hanya kerap dilihat sewaktu menemani suaminya sebagai Menteri Besar Kedah dahulu, menyantuni rakyat atau menghadiri jemputan-jemputan rasmi di negeri Jelapang Padi.
Hasil perkahwinan To’ Puan Seri Norzieta dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir sejak 14 November 1993, mereka telah dikurniakan cahaya mata iaitu Meera Alyanna, Misha Hakeem dan Melia Serena.
Sebagai menantu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, keakraban wanita ini dengan keluarga mertuanya terlihat jelas dalam setiap perjumpaan keluarga.
Tak hairanlah hubungan cucu-cucu dengan datuk nenek mereka rapat, tentu didikan To’ Puan Seri Norzieta sendiri memainkan peranan besar dalam membentuk jati diri anak-anak.
Seronok sangat tengok keluarga besar mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 ni. Semoga kehidupan To’ Puan Seri Norzieta sentiasa bahagia dan dilimpahi keberkatan Allah SWT.
Kredit: Instagram @tpnnorzietaofficial dan @ally.mukhriz
This website uses cookies.