Sejak kebelakangan ini, banyak pasangan yang suka mengadu domba di media sosial. Sekiranya dilihat daripada perspektif positif, mungkin respons yang diterima daripada netizen dapat membantu meredakan tekanan.

IKLAN

Tapi jika sebaliknya, ia hanya akan mengeruhkan lagi cerita dalam kain atau isu suami isteri yang sepatutnya tidak dikongsikan di tempat terbuka.

Menyedari betapa perlunya penyelesaian terhadap situasi ini, Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn Bhd melahirkan sebuah program bual bicara terbaru untuk tayangan dewasa serta yang berfikiran rasional.

Astro Ria Singkap Ilmu Rumah Tangga, Gandingan Elly Mazlein & Awal Ashaari Gamatkan Suasana
Mesti tonton malam ini

 

BABAK SASPENS

Bagi mengembangkan lagi subjek yang dibahaskan, selebriti popular Awal Ashari dan Elly Mazlein telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Borak Kelamin selaku hos bersama sepanjang 10 buah episod.

Kepetahan Kak Lina Pom Pom yang sering menceriakan penonton pasti membuat program lebih rancak, sementara Awal Ashaari yang matang pasti mampu mengawal suasana agar lebih matang dan tidak hambar. Tak sabar nak tunggu gandingan mantap mereka!

Astro Ria Singkap Ilmu Rumah Tangga, Gandingan Elly Mazlein & Awal Ashaari Gamatkan Suasana
Bukan program gosip hiburan ya!

 

IKLAN
Astro Ria Singkap Ilmu Rumah Tangga, Gandingan Elly Mazlein & Awal Ashaari Gamatkan Suasana
Antara babak pengakuan sebenar

 

“Program ini bakal menyalurkan informasi rumah tangga menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan. Antara panelnya adalah pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan dan penceramah, selain selebriti jemputan.

Selebriti yang hadir pula adalah Azad Jazmin dan Eira Syazira, Norman Hakim dan Memey Suhaiza, Lana Nodin dan Daud Mckienzie, Sharifah Syahira dan Ijoy, Fizo Omar, Ramona Zamzam, Ifa Raziah, Ain Edruce, Edika Yusof dan Datuk Ziela Jalil.

IKLAN

Walaupun topik yang bakal diketengahkan agak panas dan boleh mengundang kontroversi, namun ia tidaklah keterlaluan dan masih sesuai dengan resam masyarakat Malaysia,” kata Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal tentang program terbaru ‘Borak Kelamin’ yang bakal bersiaran setiap Isnin, jam 9.00 malam mulai malam ini, 1 Mac 2021.

Beliau turut mendedahkan topik yang dibahaskan iaitu Rupa atau Harta?, Off Handphone, Sentuhlah Pasangan, Kelambu Dingin serta sebagainya.

Astro Ria Singkap Ilmu Rumah Tangga, Gandingan Elly Mazlein & Awal Ashaari Gamatkan Suasana
Jadi jangan lupa menonton!

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI