Rata-rata di media sosial, asyik isteri saja yang mengadu suami tak pandai menghargailah, tak romantiklah, tak pandai jaga hatilah. Tapi sebagai isteri, sempurnakah kita?
Pernah tak kita semak diri sendiri, sejauh mana suami kita bahagia dengan apa yang kita berikan? Ya, sebagai wanita, kita melahirkan zuriat, menjaga anak-anak, mendidik dan melakukan 1001 kerja di rumah. Tapi, ada juga suami yang turut menyumbangkan tenaga dan membantu isteri di rumah.
Sesekali, hadiahkanlah kebahagiaan istimewa buat cik abang. Tak semestinya wang ringgit.
Dalam Islam pun di tegaskan wanita untuk menghormati suami kerana syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Janganlah asyik meninggi suara jika suami tak tolong di dapur.
Menghormati suami bukan hanya ungkapan di bibir tetapi dengan memberi kepercayaan, galakkan dan membina keyakinan suami.
Apabila suami meluahkan perasaan, mungkin hal berkaitan pejabat, cubalah jadi pendengar yang baik. sesekali suarakan juga pendapat anda tapi janganlah berlebih. Takut hilang mood suami nak bercerita panjang.
Biasanya suami akan mengusai hal di bilik tidur. Sesekali, apa kata anda tunjukkan pula ‘kuasa’ anda untuk menunjukkan anda mahukannya.
Berikan kejutan ciuman buat suami ketika sedang menonton televisyen atau ketika dia sedang membaca surat khabar. Bila sudah beranak-pinak, biasanya kemesraan begini jarang diberikan kepada suami.
Lagi banyak anda membebel, semakin rimas suami duduk di rumah. Jadilah isteri yang memahami. Berikan sokongan kepada suami dalam apa juga yang mereka lakukan agar mereka rasa dihargai.
Bila kali terakhir anda memberikan kata-kata manis buat suami? Kalau tak pernah, inilah masanya. Selitkan nota kecil dengan kata-kata penghargaan dan selitkan di dalam dompet suami.
Suami juga perlukan ‘me time’. Jika dia suka memancing, berikan masa untuknya bersama teman-teman. Pastikan mereka memancing ikan dan bukan benda lain ya!
Minyak wangi adalah antara benda yang lelaki terutamanya para suami yang berkerjaya. Haruman BOSS Parfums dalam tonasi EDP membawakan satu persepsi hebat dalam motto: Be Your Own Man.
BOSS Bottled EDP ini merangkumkan haruman woody-spicy
Kejutan ini pasti memberi keceriaan pada si suami!
This website uses cookies.