Siapa yang tidak mengenali penyanyi pop sensani, Dua Lipa yang terkenal dengan lagu New Rules dan Don’t Start Now ini. Baru-baru ini Dua Lipa dianugerahkan taraf kewarganegaraan Albania menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-110 negara itu, dari Kerajaan Ottoman pada 28 November 1912.
Ads
Khabarnya, menurut Presiden Bajram Begaj Dua dikurniakan taraf kerakyatan tersebut atas jasa dan peranannya memasyhurkan Albania di peringkat antarabangsa menerusi muzik dan karya seninya. Tambah Bajram, dia menganggap pengurniaan ini sebagai satu penghormatan besar kerana bintang berusia 27 tahun itu telah mengharumkan nama rakyat dan negara Albania di seluruh dunia.
Walaupun lahir dan membesar di London, bahasa pertama Dua Lipa adalah bahasa Albania. Setelah berpindah ke London, kedua orang tua Lipa masih berkeinginan untuk kembali ke negara asal mereka. Oleh kerana itu, keluarga Lipa kembali berpindah ke Kosovo ketika dia berusia 11 tahun.
“Akhirnya saya bergelar rakyat Albania di atas dokumen juga. Penerimaan dan kasih sayang ini adalah satu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan,” katanya sebelum mengangkat sumpah kewarganegaraan di Tirana City Hall. Dua kemudian dilihat merakam foto pasport, mengambil cap jari dan menandatangani borang permohonan bagi mendapatkan kad pengenalan dan pasport.
Ads
Dua Lipa dilahirkan di London pada tahun 1995 dari keluarga Albania, Anesa dan Dukagjin Lipa yang berasal dari Kosovo. Muzik Dua Lipa bermula dan dipengaruh dari ayahnya yang juga seorang penyanyi dan gitaris. Dua lipa mulai bernyanyi pada usia lima tahun. Pada usia 14 tahun Dua mula memuat lagu-lagunya di YouTube. Album studio pertamanya dilancarkan 2017, dan dua tahun kemudian Dua Lipa memenangi Grammy Award untuk kategori Artis Baru Terbaik.
Ads
Dia kemudiannya bersama bapanya mengasaskan Sunny Hill Foundation pada 2016 bagi mengumpul dana dan membantu penduduk yang mempunyai masalah kewangan dengan mengadakan konsert tahunan di Kosovo.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada pasangan suami isteri tidak menginginkan zuriat sebagai pelengkap keluarga. Ada pasangan yang bertahun-tahun kahwin namun masih menantikan kehadiran cahayamata. Apa pun segalanya berbalik kepada rezeki.
Pengasas jenama hijab Alhumaira, Hani Elia Rousli dan suami, tempoh dua tahun pertama perkahwinan merupakan detik paling mencabar buat mereka. Sering diasak dengan bermacam persoalan berkenaan zuriat cukup mencalar perasaan mereka.
Berkat kesabaran serta redha dengan percaturan Allah SWT, Hani dan suami kini mampu mengukir senyum bahagia dengan kehadiran dua cahayamata sekaligus melengkapkan kehidupan Hani sebagai seorang wanita.
DIUJI
“Kami mendirikan rumahtangga pada tahun 2009. Dua tahun pertama perkahwinan adalah detik paling sukar dan mencabar buat kami apabila ramai yang mula bertanya bila kami akan menimang cahayamata terutama apabila ada majlis-majlis keramaian saudara mara atau rakan-rakan.
Sebolehnya saya mencari alasan untuk tak menyertainya. Saya jadi murung dan tertekan serta kurang keyakinan diri. Rasa sedih tak mampu dibendung bila diajukan soalan berkaitan zuriat. Hanya mereka yang pernah atau sedang alami saja yang faham perasaan kami ketika itu. Alhamdulillah suami dan keluarga sentiasa memberikan saya semangat.
Bukan tak berikhtiar, berbagai cara saya dan suami dah cuba demi mendapatkan zuriat. Antaranya berjumpa pakar kesihatan wanita dan mencuba rawatan tradisional seperti urutan.”
BERTEMU PAKAR
“Pada tahun 2014 rezeki saya bertemu dengan Dr Marsita Mansor, Doktor Pakar Wanita di salah sebuah hospital di ibu negara. Saya bersyukur kerana akhirnya Allah SWT mendengar doa saya memandangkan waiting list sebelum ini terlalu lama.
Sebaik bertemu Dr Marsita, saya tak mampu lagi nak bendung perasaan sehingga saya menangis di depannya. Saya beritahu Dr Marsita nak buat IVF terus, berapa pun kosnya saya sanggup bayar asalkan saya dapat rasa untuk menjadi seorang ibu. Dr Marsita terus pegang tangan saya dan berkata, Hani kita ikhtiar semampu boleh, kita tawakal kepada Allah SWT.
After consultation, baru saya tahu yang saya mengalami retroverted uterusand cyst di bahagian rahim. Setelah berbincang dan bersetuju, saya menjalani pembedahan. Alhamdulillah ia berjaya. Saya ikut semua nasihat Dr Marsita antaranya mengamalkan pemakanan sunnah dalam tempoh yang disarankan.
Saya juga menjalani fasa berpantang walaupun tak melahirkan anak. Enam bulan pertama doktor sarankan untuk berehat. Saya dan suami bercuti ke Eropah agar fikiran saya betul-betul kosong dan tenang.”
DISAHKAN HAMIL
“Alhamdulillah, awal Mei 2014 saya disahkan hamil. Pada mulanya saya langsung tak syak apa-apa kerana tak terlalu berharap. Sehinggalah saya berkongsi dengan suami dan keluarga yang saya missed period hampir seminggu dan rasa cramp di perut. Adik ipar saya belikan UPT untuk check kehamilan tapi saya cuba elak kerana takut kecewa.
Keesokan hari selepas tunaikan solat subuh, saya rasa ada satu kekuatan ‘luar biasa’ yang Allah SWT berikan. Lantas saya berdoa, Ya Allah apa jua keputusan aku harus kuat, selama ini aku mampu hadapi. Positif atau negatif keputusannya aku sentiasa bersangka baik denganMu.
Alhamdulillah lepas check sendiri, saya macam tak percaya lihat keputusannya. Strip tu ada dua jalur. Sukar saya gambarkan perasaan itu. Saya terus kejutkan suami dan dia tergamam. Kami sama-sama menangis. Momen itu kami masih ingat sehingga kini. Alhamdulillah, syukur ya Allah!
Sepanjang kehamilan atas nasihat doktor saya banyak berehat dan bedrest sambil amalkan pemakanan sihat. Setiap pagi saya amalkan minum sesudu minyak zaitun, pati delima dan madu. Saya banyak habiskan masa di rumah kerana alahan agak teruk. Masuk trimester kedua keadaan saya kian baik. Sepanjang kehamilan saya sentiasa berkomunikasi dengan doktor dan kerap membuat pemeriksaan.”
NASIHAT BUAT PASANGAN KHUSUSNYA WANITA
“Nasihat saya buat pasangan yang masih menanti zuriat, jangan putus asa. Allah SWT akan beri bila tiba masanya. Ikhtiar dan tawakal. Suami sentiasalah beri sokongan dan positif kerana isteri memerlukan sokongan sepenuhnya daripada insan-insan sekeliling terutama suami.
Dapatkan juga nasihat pakar. Jangan segan untuk bertanya keluarga atau sahabat yang boleh berkongsi info kehamilan. Saya bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan suami dan keluarga yang sangat supportive. Terima kasih suamiku, Humaidi Fadzil.
Kini Allah SWT kurniakan kami dua cahayamata lelaki. Pertama, Haydar Humaidi berusia empat tahun. Anak kedua, Harris Humaidi berusia dua tahun. Anak-anaklah penawar segalanya.
Buat kaum wanita, kita perlu sentiasa kuat. Secara luaran mungkin kita nampak lemah lembut tapi percayalah, Allah SWT akan beri kekuatan dalaman yang sangat hebat untuk kita. Jangan pernah putus asa, sentiasa berfikiran positif.
Masih saya ingat, dulu setiap kali mendengar perkhabaran saudara atau sahabat yang hamil atau menyambut cahayamata, saya akan turut gembira dan ucap tahniah sambil niat dalam hati, Ya Allah, harini aku gembira melihat kegembiraan orang lain, suatu hari nanti aku percaya masa kami akan tiba untuk merasai nikmat zuriat. Bersangka baik atas segala aturan Allah SWT.”
Kredit: Instagram Hani Elia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasih sayang seorang isteri terhadap suami memang tiada sempadan. Tugas seorang isteri melayan suami tetap menjadi keutamaan walau setinggi mana sekalipun pangkat seorang isteri. Kan syurga isteri di bawah tapak kaki suami!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar telah ‘mencuri’ hati setiap wanita yang bergelar isteri baru-baru ini apabila tidak canggung melayan suaminya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di meja makan.
Raja Permaisuri Agong yang terkenal dengan sikap merendah diri dan mesra bersama rakyat turut menzahirkan ucapan Hari Raya tempoh hari. Hanya menggunakan kata ganti diri sebagai ‘Azizah’ sikap Raja Permaisuri Agong ini memang mendapat pujian rakyat jelata.
Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 6 Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri.
Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terkenal dengan sikap ramah apabila berada bersama rakyat jelata. Baginda telah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor.
Baginda merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
Pendidikan awal Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang bermula di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda seterusnya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
Kegemaran Tengku Puan Pahang pada masa lapang ialah membaca, memasak, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga dan bermain-main dengan Paduka-paduka Anakanda serta berbakat dalam bidang penulisan.
Sebuah buku masakan hasil daripada Baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang” telah diterbitkan dan seterusnya dilancarkan pada Mac 2005 yang lalu. Sehingga kini penjualan buku tersebut masih lagi dijalankan dan hasilnya disalurkan terus ke TAFF.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor nyata memiliki aura luar biasa. Apa sahaja gaya dan perkara yang dilakukan pasti menjadi perhatian dan ikutan ramai. Buktinya, sejak Neelofa memutuskan untuk tampil berniqab pada 15 Oktober lalu kisah mengenai usahawan Naelofar ini bertebaran di media sosial. Tidak hanya peminat bahkan sebilangan besar rakan artis terkejut dengan penghijrahan Neelofa malah turut menjadikan wanita ini sebagai sumber inspirasi mereka.
Genap seminggu tampil berniqab hari ini, Nona mendapati jumlah followers Neelofa di Instagram melonjak naik hingga mencecah 8,004,080. Angka itu sekaligus mengatasi penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang selama ini menggungguli carta. Setakat ke hari ini, jumlah followers Dato’ Seri Siti ialah 7,942,919.
Yang pasti, keberanian Neelofa untuk berubah ke arah kebaikan memberi impak positif buat dirinya. Dalam masa sama mencetus minat ramai Muslimah untuk berbuat perkara sama. Apatah lagi, keputusan tersebut dibuat pada saat Neelofa sedang berada di puncak kerjaya dan terkenal. Enggan menjadikan urusan dunia sebagai keutamaan, anak ketiga daripada sembilan beradik ini teguhkan hati menelusuri jalan diredai Allah SWT.
Mengimbas kembali penghijrahan Neelofa, pengacara dan pelakon ini mengirimkan kenyataan rasmi berhubung penampilan baharunya kepada rakan-rakan media dan peminat pada tanggal 15 Oktober lepas.
“Assalammualaikum. Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda ilahi. InsyaAllah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya.”
Sebelum berniqab, perubahan secara beransur-ansur Neelofa turut disedari ramai selepas dia mula memperbaiki diri dan menutup aurat dengan sempurna dengan memakai stoking kaki dan tangan. Begitu juga dari segi pemakaian tudung yang labuh daripada kebiasaan.
Malah, ada dalam kalangan peminat membuat telahan nakal bahawa pengacara dan pelakon jelita ini berubah ke arah lebih baik kerana bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang pendakwah kacak popular.
Apa-apa pun Nona mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan segala kebaikan yang ditonjolkan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh wanita.
Kredit: Instagram Neelofa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...