Kebimbangan ibu bapa tentang masa depan anak-anak yang baru memasuki persekolahan semakin menjadi-jadi. Dengan sesi persekolahan 2020 yang terlalu singkat kerana sekatan PKP, ramai yang ‘ketinggalan’ untuk membaca dan mengeja dengan lancar jika tidak dibimbing guru atau ibu bapa di rumah.

Ads

Menurut Pakar Psikologi Kanak-Kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor berkata hal itu turut menjadi punca kebimbangan ibu bapa.

“Kanak-kanak prasekolah yang bakal masuk tahun satu pada 2021 akan mengalami masalah mengeja dan mengira. Kita sudah diserang pandemik sejak Mac dan ia telah menjejaskan banyak perkara.

Atasi Buta Huruf Kerana PKP, Datin Prof Mariani Saran Mak Ayah Bimbing Anak Tahun 1 Membaca
Pakar Psikologi Kanak-Kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor

Ibu bapa akan susah hati juga kerana anak prasekolah tidak boleh membaca atau mengira. Mereka boleh menyebut huruf tetapi tidak boleh mengeja perkataan dua suku kata atau proses tambah tolak,” katanya dalam satu temu bual dengan Utusan.

Nona tertarik berkongsi tip Puan Norliza Ismail tentang caranya berdepan masalah ini. Beliau yang mempunyai tiga orang anak mengakui perlu lebih rajin ambil tahu perkembangan anak-anak sewaktu musim cuti persekolahan sekarang.

============

Bismilahirahmanirrahim.

Baik, itu apa kata cikgu-cikgu especially untuk anak-anak masuk ke darjah 1 tahun depan. Alright, if that is the scenario, what can parents do to shield the problem?

Atasi Buta Huruf Kerana PKP, Datin Prof Mariani Saran Mak Ayah Bimbing Anak Tahun 1 Membaca
Puan Norliza Ismail dan anak-anak

Masih ada masa untuk bantu anak-anak preschoolers untuk buat latihan membaca. Read aloud. Jika ada basic reading cuma tak lancar, buat reading session with them.

Ads

Reading session ni tak perlu lama, antara 10-15 minutes or lesser. But you have to sit with them and hold the book for them to read. Participate. In shaa Allah, cubalah.

Word games especially suku kata. Tak perlu beli, buat sendiri. Cari di YouTube or any kids website. Ini for kids to familiarise words ikut suku kata.

LABEL things di rumah. Contoh, kerusi, meja, almari etc. Tak kisah la BM atau English. Or both. Jadi kids boleh familiar dan memorise.

Ads

Tanya jika guru-guru tadika boleh buat extra class untuk bantu. Umar dulu join extra class seminggu dua kali masa dia 5 tahun. Alhamdulillah, banyak manfaat dan kelas pun tak panjang. Main banyak la… Haha. Fun learning.

In shaa Allah. Setiap masalah mesti ada solution.

============

Perkongsian ini boleh dijadikan panduan ibu-ibu yang berdepan masalah yang sama. Ambil kesempatan ini untuk bonding sambil mengajar si kecil menulis, membaca dan mengira dengan baik di rumah.

Murid yang berumur lima atau enam tahun masih belum cukup matang untuk memberi fokus dalam pembelajaran namun masalah ini tidak akan jadi ketara jika ibu bapa atau penjaga lebih memantau anak-anak.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI