Mengalir jiwa bisnes, terkini Athisha Khan ikut jejak langkah Neelofa sebagai pengasas, lancar jenama lifestyle Flip!
Minat terhadap perniagaan diwarisi turun-temurun daripada keluarga. Selepas kejayaan membangunkan empayar hijab Naelofar serta Nunha, selebriti terkenal Neelofa dilihat memberi sokongan terhadap adik kesayangannya, Athisha Khan, ketika sidang pelancaran jenama gaya hidup terbaharu, Flip.
Ads
Baru sahaja mendirikan rumah tangga, Athisha Khan Dato’ Halim Khan merupakan isteri kepada Wan Amirul Haiqal Wan Ruzlan dan keduanya kini menetap di luar negara.
Namun demi jiwa bisnes yang mendalam, Athisha pulang ke tanah air bagi menguruskan perniagaannya sebelum kembali ke sana.
Personaliti media sosial ini sering digelar beauty with brains lantaran kelulusan yang dimilikinya.
Berusia 26 tahun, Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom serta merupakan vlogger popular yang mempunyai lebih 300 ribu followers di saluran YouTube.
Berlangsung di kafe Paolo Paolo Gelato di Damansara, acara santai ini turut dihadiri ibunya, Datin Noor Kartini, adik-beradik Athisha seperti Noor Nabila, Neelofa, Nur Ameera dan Aqief. Athisha merupakan anak ketujuh daripada sembilan beradik.
Turut hadir rakan-rakan terdekat seperti Kasih Iris Leona, Tyra Kamaruzzaman, Khainina Khalil, Sharifah Rose dan ramai lagi.
“Sepanjang saya menulis blog, orang selalu menitipkan komen serta pujian terhadap outfit yang selesa serta cozy dipakai. Jadi itulah yang mengingatkan saya pada pijama yang selesa dan cantik sehingga melahirkan Flip,” ujar Athisha.
Ads
Paling menarik tentunya debut koleksi pijama Flip dalam dua corak berbeza yang menampilkan Athisha dan Little Miss Khan sebagai model utama. Begitu laris, khabarnya pijama comel ini kedua-duanya dah Sold Out di beg kuning!
Koleksi ini sudah mula dipasarkan secara online dan Athisha merancang untuk melancarkan lebih banyak produk gaya hidup seperti planner untuk akan datang.
KASIH NEELOFA
Ads
Pujian seharusnya ditujukan juga buat bonda Neelofa dan Athisha iaitu Datin Noor Kartini kerana berjaya mendidik anak-anak menjadi ahli perniagaan berjaya.
Selain Nabila dan Neelofa, Athisha Khan juga ikut jejak langkah Neelofa sebagai pengasas dengan melancarkan jenama lifestyle Flip.
“Sangat teruja dengan pencapaian adik saya! Memperkenalkan ‘Flip’ – jenama terbaharu yang memberikan keselesaan dan gaya ke dalam kehidupan harian anda. Bangga sangat dengan Athisha!” Neelofa
Hadir dalam persalinan serba putih, Neelofa kini giat menjalankan beberapa perniagaan bersama suaminya, PU Riz.
Wanita anak dua yang bergelar jutawan itu merintis aplikasi TheNoor, TheNoor Coffee, Nunha Store, selain masih membantu bisnes keluarganya iaitu Naelofar, Young & Glow, Kucate, susu Nilofa serta banyak lagi.
Sempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada hari ini, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah bertitah dan mengingatkan setiap wanita agar menyayangi dan menghargai diri sendiri untuk menjadi seorang insan yang hebat dan bahagia.
Baginda bertitah wanita perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental diri sendiri serta keluarga kerana seorang wanita yang bahagia akan mampu membawa kebahagiaan kepada semua orang di sekelilingnya.
“Wanita waja mampu mengharungi setiap cabaran yang datang dan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT itulah istimewanya kita wanita,” titahnya menerusi video yang dimuat naik di laman sosial rasmi Istana Negara sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini.
Jelas Baginda, kekuatan wanita terserlah ketika pandemik COVID-19 yang melanda negara kini apabila mereka mampu bangkit serta cekal mengatasi sebarang cabaran, sesuai dengan tema sambutan Hari Wanita tahun ini – Wanita Bangkit Mendepani Cabaran.
“Di sinilah kita melihat kekuatan seorang insan yang bergelar wanita. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, wanita tetap mampu bangkit dan cekal serta berjaya daripada cabaran tersebut,” titah Raja Permaisuri Agong.
Baginda turut menyeru supaya masyarakat menghargai wanita, menyayangi, menghormati dan berlemah lembut dengan golongan wanita.
“Dengan ini, anda pasti mampu membawa kebahagiaan kepada semua insan di sekelilingnya. Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan kita dan keluarga. Sejahtera wanita, sejahteralah negara,” titah Raja Permaisuri Agong.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronok melihat anak muda yang bijak merencana perjalanan karier dan tak takut untuk memulakan perniagaan. Wanita cantik ini juga tak terkecuali. Baru menginjak ke usia 22 tahun Tyra Kamaruzzaman sudah memiliki rangkaian kosmetik sendiri! Hebat bukan?
Lebih hebat apabila baru 2 tahun mengusahakan produk kecantikannya, gadis manis ini sudah berjaya memiliki kereta mewah hasil titik peluhnya sendiri. Sememangnya kejayaan gadis yang mempunyai nama sebenar Athirah Kamaruzzaman ini menyuntik inspirasi.
Bercerita tentang reward diri sendiri ini, “Sebenarnya saya mula cari duit sendiri sejak umur 14 tahun lagi. Bermula daripada Instagram, ada yang bayar untuk product endorsement dan ada yang bayar untuk jadi model jenama mereka. Bila dah start dapat duit poket sendiri, saya jadi seronok sebab tak payah nak minta duit belanja daripada parents dah.
Bermula dari situ memang saya dah set target nak cari duit poket sendiri. Lepas umur dah meningkat, saya mula suka bersolek sebab suka tengok youtube tutorial tentang solekan. Masa tu mula dah nak pandai melawa,” tutur Tyra sambil tersenyum.
Tambahnya lagi, “Bila terima first paycheck yang ‘besar’ itu, saya masuk Sephora dan beli my first makeup. Sebab sebelum tu saya suka pakai kakak-kakak punya saja. Lepas dah start beli sendiri punya, saya jadi suka tengok jenama mekap yang kreatif.
Daripada situ, saya dah set azam untuk ada jenama solekan sendiri. Alhamdulillah, rezeki itu datang bila usia saya 18 tahun. Saya mula merancang untuk jenama sendiri dan alhamdulillah Beautyra dilancarkan masa umur saya 19 tahun, masa tu tahun 2018,” bicara Tyra yang mempunyai latar belakang keluarga yang menceburi bidang perniagaan.
Tak sangka, gadis kecil-molek ini rupa-rupanya minat kereta. Patutlah reward diri dengan kereta. “Apa yang buat saya bersungguh-sungguh sampai boleh beli kereta mewah adalah kerana memang minat kereta. Selama ini saya menumpang atau guna kereta ayah.
Jadi saya dah nekad untuk beli kereta sendiri. Kalau pergi kerja boleh bawa kereta sendiri. Saya juga nak beli something big untuk reward diri sendiri sebab dah 2 tahun bekerja untuk Beautyra,” ulas Tyra yang mempunyai impian untuk membeli kereta Mercedes-AMG G 63.
Seperti usahawan muda lain, keluarga adalah pembakar semangat gadis kecil molek ini. “Alhamdulillah, bila dah beli kereta sendiri, parents saya gembira sangat. My whole family was happy dan itu sebenarnya pembakar semangat saya. My family is my everything,” ujar Tyra.
Bercerita tentang prinsip hidupnya, “Prinsip yang saya selalu pegang ialah always to be yourself. Tidak kiralah apa yang orang cakap mengenai diri anda, paling penting jadilah diri sendiri dan bukan jadi diri atas kehendak orang lain.
Jangan sesekali pedulikan apa orang cakap walaupun kadangkala anda rasakan perkara itu betul untuk dilakukan. Anda lebih tahu apa yang lebih terbaik untuk diri anda,” jelas gadis ini.
Dalam masa 5 tahun akan datang apakah kejayaan yang telah dicapai? “Dalam masa 5 tahun akan datang, saya nak beli rumah untuk diri sendiri dan inshaaAllah nak join buat real estate pula.
Ketika itu saya berharap mampu beli apa sahaja yang parents saya nak inshaaAllah,” kata Tyra. Patutlah rezeki gadis ini mencurah-curah rupanya sentiasa mahu membahagiakan ibu dan bapanya. Sejuk perut ibunya mengandung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Dato’ Dr Azlina Aziz menjadi bualan warga maya kebelakangan ini sejak kisah perkahwinan bekas suami, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak pada 17 November lepas bertebaran di media sosial. Disifatkan seorang yang bijak dan jelita dalam kelas tersendiri, ibu kepada dua cahaya mata ini nyata bukan calang-calang wanita.
Beliau merupakan anak perempuan kepada Tan Sri Abdul Aziz Taha iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dari tahun 1980 hingga 1986.
Meskipun berasal dari keluarga ternama namun jelitawan ini low profile dan berdikari.
Dato’ Dr Azlina Aziz mendirikan rumah tangga dengan adik kepada bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 10 Januari 1992 selepas bertemu di Bristol University.
Namun perkahwinan yang dibina lebih 30 tahun itu tidak berkekalan dan mereka dilaporkan berpisah pada tahun 2023.
Menelusuri latar belakang wanita berjiwa cekal tersebut, Dato’ Dr Azlina ketika masih bergelar isteri dan ibu menjadi kebanggaan kaum wanita kerana kemampuannya menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of Oxford.
Walau sibuk urus anak-anak dan keluarga, beliau bijak membahagikan masa untuk menuntut ilmu.
Berdasarkan perkongsian di media sosial miliknya, Dato’ Dr Azlina ada memuat naik gambar dirinya yang lengkap berjubah konvokesyen selepas tamat pengajian Oxford DPhil (English) sekitar November 2019.
Sepanjang 31 tahun berkahwin, Dato’ Dr Azlina Aziz dan Tan Sri Nazir Razak dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Marissa dan Arman yang kini berusia 24 tahun. Menerusi perkongsian Tan Sri Nazir Razak sebelum ini, Arman ialah graduan di University College London (UCL). Sementara Marissa pula lulusan London School of Economics (LSE).
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...