Suatu ketika dulu, selebriti media sosial Atita Haris dan anak perempuannya Opi menjadi satu fenomena di kalangan warga maya. Dua beranak ini sering mencuri perhatian di platform media sosial dengan telatah mereka yang lucu tetapi comel.
Lebih-lebih lagi Opi yang bukan hanya comel bahkan bijak. Pantang nampak kamera mesti nak pose. Comel sangat!
Atita yang mesra disapa sebagai Tita ini punya pesonanya yang tersendiri. Ketika di puncak populariti, Atita baru berusia 21 tahun manakala anaknya Opi atau nama sebenarnya Nor Sofia berusia setahun.
Kini pada usia 30 tahun, Atita yang tinggi lampai ini sudah memiliki tiga cahaya mata yang kesemuanya perempuan. Makin cantik, langsing dan bergaya persis anak dara. Kalau bersama dengan anak-anak nampak macam kakak dan adik-adik.
MAKIN BAHAGIA
Atita kini bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama Nas-T yang merupakan seorang DJ, pemuzik, model serta pelakon tanahair.
Atita dan Nas-T mendirikan rumahtangga pada 29 Januari 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nas Taliyah Nas Muammar Zar dan Nur Halili Nas Muammar Zar. Manakala Opi adalah zuriat hasil perkahwinan pertama Atita.
Meninjau kehidupan terkini, Atita kekal aktif di Instagram dan TikTok berkongsi rutin hariannya bersama anak-anak serta suami seperti beriadah, outing atau bercuti. Manakala memasak adalah aktiviti yang rancak dikongsi oleh Atita ketika ini sehingga tercetusnya tanda pagar #atitamasak
Bertuah suami dan anak-anak dapat merasa air tangannya setiap hari dengan menu yang walaupun simple tapi menyelerakan antaranya ayam kunyit, laksa, nasi goreng, sambal belacan dan sup telur. Air tangan ‘mak-mak’ memang tidak boleh dinafikan kesedapannya.
GAYA KASUAL YANG RINGKAS
Dari segi penampilan, Atita sememangnya sinonim dengan gaya kasual yang ringkas namun tetap nampak stylish
walau bergelar ibu anak tiga. Selendang, denim dan sneakers antara favourite items Atita untuk penampilan.Manakala warna kebanyakannya yang tidak terlalu menonjol seperti pastel dan hitam, sesuai dengan kulitnya yang cerah.
Sekitar tahun 2020 Atita memberanikan diri mencari rezeki dalam dunia lakonan. Telemovie pertama lakonan Atita ialah ‘Iman Hakiki’. Lakonannya yang bersahaja ketika itu dengan watak gadis kampung mendapat pujian ramai.
Kredit Foto: Instagram Atita Haris
This website uses cookies.