Temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan baru sahaja membuka tirai dan menyaksikan negara-negara di seluruh dunia berkumpul di atas semangat kesukanan. Lebih membanggakan, temasya kali ini menyaksikan Malaysia juga tidak ketinggalan menyertainya dan ini merupakan penyertaan sulung negara kita dalam temasya sukan tersebut.
Apabila menyebut tentang sukan luncur ais, pastinya pakaian yang digayakan oleh atletnya mengikut potongan bentuk badan dan dihiasi perhiasan manik-manik yang cantik untuk menarik perhatian tatkala melakukan aksi luncur di atas ais. Namun begitu, kemunculan seorang peserta luncur ais dari United Arab Emirates (UAE), Zahra Lari yang mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat pastinya mencipta kelainan. Gadis berusia 22 tahun itu merupakan hijabi pertama yang bertanding di peringkat antarabangsa dalam sukan luncur ais.
Ads
Menampilkan imej bertudung dengan skirt labuh dan berseluar longgar, aksi Zahra sememangnya memukau kerana ketangkasannya dan tidak keterlaluan dikatakan bahawa Zahra mampu mencabar para peserta yang turut bertanding dalam sukan luncur ais.
Sejarah penglibatan awal Zahra bermula apabila minatnya menonton filem Disney bertajuk ‘Ice Princess’ ketika berusia 12 tahun. Dari situ Zahra mula memasang impian untuk menyertai aktiviti luncur ais. Dilahirkan di negara yang tidak mempunyai musim sejuk tidak mematahkan semangatnya untuk dirinya berjaya mencapai impiannya itu.
Malah, pujian wajar diberikan untuknya apabila dia sanggup melakukan apa sahaja dan komited dalam usaha memantapkan kemahirannya meskipun perlu bangun seawal jam 4.30 pagi untuk berlatih sebelum pergi ke sekolah.
Antara rintangan yang perlu dihadapi oleh Zahra termasuklah halangan dari bapanya. Berasal dari negara Islam yang bersifat konservatif, bapa Zahra sememangnya tidak bersetuju apabila dia melahirkan hasrat untuk bertanding. Menganggap ia bertentangan dengan budaya dan tradisi mereka, keputusan bapanya itu sedikit sebanyak menghalang kebolehannya pada usia remaja.
Disinilah ibu Zahra memainkan peranan untuk memujuk suaminya itu memberi keizinan untuk Zahra menyertai sukan tersebut. Salah satu keraguan yang disuarakan oleh bapanya termasuklah kostum yang menjolok mata untuk aktiviti sukan luncur ais ini.
Walau bagaimanapun, keadaan mula berubah selepas bapanya melihat Zahra dapat beraksi dengan begitu baik sekali. Lebih meyakinkan apabila Zahra menggayakan kostum yang tidak terlalu menjolok mata! Kini, Zahra telah mempunyai penyokong tegar iaitu bapanya sendiri!
Cita-cita gadis berusia 22 tahun ini adalah untuk terpilih mewakili UAE pada Sukan Olimpik Musim Sejuk. Di sebalik pandangan negatif masyarakat terhadap penglibatan wanita berhijab dalam sukan ini, Zahra membuktikan dirinya mampu mengatasi segala halangan.
Ads
Malah Zahra turut membantu negaranya untuk muncul sebagai negara Arab pertama menyertai Kesatuan Luncur Ais Antarabangsa (ISU) sekali pun rantau negaranya tiada salji dan ais.
Ads
Dengan mengenakan pakaian sopan dan seluar lebih tebal menutup aurat terutamanya kedua-dua belah kaki, aksi luncur ais Zahra begitu memukau apatah lagi tudung kepala yang dipakainya paling menarik perhatian dan muncul peluncur ais pertama bertanding dengan pendekatan itu pada Piala Eropah di Canazei, Itali pada 2012. Bagaimanapun, hakim menolak satu markah disebabkan perlanggaran peraturan pakaian digunakan.
Isu tudung kepala yang dipakai oleh Zahra turut mencetus kontroversi memandangkan tidak pernah ada mana-mana peserta yang mengenakannya dan faktor keselamatan penggunaan penutup kepala itu turut diperdebatkan agar ia selamat untuk digunakan di atas ais.
Bagi memastikan kostum tersebut boleh diterima di peringkat antarabangsa, Zahra turut berkempen untuk perubahan peraturan dan ketika Trofi Nebelhorn di Jerman, pegawai diberitahu agar tidak menganggap penutup kepala bertentangan dengan sut luncur ais.
“Sasaran saya melebihi mewakili UAE pada Sukan Olimpik musim sejuk. Saya mahu bertanding pada saingan Kejohanan Luncur Ais Empat Benua dan Kejohanan Dunia. Pertandingan ini adalah sasaran utama saya sekarang.”
Sumber:Klick.my/independent.co.uk
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“The little boots is gone..” Demikian kepsyen yang ditulis bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang berkongsi berita duka yang beliau keguguran anak keempat. Nurul Izzah, 43 terbuka berkongsi berita sedih itu menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.
Menerusi hantaran berkenaan, Izzah turut memuat naik sekeping foto memaparkan dia dipeluk oleh kedua ibu bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan penuh hiba.
“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama. Selesai berkempen, sempat pula dijangkiti Covid-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat,” tulisnya lagi
“Kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya. Dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone,” kongsinya lagi.
“Syukur Alhamdulillah. Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza. Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa, yang kita ucapkan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.
“Penyembuhan adalah satu perjalanan dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini, lakukan sahaja. Sebelum fasa kehidupan seterusnya bermula baru, InsyaAllah,” tulisnya lagi.
Walaupun sedih dengan ketentuan dan takdir tuhan, Nurul Izzah reda dengan apa yang berlaku.
Pada 5 Ogos lalu Izzah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, pada 5 Ogos tahun lalu.
Izzah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13, hasil perkahwinan pertamanya, sementara Shao Loong pula mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Mstar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebaik mendapat pengesahan kehamilan, kebanyakan ibu mengandung mahupun suami amat berhati-hati dalam soal pemakanan. Demi memastikan bayi memperoleh keperluan lengkap, pengambilan makanan yang kaya dengan gizi menjadi santapan ibu setiap hari.
Namun, tahukah anda tahap kesihatan kelenjar tiroid ibu hamil juga harus diberi perhatian kerana mampu mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan otak bayi? Terletak di pangkal leher, kelenjar berbentuk seakan rama-rama ini mempunyai pelbagai fungsi penting buat wanita sepanjang usia kehamilan.
Komplikasi ketika dan selepas kelahiran bayi
Apabila bekalan hormon ini tidak mencukupi dalam darah, ia boleh menjejaskan fungsi tubuh dan menunjukkan simptom keletihan, kenaikan berat badan, sembelit dan sensitif pada kesejukan berbanding orang lain.
Akibatnya, bayi akan mengalami masalah pembelajaran ketika membesar dan masalah perkembangan lain.
Siapa yang berisiko?
Perempuan
Faktor genetik
Menghidap sakit pituitari atau endokrin lain
Melebihi usia 60 tahun
Merokok
Kesan kepada ibu & kandungan
Boleh menyebabkan kelahiran pramatang
Komplikasi serius yang dikenali sebagai pra-eklampsia
Bayi tidak cukup bulan
Kematian ketika bayi dilahirkan
Sesetengah wanita mempunyai kelenjar tiroid yang berfungsi dengan normal mungkin akan mengalami tiroiditis selepas bersalin (PPT) dalam masa setahun selepas bersalin. Menurut Prof Nor Azmi Kamaruddin, PPT merujuk kepada keradangan pada kelenjar tiroid.
Malangnya, ia sukar dikenal pasti kerana kemurungan yang disebabkannya sering dianggap akibat daripada tekanan menjaga bayi baru lahir dan penyakit ‘postpartum mood’. Wanita dengan PPT yang tidak dirawat menghadapi risiko lebih tinggi untuk mendapat hipotiroidisme kekal dalam tempoh 5 hingga 10 tahun seterusnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, bukan calang-calang individu yang menggayakan Tudung Fazura! Penampilan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di sebuah majlis penyampaian sumbangan baru-baru ini bukan hanya menarik perhatian rakyat. Malah, membuatkan selebriti cantik, Fazura terpegun.
Mana tidaknya, Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan anggun mengenakan tudung jenama Fazura. Sebagai pengasas label hijab berkenaan, Fazura menzahirkan rasa syukur kerana ia digayakan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.
Tak hairanlah Tudung Fazura laku ‘keras’ di pasaran. Selain kualiti dan rekaan menarik yang dihasilkan untuk setiap helaian, harga jenama tudung ini juga mampu milik.
Berkongsi rasa gembira, isteri Fattah Amin ini memuat naik gambar DYMM Tengku Permaisuri Norashikin di media sosial miliknya. Tulis Fazura, “Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.
Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30.
Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri.
Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor.”
Pada 5 Oktober lalu, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenaan berangkat ke majlis simbolik penyerahan sumbangan Alat Bantuan Belajar (tablet) kepada pelajar asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Sumbangan alat bantuan belajar beserta data internet ini disampaikan kepada wakil-wakil daripada 7,000 pelajar asnaf fakir dan miskin di bawah kelolaan Lembaga Zakat Selangor.
Difahamkan tudung yang digayakan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin adalah dari Koleksi Tudung Fazura Kakak Kita, Kak Uda. Ia turut pernah digayakan Fazura ketika majlis sambutan hari lahir Fattah Amin pada September lepas. Memang eksklusif dan cantik rekaan tudung ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...