Atlet Sarawak, LAVINIA KHO JIA JIE Raih Emas Acara Boling Perseorangan Wanita

Semangat tidak mengalah biarpun ketinggalan pada pusingan keempat menjadi kunci utama atlet Sarawak Lavinia Kho Jia Jie menggenggam emas acara boling perseorangan wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Sunway Mega Lanes pada 18 September 2022.

Atlet berusia 18 tahun itu memastikan beliau tidak pulang tangan kosong pada penampilan sulungnya setelah melakukan 1,271 jatuhan pun untuk mengetepikan cabaran rakan sepasukan Nur Hazinah Ramli yang merangkul perak (1,268) dan gangsa milik atlet Selangor Nur Nais Falilnesa Isman (1,263).

Lavinia yang mempamerkan corak permainan cemerlang mengakui tidak menyangka mampu muncul juara berdasarkan senarai atlet turut mengambil bahagian.

“Ia adalah permulaan hebat untuk dua dan tiga perlawanan, namun pada perlawanan keempat (skor) saya rasa tidak mempunyai peluang tapi terima kasih kepada jurulatih saya Angelo Koay yang menenangkan saya dan minta saya kembali fokus.

“Sebenarnya, saya tidak tahu saya muncul juara dan saya amat terkejut kerana sasaran saya adalah 10 terbaik. jadi, saya sangat gembira,” katanya.

Beliau juga tidak menyangka mampu memberi saingat sengit kepada atlert kebangsaan Gillian Lim Siew Giok yang juga rakan sepasukan yang menamatkan cabarn di tempat ke-12.

Tumpuan Lavina kini beralih kepada acara beregu dan trio wanita yang berlangsung (hari ini) namun memaklumkan masih belum pasti gandingan yang akan berpasangan dengannya.

“Saya tidak pasti acara mana akan disertai (sama ada beregu atau trio) tapi saya akan sertai satu daripada acara terbabit. Sukar untuk menetapka sasaran, kekal 50-50 kerana boling sukan sukar kita hendak jangka, tapi saya akan cuba yang terbaik,” katanya.

Sumber: Bernama

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad