Aura juara Ratu Cantik Malaysia 1993 ini masih memukau walaupun beliau kini sudah pun bergelar ibu kepada empat anak! Baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Pengantin 1 Malam, kecantikan Datin Paduka Susan Manen Ibrahim dalam drama tersebut ternyata menjadi bualan ramai. Apatah lagi dalam usia lewat 40an namun Datin Paduka Susan masih kelihatan anggun dan awet muda. Pendek kata, kalau orang kata anak dara pun mesti ramai yang percaya. Beliau sememangnya seorang wanita cantik!
Ads
Hakikatnya selain rajin menjaga kesihatan dan kecantikan diri, isteri Datuk Paduka Mustapha Kamal ini juga difahamkan mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese. Selepas berjaya menjuarai pertandingan Ratu Cantik Malaysia, populariti Datin Paduka Susan terus melonjak dalam industri seni apabila beliau menerima tawaran berlakon dalam filem Penyu arahan Z.Lokman.
https://www.instagram.com/p/CFe6R6alpnH/
Pada tahun 1998, Datin Paduka Susan membuat keputusan memeluk agama Islam dan berkahwin dengan aktor berbakat besar, Datuk Paduka Mustapha Kamal. Sebaik mendirikan rumah tangga, beliau memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.
Hasil perkongsian hidup selama lebih dua dekad, pasangan selebriti ini dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Sabella Qawiema, 21 tahun; Aulia Qayyiem, 19 tahun; Salsabil Qurani, 17 tahun dan Naqli Qaddiem berusia 9 tahun.
Kemunculan Datin Paduka Susan dalam drama Pengantin Satu Malam bermula 18 Ogos lalu mencuri tumpuan ramai kerana selain berlakon di samping suami tercinta kecantikan beliau yang kini meniti usia 46 tahun turut dikagumi penonton. Dengan sepasang mata cantik, hidung mancung dan bibir mungil… tidak hairanlah beliau tetap menjadi buruan pengarah dan agensi pengiklanan.
Melalui perkongsian di media sosial miliknya juga membuktikan Datin Paduka Susan seorang yang aktif bersukan dan gemar menyertai jungle trekking. Tidak hairanlah beliau mampu kekalkan bentuk tubuh seperti zaman anak dara dulu.
Ads
November tahun lalu, Datuk Paduka Mustapha Kamal dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Datuk Paduka pada Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Bersyukur dengan pengurniaan darjah yang diterima, aktor ini melahirkan penghargaan buat isteri tercinta.
“Kejayaan seorang suami adalah kerana sokongan, dorongan dan dokongan seorang isteri. Tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan di jiwa suami adalah kerana isteri. Peranan isteri paling penting untuk kejayaan suami dan keluarga, berkat kesabaran dan kesungguhan usaha. Insya-Allah, Dia Maha Penyayang.”
Ads
Kredit: Instagram Susan Manen & Mustapha Kamal
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Faizal Hussein pasti ramai yang terkenang filem-filem box office lakonannya. Penangan filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 misalnya telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni tanah air. Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita filem popular tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan gelaran Roy.
Bagi peminat seni negara, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi. Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal kini mencecah usia 54 tahun.
Di sebalik kejayaan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 2012 ini, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini suri hati Faizal Hussein yang dahulunya turut pernah mewarnai dunia seni. Suhaila Sulaiman yang meniti usia 45 tahun pada 29 Jun lepas juga merupakan seorang pelakon.
Sebaik mendirikan rumah tangga bersama Faizal Hussein pada tahun 2004, nama Suhaila seakan sepi daripada industri seni. Dia dilihat lebih selesa memberi sepenuh tumpuan terhadap keluarga terutamanya selepas bergelar ibu. Hasil perkongsian hidup 17 tahun, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang menyambut ulang tahun ke-16 pada 5 Jun lalu sementara anak lelaki mereka, Fazrick kini berusia 13 tahun.
Mengamati wajah kedua-dua cahaya mata ini, mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila. Fazrick misalnya cukup berbakat dalam bidang seni sama seperti ibu dan bapanya tidak kurang juga Fazryn yang cemerlang dalam akademik dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Lebih mengagumkan ialah cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Apa saja yang diminati mereka, baik Suhaila mahupun Faizal… mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick.
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat. Walau sudah berbelas tahun menjadi suami isteri namun kedua-duanya seperti pasangan baru berkahwin. Ada saja masa terluang, pasti mereka meluangkan masa bersama.
Melihat raut wajah lembut dan peribadi menyenangkan Suhaila, pastinya kehidupan Faizal Hussein bertambah bahagia. Kagum dengan cara wanita ini menjaga keharmonian keluarga dan sentiasa menjadi tulang belakang suami tercinta.
Kredit foto: Instagram Suhaila Sulaiman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Aishwarya Rai pasti ramai yang mengenang rupa paras anggun milik aktres popular Bollywood ini. Selain dikurniakan raut wajah mempersona dan susuk tubuh langsing, Miss World 1994 ini juga berbakat besar dalam bidang seni.
Bersandarkan pakej lengkap tersebut tidak hairanlah jelitawan ini sering mendapat tawaran sebagai duta produk. Bahkan sejak berumah tangga dan mempunyai anak, penampilan Aishwarya tetap meraih perhatian ramai.
Pendek kata, populariti isteri Abhishek Bachchan ini sudah berada dalam kelas tersendiri.
Dah namanya pun bekas Ratu Cantik mestilah ramai pengikut, kan? Walaupun sudah berkahwin dan ada anak tapi Aishwarya Rai buktikan dirinya tetap bersinar seperti dulu. Masih ‘ditemani’ peminat setia dan menjadi buruan lensa kamera serta lamaran jenama terkenal untuk menghiasi kempen promosi mereka. Untung jadi orang cantik!
Dilahirkan pada 1 November 1973, Aishwarya kini meniti usia 48 tahun. Bergelar isteri kepada aktor Abhishek Bachchan pada tahun 2007, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaradhya Bachchan yang bakal berusia 10 tahun pada 16 November depan.
Meskipun tidak lagi aktif dalam dunia lakonan namun Aishwarya mempunyai nilai eksklusif yang menarik perhatian banyak jenama mewah bertaraf antarabangsa. Buktinya, dia dilantik menjadi duta jenama jam tangan mewah Longines sejak dari tahun 1999.
Selain Longines, Aishwarya juga sebelum ini pernah menghiasi kempen promosi bagi pelbagai jenis produk termasuk kecantikan, minuman dan barangan kemas. Antaranya Lux, L’Oreal Paris, Coca-Cola, Lakme Cosmetics dan De Beers Diamonds.
Kredit foto: Instagram Aishwarya Rai
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bereksperimen dengan lipstik yang dioles atas bibir, daripada mainan rona garang seperti oren sehingga natural dan lembut menciptakan keindahan.
Lipstik pink akan kembali bersinar pada tahun ini. Bibir pinkish yang meronai di bibir akan mencipta penampilan segar dan ceria dalam masa yang sama mempertegaskan tampilan natural.
Tekstur lipstik juga akan berubah trendnya pada tahun ini. Jika beberapa tahun lalu lipstik matte menguasai pasaran lipstik dan menjadi pilihan wanita seantero dunia, tapi tahun ini akan beralih kepada lipstik glossy.Yes, lip gloss is back!
Permainan lipstik glossy dengan pigmentasi warna masih bermain dengan rona natural seperti nude, pink dan peach. Jelas penampilan segar yang ditonjolkan oleh lipstik glossy bakal menguasai penampilan tahun ini. Hamizatul Maizan Mohamed
Wujudkan solekan fresh look dengan langkah demi langkah ini.
Langkah 1: Sebelum menyapu bibir dengan lipstik, sapu dengan pelembap bibir.
Langkah 2: Lukis bibir dengan pensel bibir bagi membentuk bibir yang dikehendaki.
Langkah 3: Sapu lipstik glossy mengikut bentuk yang telah dilukis tadi.
Langkah 4: Untuk kesan lebih natural, kemaskan hujung bibir dengan sapuan berus yang lembut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nekad tinggalkan kerjaya stabil iaitu juru ukur tanah (surveyor) demi impian buka tadika sendiri, Raihana Rosdan kini miliki 8 cawangan Al Kauthar Eduqids.