Laksana dunia berbeza, kunjungan Nona ke pop-up booth raya Swarovski di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur menitip pengalaman indah. Sebelum majlis bermula, sempat kaki melangkah mengunjungi setiap booth Swarovski yang dibina khas.
Turun saja dari tangga utama, emblem ikonik angsa putih Swarovski megah menanti. Tersergam di dalam set panel iluminasi kristal, usah lepaskan peluang mengabadikan nostalgia anda di sini.
Swarovski menjelmakan ciptaan indahnya melalui 4 reruai utama. Selesai bergambar, langkah diteruskan ke kawasan Swarovski Creators Lab Collection dan Bawal Exclusive Collection.
Lihat sendiri pelbagai himpunan unik yang serba mewah dan menakjubkan. Antaranya pameran dress Rizalman Couture bertatahkan 83,900 butir Swarovski, skarf bawal bertaburan kristal mewah, Aura Sandal AQUAZZURA, kasut Phileo 005 Crystal Derby, beg PIPATCHARA x SWAROVSKI ‘The Mini AMU’ serta peralatan makan porselin SWAROVSKI x Rosenthal Koleksi Signum, selain mahkota Swarovski sempena Vienna Opera Ball pada Januari lepas, yang bertatahkan 233 butir kristal yang ditukang teliti dalam pelbagai potongan dari batuan kecil hingga besar.
Seperti bidadari, persalinan dress mewah buatan tangan bernilai RM250,000 ini telah direka khas untuk Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berinspirasikan karakter drama Turki, Magnificient Century. Terpegun dibuatnya, so regal and majestic!
Terus melangkah ke reruai merchandise, terokai pelbagai himpunan barangan kemas, jam tangan, figurines dan aksesori Swarovski yang menjadi idaman ramai. Masih mengekalkan vibe ruang jualan sensorial, anda bebas bereksplorasi, menyentuh dan mencuba sendiri barangan Swarovski yang disukai.
Paling menarik di pop-up booth raya Swarovski, tentunya koleksi barangan kemas sempena kempen Raya Swarovski 2024. Cantik-cantik belaka, rambang mata dibuatnya.
Koleksi ini mengetengahkan keindahan kristal dan batu-batu Swarovski dalam keluarga Constella, Luna, Una, Matrix, Millenia
dan Imber. Nuansa hijau, pink dan kristal jernih yang memancar menyerikan sambutan raya penuh tradisi sambil membias ketenangan dan kemakmuran.
Tak ketinggalan, himpunan jam tangan Swarovski pun sesuai buat yang tersayang. Barulah sempurna buat mereka gembira, sambil kita pun bersiap sakan dengan perhiasan barangan kemas Swarovski yang berkerlipan ni.
Dah jumpa yang berkenan? Akhiri kunjungan anda di kaunter pembayaran dengan aktiviti Crystallisation. Sempena kempen yang berlangsung dari 11 Mac – 14 April 2024 ini, anda boleh customize tote bag Swarovski dengan kristal bagi pembelian bernilai RM700 ke atas atau skarf Bawal Exclusive dengan kristal bagi pembelian bernilai RM1,200 ke atas.
Majlis pelancaran ‘Radiant Raya’ kolaborasi Pavilion, Swarovski dan Maybank akhirnya bermula sekitar jam 6.00 petang. Dimulakan dengan persembahan tarian tradisional Melayu, membangkitkan vibe Aidilfitri yang menjelang tiba.
Usai penyampaian ucapan Pengarah Urusan Swarovski (Asia Tenggara & India), Mr Lars Schmidt, semua penganjur dan selebriti jemputan dijemput naik ke pentas sebagai simbolik pelancaran kempen. Antara wajah-wajah glamor yang hadir adalah pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Sharifah Rose, Nadhir Nasar, Zhen Ning, Jack Gohr, Rubini Sambanthan dan Misha Omar.
Tambah menarik, Misha Omar turut dijemput membuat persembahan menghiburkan tetamu. Cukup mengasyikkan!
Kalau singgah ke Kuala Lumpur, jom terokai dunia ciptaan indah Swarovski di Centre Court, Pavilion KL bermula 11 Mac hingga 14 April 2024 ini, dari 10 pagi hingga 10 malam.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/rai-semangat-perpaduan-koleksi-barangan-kemas-swarovski-pemanis-gaya-lebaran/
This website uses cookies.