Kecantikan Aida Aris tidak pernah pudar walau dia meniti usia 50 tahun. Pernah menjadi dambaan ramai kerana kejelitaan yang dimiliki, personalilti ini tidak hanya berbakat dalam dunia lakonan. Sebaliknya turut mahir dalam bidang kulinari.
Masih menerima tawaran berlakon dan bergiat aktif sebagai anak seni, jelitawan ini turut memanfaatkan kelebihan yang ada dengan menceburi bidang perniagaan.
Jika dulu, dia pernah menjual aksesori pelengkap gaya wanita menerusi jenama Paku, kini bekas peragawati berkenaan merupakan peniaga makanan atau dessert.
Mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak tahun 1994, pemilik nama Siti Rohaida Mat Aris menginjak usia 50an. Sudah pun membintangi pelbagai drama dan filem, nama Aida Aris cukup terkenal sekitar tahun 90an.
Kemunculan terkininya ialah dalam drama Projek High Council. Pasti ramai yang merindui lakonan figura ini.
Selain itu antara filem lakonan popularnya termasuklah Suratan Kasih, Debu-Debu Kasih, Senjakala dan Black Maria.
Sehingga ke hari ini, Aida ligat mengusahakan perniagaan makanan dikenali sebagai Gerboozz Donut by Aida Aris. Dia juga aktif menyertai pelbagai festival makanan demi mempromosikan jualan di samping beramah mesra dengan peminat.
Jun ini, dia akan menyertai Havoc Food Festival di Kuantan, Pahang. Antara menu popular yang dijual ialah Donut Sambal Ikan Bilis Rangup.
View this post on Instagram
Aida mendirikan rumah tangga dengan Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain yang merupakan bekas Ketua Pramugara Malaysia Airlines pada 4 September 2010.
Baca https://www.nona.my/ceburi-bisnes-makanan-donut-air-tangan-aida-aris-dapat-sambutan-ramai/
Kemunculan Aida Aris dalam industri seni bermula sekitar lewat 90an dan bakat lakonannya masih mendapat tempat dalam arena ini. Salah satu drama popular yang melonjakkan nama figura ini ialah Bulan Bintang Capricorn pada tahun 1999.