Suasana nyaman menyambut keberangkatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di One World Hotel, Damansara. Tampil elegan dalam persalinan kurung kuning bertabur bunga biru menyerlahkan aura kecantikannya, memukau sungguh Permaisuri kesayangan rakyat Selangor ni!
Keberangkatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor ke Majlis Pelancaran Program Aspirasi Asnaf sempena Ulang Tahun ke-5 Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) diiringi isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.
Program Aspirasi Asnaf bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka yang bercita-cita tinggi, ingin berdikari dan menjadikan impian atau aspirasi mereka satu realiti.
“Pelancaran Program Aspirasi Asnaf 2023 merupakan satu anjakan paradigma untuk menyediakan satu platform bimbingan asnaf yang berpotensi bagi membangunkan kapasiti mereka dalam bidang yang diceburi.
Program ini akan dilaksanakan dengan lebih terancang melalui kerjasama strategik bersama tokoh perniagaan dan tokoh yang berpengaruh (influencer) yang telah membuktikan kejayaan mereka.” Presiden PWIP, Puan Mashita Abdul Rahim
Program Aspirasi Asnaf dilancarkan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Tonton video eksklusif ini bersama baginda…
Rakan strategik PWIP di dalam program in adalah Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman, Pengasas dan Presiden AUF MBZ; Datuk Noor Azman Nordin, Pengarah Urusan Reka Makmur; dan Ustaz Don Daniyal.
Masing-rasing mempunyai kepakaran tersendiri dan peranan mereka dalam menjayakan Aspirasi Asnaf ini amat dihargai.
PWIP
Dalam majlis makan tengah hari yang diadakan, PWIP telah menampilkan tiga (3) orang ibu tunggal yang terpilih memasuki Program Aspirasi Asnaf iaitu Puan Zuhaida Ahmad, Puan Siti Jantan dan Puan Nurfarhana G Lidadun. Seramai 24 orang akan dipilih memasuki program ini.
Turut disampaikan sumbangan ikhlas terhadap 25 penerima terdiri dari pelbagai kategori.
Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) merupakan satu badan sukarela yang di anggotai oleh sekumpulan wanita yang prihatin tentang pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat tempatan yang memerlukan bantuan.
Visi kami adalah untuk menyumbang ke arah pembangunan sosial ekonomi dan akhlak ibu tunggal, mualaf, anak-anak yatim, mangsa bencana ala, fakir miskin, orang tua, orang sakit dan kurang upaya miskin dengan menyalurkan bantuan fizikal, kewangan, tenaga dan kepakaran.
This website uses cookies.