Tak dinafikan makin cantik berseri-seri Mas Idayu sekarang. Barangkali kehidupannya kini diulit rasa bahagia sejak kembali bergelar isteri dan mendirikan rumah tangga dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa.
Memang terserlah kebahagiaan pada wajah pelantun lagu Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan ini.
16 September lepas juga merupakan ulang tahun perkahwinan pertama Mas Idayu dan suami tercinta. Masih segar di ingatan peminat majlis pernikahan penyanyi ini setahun yang lepas.
Bukan hanya meraih tajaan berjumlah jutaan ringgit, bahkan pesona dan kejelitaan Mas Idayu bergelar raja sehari cukup menawan.
Terbaharu, dia kembali menjadi juri bagi program realiti popular Famili Duo Musim Ketiga di samping pemuzik dan komposer terkenal, Ajai. Ini merupakan tahun kedua Mas Idayu bergelar juri program berkenaan.
Lebih bermakna, Sufian Isa ialah penerbit eksekutif Famili Duo. Hadir bersama-sama mempromosikan program itu baru-baru ini, terpancar momen romantis Mas Idayu apabila ditemani suami tercinta. Patutlah makin cantik berseri-seri!
Pada ulang tahun kelahiran Mas Idayu pada 10 Januari lepas, Sufian membuat kejutan istimewa buat ratu hati kesayangan. Detik indah itu turut dikongsikan di media sosial miliknya.
“So sweet! Thank you my lovely husband, Sufian Isa datang malam-malam buat kejutan tepat 12 malam untuk mummy!!! Hahaha mummy dah duk selimut atas katil nak bobok.. tub-tub anak mummy panggil turun.
Hilang ngantuk tiup lilin, terus naik balik pakai tudung nak bergambar. Anyway thank you so much sayang for your time.
Doakan mummy selalu sihat, diberi usia yang baik buat daddy. I love you so much, with love Mas Idayu Mesnun.”
Sebelum ini anak perempuannya, Nur Dayini Ashiqah mendedahkan kepada Nona mengenai sisi peribadi ibu tersayang yang mungkin ramai tak tahu.
“Mummy ni jenis yang sporting. Dia layan je semua orang tak kisah dari umur kecil sampai besar, dia sporting dan manja. Walau dia nampak macam tu (garang), orang tak suka sebab perwatakan dia atau cara dia cakap bila bekerja.
Tapi itu memang dia. Dekat rumah atau dekat luar waktu kerja memang serius tapi apa yang saya suka pasal dia ialah dia ikhlas. Anak dia atau bukan, kalau dia nak yang terbaik untuk orang tu dia akan buat terbaik seikhlasnya.
Itu yang orang tak tahu. Orang cuma tengok dan cakap tak suka dengan perwatakan luaran dia tapi bukan saya nak back up sebab dia mak ke apa. Tapi itulah sikap dia.
Kalau orang tegur, dia friendly je. Takkanlah orang tegur, dia tiba-tiba nak marah benda yang tak ada apa-apa kan.”
Mas Idayu sah bergelar isteri Sufian Isa pada 16 September 2022.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/mini-mas-idayu-dayini-pelakon-baru-cantik-dedah-sisi-sebenar-mummy-demi-inspirasi/
This website uses cookies.